Minggu lepas sy mengunjungi pusat urut org buta di Taipan, USJ. Dahulu, mmg menjadi kebiasaan sy mendapatkan khidmat urut badan di situ memandangkan rakan sy pd ketika itu tinggal di Puchong. Minggu lepas, dek kerana badan yg sgt2 sakit, sy mengunjungi mereka semula. Tapi kali ini kunjungan sy sgt menarik. Bertemu buat pertama kali dgn insan bernama Devi (bukan nama sebenar). Berbual dari satu cerita ke satu cerita selama sejam berurut. Bayarannya pun murah RM35 sejam. Oh ye..ada tax sekarang, perlu tambah RM1.70. Masih termurah sy rasa di Lembah Kelang ini. Sambil berurut, sy bertanya tentang kesusahan dan kesenangan hidup seorang insan yg tidak bisa melihat.
Mengikut cerita Devi, dia tidak pernah menyesal dijadikan buta. Kenapa sy cakap 'dijadikan'. Kerana beliau lahir normal. Bisa melihat segalanya. Mula2 adik lelakinya yg buta akibat tercucuk pensel sewaktu kecil. Kemudian, beliau pula buta kerana tercucuk kayu di sebelah mata kiri. Adik ketiganya juga buta. Ketiga2 mereka hanya buta pada sebelah mata sahaja tetapi lama-kelamaan dua2 mata mereka tidak nampak. Pemeriksaan doktor dibuat dan doktor mengatakan urat saraf mata mereka sgt sensitif. Tetapi doktor juga menyentuh tentang keturunan. Perkahwinan ibu dan bapa Devi yg merupakan sepupu rapat menyebabkan mereka mendapat anak2 yg cacat. Percaya? Sudah tentu tidak. Ibu Devi menafikan sekeras2nya tuduhan tersebut. Devi tidak dihantar ke sekolah khas sehinggalah dia berumur 12 tahun. Banyak yg perlu Devi pelajari kerana tertinggal pelajaran dari umur 9 tahun. Mungkin ibu bapanya mengambil masa utk menerima kenyataan anak yg mereka lahirkan normal buta kesemuanya.
Ibu Devi tidak pernah putus asa utk mencari punca mengapa anak2 mereka buta. Dari satu bomoh ke satu bomoh. Dari sami Hindu ke Ustaz, Ustazah. Ada yg mengatakan anak mereka buta akibat perbuatan org. Mulalah ibu Devi mensyaki org2 tertentu sehingga melarang anak2 bergaul dan berbaik dgn saudara sendiri. Kasihan Devi. Nak jumpa saudara pun perlu dilakukan secara sorok2. Kini Devi sudah berumur 23 tahun. Orgnya sgt2 berdikari. Pandai mengurut dan lebih suka hidup sendiri.
Pulang ke kampung, turun sahaja bas, ibu Devi pantas menyuruh anak2nya menyimpan tongkat putih. yg byk membantu mereka. Adakah ibu Devi masih belum menerima kenyataan yg anak2 mereka buta? Atau ibu Devi malu yg anak2 mereka buta? Tapi Devi sentiasa bersangka baik. Kelebihan tongkat putih itu byk kelebihan buat org seperti Devi. Jika ada kenderaan melanggar mereka, kesalahan boleh diletak atas org lain kerana mereka buta. Tanpa tongkat, siapa akan tahu yg mereka buta.
Di kampung, Devi bawa pulang semua barang keperluan spt syampu, sabun mandi dan ubat gigi sendiri. Bukanlah tiada di rumah. Tp perlakuan org celik tidak pernah mengingati utk meletak barang di tempat yg sama amat menyukarkan mereka. Jgnlah dialihkan barang2. Jgnlah diubah2 susunan perabut. Sungguh lebih 10 tahun mereka buta, ibu Devi tetap terlupa perkara2 penting tersebut. Namun, Devi akur, dia anggap itu kekurangan org celik yg tidak memahami org buta sepertinya.
Oh, ye..adik bongsu Devi berusia 16 tahun, celik orgnya. Syukur...ada juga yg boleh membantu mereka. Devi bercerita mungkin mereka 3 beradik rapat setahun seorang sbb tu ketiga2 mereka buta. Adik bongsu jarak 5 tahun beza usia dgn adik no 3. Sy usik Devi, mandremnya dh kurang agaknya. Dh x lut. Sbb tu adik Devi celik. Dia tersenyum dan terkeluar ketawa kecil dari bibirnya yg manis itu. Alahai Devi, cantik sungguh kamu. Devi rasa hidup org buta sepertinya lebih bahagia dari hidup org celik. Benarkah? Sy terus berfikir sehingga ke hari ini...
24 comments:
terus mensyukuri nikmat yg sedang dikecapi..huhuhu alhamdulillah
tu laaa, kkdg kita yg celik ni, take things for granted....
kkdg benda kecil remeh temeh nie, makes a lot of difference to others...
hebat dee! devi is indeed orang yang sangat hebat...
kita semua shuld learn from this...
lesson paling utama..
belajar meredhai dengan apa yang terjadi..
ANYTHING...
good entry dee!
thanx for sharing Dee...
thanks 4 sharing citer ni kdee..
bersyukur apa yg kte ada...
sbbtulah kita yg celik ni wajib bersyukur setiap kali bila kita bukak je mata kita masih diberi peluang utk melihat dunia kan..mudah2an cerita dee ni menjadi peringatan pada kita yg dpt melihat ni..:)
cekal betul hati devi walaupun buta.. sesungguh nyer aku bersyukur apa yg dianugerah kan oleh NYA.
Post a Comment