Dee sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah atau Awal Muharram.
Jangan lupa baca doa akhir tahun sebelum Maghrib. Doa akhir tahun juga sunat dibaca 7 kali pada akhir waktu Asar.
Dan doa awal tahun..selepas Maghrib.
Marilah kita melakukan Qiamulail - Solat Tahajjud, Solat Hajat & Solat Sunat Taubat, membaca Al-Quran dan berzikir. Selepas solat subuh pada 1 Muharram, mari kita baca Ayatul Qursi sebanyak 360 kali dimulakan dgn Bismillahirrahmaanirrahim pada setiap kali permulaan bacaan. Jangan juga lupa untuk berpuasa sunat pd 10 Muharram..iaitu hari Asyura.
Marilah kita bermuhasabah diri. Semoga Allah S.W.T. melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNYA untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan Awal Muharram dengan cara sambutan yang dilaksanakan oleh para Rasul, Ambiya, Siddiqin, Aulia Allah dan org2 Sholihin. Moga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang lepas dalam konteks kita mendekatkan diri dengan sumber segala kekuatan, keindahan, kasih sayang dan kebahagiaan iaitu Allah S.W.T.
16 comments:
Selamat tahun baru hijrah, petang ini doa akhir tahun.Malam nanti doa awal tahun.
salam maal hijrah jugak utk kak dee..
nmpk gayanya tahun ni takdela ke masjid seperti dulu..time bujang selalunya ke masjid sbb ade majlis kan..baca yasin sama2..sonotnye..
rindula saat tuh..lebih2 lagi kat masjid negeri shah alam..hurmm..
semoga kita menjadi lbh baik dr yg dulu...sama2 lah kita perbaiki diri..
memoga kita bagus sikit tahun dpan dari tahun ni:D
pocket amik a few Doa kat situ tau:D
hehe
Post a Comment