Memandangkan saya tak tahu celah mana saya selitkan usb cable phone saya ni, korang layanlah dulu tag ni ye. Hehe....
Ditag oleh MADAM LADYELL
Tag ni senang je, korang buat entry pasal 20 Fakta Gile tentang orang2 di sekeliling korang.. Hmm..banyak sangat? Tak banyak la…Sebab korang hanya buat fakta ni untuk 4 orang n divide kepada 20 fakta, baru 5 fakta untuk tiap seorang..Hehehe~ Sooo…Korang kena buat 5 fakta tentang diri korang, 5 fakta tentang ibu/bapa korang, 5 fakta tentang sahabat karib/best frenz/buddy/BFF korang, n 5 fakta tentang pakwe/makwe/suami/isteri korang.. Pastu tag la 5 orang kawan2/sedara mare/sahabat blogger korang..Senang kan?
5 Fakta Tentang Dee
1. Seorang ibu muda ehem2...yg mempunyai 2 orang anak dara.
2. Mempunyai 3 orang mak (nenek yang dipanggil mak, ibu kandung dan ibu mertua).
3. Dahulu baran, sekarang tahap kesabaran sudah tinggi sbb anak dara 2 orang tu sentiasa bagi latihan kesabaran tahap dewa kat mama dia.
4. Seorang yang sangat2 berdikari, tak kisah pergi mana2 seorang diri (dgn izin ye).
5. Dulu minat camping, sekarang asal bercuti mesti mahu tempat yang selesa2 sahaja. Janganlah kau ajak daki gunung kinabalu or pergi taman negara..dah pencen semua tu. Hakikatnya dah tak koser you.
5 Fakta Tentang Suami
1. Seorang yang tidak banyak cakap.
2. Minat menonton filem Tamil sampai saya subscribe channel Thanggatirai (tak taulah betul ke tak ejaan ni) CH951.
3. Suka memasak...menolong orang catering dan kenduri kahwin tu agenda utama.
4. Seorang yang tidak pernah lekang dengan sikat di tangan, dulu2 rambut dia panjang..maklumlah rockers..hehehe.
5. Orang N9 tetapi dari kenal dia 7 tahun, bertunang 2 tahun, berkahwin 7 tahun tidak pernah mendengar dia bercakap loghat N9 hatta bila dia bersembang bersama keluarganya...konon2 orang KL ler tu..ceh.
5 Fakta Tentang Ibu Mertua
1. Seorang yang suka memasak..dari pagi sampai malam dia kat dapur je.
2. Bab2 mengemas agak kureng sikit..yelah..umah 6 bilik duduk sorang2..mana laratkan.
3. Seorang isteri yang sangat tabah sehingga mempelawa 'madu' tinggal bersama..kami yg terkedu jadinya.
4. Seorang yang sangat sporting dan penyayang dengan anak menantu dan cucu.
5. Suka sangat kucing sampai tak terbilang jumlahnya di rumah..sampai anak2 saya kadang2 takut bila pulang ke kampung...tapi saya tahu kucing2 itulah peneman mak di kampung :)
5 Fakta Tentang Jiran2 Dee
1. Beberapa anak dara tapi pemalas tak henggat..rumah berkepam, langsir hitam, cotton bud ada kuning2 letak kat tingkap, lantai beranda hitam dengan bekas2 najis kucing...eee...malanglah sapa amik buat bini sok ni.
2. Seorang ibu yang suka memberi kucing makan, rumahnya penuh kucing, saya naik rimas, sampai ada yang berak kencing depan rumah saya. Kalau saya bising, dia datang kaup taik kucing tapi dia tak basuh.
3. Satu kelamin, yang isterinya saya tak pernah nampak muka, sangat sombong tetapi mendera seorang nenek tua dengan tidak memberikannya makanan, terbongkok2lah nenek tua tadi turun ke kedai beli sendiri lauk nak makan.
4. Seorang kontraktor..rumah cantik, isteri cantik, rumah bersih..rajin menyapu dan membersih sampai ke tangga2 di depan lif.
5. Sekumpulan lelaki2 bangla yang fifi suka sangat tegur.."abang..abang"..eeee..fifi ni..tak payahlah peramah sangat..kihkihkih.
Fakta2 ni semua takdelah gila sangatkan. Sebenarnya ni tag..tapi saya taknak tag sesapalah. Selamat bekerja untuk semua di pagi Isnin yang sejuk2 ni. Chow!!
24 comments:
dee ko pun suke tamil yeak...same laa ngan laki aku...no 1 okey.....heheeheh
fifi ramah cam ibunya kot :D
auuuuwaaaaaaaa tatotttttttttt
nnt lah aku pikirkan! hehe
YEAHHHH!!!!!!
Rock sampai tua!
p/s: xpandai cakap loghat kelantan..
Post a Comment