Ha..ni rumah merpati tempat saya tinggal. Sekarang ni berpancang-pancang naik menatang ni. Nak cat baru lah tu...hihihi.
Korang tengok, sikit punya tinggi ke. Oh ye, rumah ni ada 22 tingkat. Mimi selalu tanya, Mama kenapa kita tak beli rumah ada tangga (maksud dia teres or banglo). Saya pun jawab, tu hah..ada 22 tingkat, tak cukup2 lagi ke tangganya..hahaha.
Cat baru yang warna coklat tu..yang lagi 11 tingkat ke atas, warna beige. Yang putih tu lapisan barulah. sebelum dicat dengan cat baru. Yang sebelah kanan banyak piring asteruk berterabur tu, warna lama. Sekarang ni boleh kata semua blok dah dicat baru. Bahagian luar sahaja. Balkoni sebelah dalam tu belum lagi. Pagar pun dicat sebelah luar je dulu. Maybe akan dibuat secara berperingkat-peringkat.
Tengok, jalan pun dah diturap baru. Barulah nampak cun. Ini belum cat garisan parking kuning tu. Esoknya dorang dah catlah. Baru nampak berseri-seri.
Kawasan parking sebelah sungai tu dulu tanah je. Sekarang dah cantik sikitlah, dah diturap dan dibuat parking. Biasalah flat, double parking tu normal. Yang sebelah bawah yang warna cat dah kusam tu masih belum diturap. Nak suruh penghuni alihkan kenderaan pun satu hal jugak. Yang bagusnya orang sini, takde istilah 'cop' parking sampai letak kerusilah, tong sampahlah. Nan ado. First come first serve. Kau lambat, ko double park, tolong jangan tarik handbrake. Kalo tak, kena hon lah tak kira siang atau malam. Bingit telinga. Nak cantik sikit, ko parkinglah kat atas jambatan nak ke Midvalley tu..hah nanti tergolonglah ko dalam sistem PDRM..hahaha. Ye, pak polisi sangat rajin tau menulis saman kat jambatan tu. Jaga-jaga.
Tetiba, Menteri Wilayah Persekutuan pun membuat kunjungan mesra. Masa ni saya lambat, so berdiri je kat belakang. Masa dia lalu depan saya dan bersalam dengan suami, saya malulah nak snap pic dia sebab golongan marhaen memang duduk kat belakang2 je..hehehe. Betul tak? Macam nak pilihanraya je dah ni. Lembah Pantai kan kawasan pembangkang. Nanti kita tengoklah macamana pilihanraya akan datang. Jatuh ke tangan BN semula kah? Atau masih kekal di tangan pembangkang? Dalam hati saya dah ada jawapannya...namun kita tungggguuuu dan lihat sahajalah ye. Eh..macam blog politik pulak..arrrhhh..tidak!! Terima kasihlah pada DBKL, UMNO Lembah Pantai dan AJK Surau kerana mencantikkan tempat tinggal kami. Yang pasti, saya pengundi bebas, tidak menjadi ahli kepada mana2 parti politik. Chow!!
57 comments:
lately mmg bandaraya cat byk rumah2 flat...
tingginye kak umah akak..wuwuwuwuu
takpe asalkan untungkan kita kan hehehehe
jgn lepas tu diam menyepi udah la ye..
undi jugak aderlah rahsia..
ahhaha..
aku?!
samalah.
bkn ahlil parti politik mana2...
apa2pun...mana2 parti tu terletak pada kita, undi adalah rahsia...hehehe
p/s: suka iklan cat nippon paint
Tak kisah lah kan...mereka(politician) nak pikat hati rakyat, mereka kena lah bekerja(jadi hamba) kpd rakyat, bukan sebaliknya...
Flat kat mana ni?
Tinggi nyaaaaaaaaaaaaaaaa
kemungkinan pilihanraya akn diadakan hujung thn nie,
apapun kita tunggu sajalah:)
buatlah pilihan yg terbaik,
utk negara dan masa depan:)
oh hai deeeeee~~~
menteri nak datang, biasalah! cecantik semua kan??
kena lah amik hati dulu...
hahaha
berserilah umah dee sbb dahcat kan..patutnya jgnlah sbb nk pilihnaraya br nk cat2 semua..biarlah selamanya mcm tu..
Post a Comment