Semalam pagi saya tergesa-gesa pulang ke Johol, N9. Pulang kerana Paklong kepada suami telahpun pulang ke hadrat Illahi. Pulangnya kepada Allah SWT sangat-sangat memberi kesan kepada kami sekeluarga. Arwah tidak sakit. Sebab itulah pemergiannya sangat mengejutkan. Arwah pergi ketika sedang mengadap Illahi pada solat subuh ketika berada dalam keadaan sujud..menyembah tuhannya. Ya Allah, Maha Suci Besar..kami redha dengan pemergiannya.
Dititipkan di sini gambar arwah, mungkin ada yang mengenalinya. Arwah pergi meninggalkan isteri, anak-anak, cucu-cucu dan juga cicit. Arwah lebih dikenali sebagai Selaman Janggut. Jenazah selamat dikebumikan selepas solat zuhur di Kg Dingkir, Inas, Johol, N9. Moga rohnya dicucuri rahmat dan arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..amin. Al-Fatihah...
P/S: - GA telah ditutup semalam. Saya akan update list penyertaan secepat mungkin. Terima kasih di atas kesudian menyertai GA saya.
36 comments:
Semoga Rohnya ditempatkan dikalagan Insan-insan yg diredhai...Aminn..
kak, sy ingat GA akak lmbt lagi tutup. dah abis ek? frustnye! tsskk
p/s : al-fatihah
alfatihah....YA ALLAH indahnyaa saat sakaratul maut menjemput PAKlong sis...atas sejadah dan dalam keadaan besolat serta berwudhuk.....
owhh sungguh idam-idamkan sebegini...
tp................hanya DIA yang tahu segalanyaa....bila,masa dan ketika
terpegun dgn cara dia pegi mehadap Ilahi
Subhanallah
al-fatihah..
semoga rohnya dicucuri rahmat
amin.
takziah diucapkan..
semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang di sana...amin..
al-fatihah buat arwah...
New Entry: Aksi kejar mengejar
ps : dee, kalau tak sempat buat kontest tu pon tak pe k ;)
semoga rohnya ditempatkan bersama golongan2 yg beriman,
amin
Post a Comment