Sapa lagi lah kan? Kalo tak anak sulung saya sorang ni, Mimi. Ha..lukisan tu semua dia yang lukis. Ada bakat melukislah jugak kan. Dari mamanya yang lukisan hancur..hahaha. Tapi dia tak suka mewarna. Nak2 kalau lukisan tu besar. Budak macam ni daya kesabaran dia kurang. Lately, dia selalu taknak pergi sekolah. Alasannya macam2 lah. Tapi 2 hari kebelakangan ni, antara alasan dia ialah cikgu selalu marah, cikgu garang, cikgu suruh berdiri depan pintu kelas sampai balik. Dia siap cakap dia menangis. Saya ni tidak mahulah menuduh sembarangan cikgu dia kan. Saya ada plan nak buat birthday party hari Jumaat ni kat sekolah dia. So, saya pikir biarlah saya bertentang mata duduk berbincang sama2. Nak cari, apa masalah dia sebenarnya di sekolah. Saya bertambah risau bila dia siap suruh saya tukarkan sekolah dia.
Semalam dia balik, mengadu perkara yang sama. Aissshh, tak boleh jadi ni. Tapi saya lebih banyak menyalahkan anak sendiri dari menyalahkan cikgu dia. Sebab saya tahu anak saya macam mana. So, saya pun calling2. Cikgunya cakap, dia suruh baca, suara Mimi tak keluar. Walhal duduk betul2 di hadapan dia. Suara budak di belakang lagi kuat dan jelas. Cikgu suruh budak lain diam. Suruh dia baca sorang2. Dia diam je..pandang cikgu. Staring at her in the eyes. 3 kali cikgu tanya, still suara tak keluar, at the end, dia nangis. So, cikgu cakap, pergi duduk di belakang. Hari kedua pun sama. Cikgu suruh duduk di belakang dahulu, kemudian dia panggil. Berdua je dgn sorang student lain. Boleh baca, tapi suara halus. Kata cikgu dia, saya mahu budak2 suara kuat sepertimana ketika diorang main dengan kawan2.
Hmmm..saya dah agak dah. Mimi ni kalau dengan saya, ayahnya, adik dia..memang suara, xyah pakai speaker. High-pitch memanjang. Semalam, saya cuba suruh dia baca depan saya. Ya Allah, memang macam ada emas dalam mulut dia. Nak dengar suara bukan main susah. Saya pun explain slow2. Salah tidak mengapa, saya dan cikgu akan perbetulkan. Tak jugak keluar suara. Sampai suara saya tinggi, barulah nak keluar suara dia. Hmmm..patutlah cikgu kakak pun naik angin. Hahaha..sebab tu saya tidak mudah percaya bila dia mengadu domba itu ini. Jelas ternyata, memang dia ada masalah bila suruh membaca. Bukan tidak tahu, tetapi tidak yakin. Kalau nombor kata cikgu dia, suara kuat. Kalau mengaji, suara kuat. Maybe, dia takut dia salah. Atau dia mengeja dalam hati.
Tapi awal2 saya bagitau cikgu. Anak saya seorang yang pendendam, seorang yang memberontak. Sebab tu bila kita marah dia, kadang2 dia diam, tapi dia stare kita di mata. Itu melawan dalam hati namanya. Pergggh..sangat mencabarkan membesarkan anak2 zaman ini. Selain dari doa sebelum tidur, doa pelembut hati yang saya amalkan, termasuk mencelup jari dalam air/makanan dia, berdoa ketika memasak, basuh beras, basuh ikan, potong sayur, bancuh air, ada lagi satu tips saya dapat dari sahabat maya. Saya nak cuba yang INI pula, moga2 hati Mimi lebih lembut, lebih mendengar kata. Insyaallah.
Berbeza dengan adiknya Fifi yang lebih 'lady like'. Lukisan tu bukan dia lukis, anak buah saya I-Shah yang lukis. Selamat mengharungi dunia kanak-kanak era ini yang penuh cabaran buat semua ibu bapa...hehehe. All the best!!
P/S: Agak2 baran tu dapat dari sapa eh? Hahaha..
66 comments:
cuba skodeng dia tapi jgn cakap kat cikgu. tgk ape yg tak kena sebenarnya
nida pn tkaut nak hadapi sume nie....
mintak ALLAH bg kekuatan dalam mendidik dan mentarbaiah...AMANAH ALLAH nie kejalan yg benar..
mimi....pasni suara kasik keluar keh.....ala jgn malu....kalo salah cikgu beteoLkan keh..mimi kan budak chantik, bijak..so kena BACA KUAT-KUAT dan besemangat yer syg...
takpe .perlahan2 ajar mimi..practise ari2..
aku pn risau camne la iman tu nanti..
takpe la slow2 ok..jgn marah2 sgt kang takut dia lagi xmo baca kan..
apapun cheers kak~~jangan sedih2~
aku pun nak tanya soalan yg sama,
Agak2 baran tu dapat dari sapa eh? huahuahua..
Pandai mimi melukis...cantik ^_^
dia pemalu di sekolah agaknya..
p/s: entah camana la anak sy sekolah nnti..huhu
dan cikgu2 pun tak patut buat hukuman yg boleh mendatangkan fobia kepada kanak2...penyudahnya, mereka takut nak ke sekolah.
ya, mmg baik ibubapa bertentang mata berbincang dgn cikgu tentang masalah anak.
kak, aku nak ckp ni, ko tegur dia baik2 ye..jgn kasar2 sgt..kalau ko berkasar, dia akan ingat ko x sayang dia lg, ko cuma sayang adik dia je..aku pernah rasa mcm yg anak ko rasa, sebenarnya aku nak ckp semlm, byk sifat dia miliki tu ada kat aku masa aku kecik2 dulu..siyes!!
kebanyakan anak sulung mmg ada sifat pendendam walaupun dgn ibu sendiri, kebanyakan anak sulung jugak ada baran dia sendiri, tp dlm masa yg sama, dia sgt sensitif kak...dia cuma nak lebih perhatian dr ko kak...dia beruntung sbb masih ada ayah x mcm aku kena tinggal dek ayah since aku umur 2 tahun lagi...ko bykkan sabar ye..
mintak cikgu dia guna pendekatan lain utk pujuk mimi membaca...cikgu x patut marah2 dia dan hukum dia sampai mcm tu sekali, sbb itu akan membuatkan dia bertambah takut, geram dan malu ngan cikgu dan kwn2 dia yg lain..lupa nak ckp anak sulung jugak tersgt ego...nak luntur kan ego dia bukan senang...
aku tau ko dah cuba mcm2 cara utk lembutkan hati dia, aku tumpang simpati,dan aku faham perasaan ko, anak aku pun nakal jugak kak, ko cuba ckp2 kat telinga kanan dia masa dia tdo, cakap kat dia yg korang semua sayangkan dia...lepas tu bacakan 4 qul kat telinga dia..insyaallah, kalau ko buat tanpa putus, sikit2 terhakis sifat2 yg kurang baik dlm diri dia..
kita berusaha selebihnya kita tawakal pd Allah..mudah2an..
x sabar nak tau perkembangan lanjut bila ko jumpa cikgu sekolah mimi sok...
takut plak dengor. camnola time sy nanti. huhu
takpe kak..
inysaAllah lama2 nnti mimi ok lah tuh..
umur2 mcm mimi tue,
kdg2 rasa bosan ,
tapi nanti lelama oklah tue,
hihihihi:)
skrg ni dah ok sikitlah..xpe dee, nnti lama2 mimi ok tu...
salam ziarah di petang jumaat :-)
memang mencabar mendidik anak2 zaman ini. Moga kita sama2 dapat menjadikan anak2 kita insan yang berguna satu hari nanti..InsyaAllah..
mungkin sbb ibubapa sekrang x segarang ibubapa zaman dulu2...
so anak2 jd lebih berani..
anak2 saya sendiri...ada yg pandai melawan..
risau bila di fikirkan..
Post a Comment