Tuesday, February 11, 2014

Padang-Bukittinggi Trip: Danau Maninjau


Hari yang baru, kami breakfast kat Hotel Grand Kartini buat kali yang terakhir. Ada soto. Sedap.


Ada pecal. Tapi saya tak cuba pun. Rasanya sedap gak kot.


Tak tau bubur apa. Tapi isi tu beras pulut. Sedap..manis. Gambar goyang pulak.


Ni kuih onde-onde. Tapi Bukittinggi punya..hehehe. Hanya beras pulut dan sedikit kelapa. Liat2 tapi tak sesedap onde-onde kita sebab onde-onde kita ada gula melaka di tengah2. Ini kosong..hehehe.


Bye-bye Bukit Tinggi. Kami akan meneruskan perjalanan ke Padang. Tapi before that, banyak lagi tempat kami akan singgah. Macam janji2 aje, saya, Kak Tina dan juga Anjang pakai same colour..orange. Jom, kita teruskan perjalanan.


Ha..inilah dia Danau Maninjau. Terletak 36km dari Bukittinggi. Mempunyai jalan yang berliku dikenali sebagai Kelok 44. Ini merupakan danau vulkanik yang mempunyai keluasan 99.5 km persegi.  Puncak tertinggi adalah puncak lawang sebenarnya tapi kami tak sempat sampai. Maybe next time. Kalau korang ada masa, make sure pergi, viewnya pasti lebih cantik.


Cantikkan.  Seriously, setiap kali saya pergi Indonesia, pasti hati terpikat dengan view yang macam ni. Sapa nak menginap kat Danau Maninjau pun boleh...ada hotel dekat situ.


Cuaca kat sini sangat sejuk. Menggigil-gigil ditiup angin. Tengok tudung saya tu. Bunga-bunga cantik tumbuh mekar di kawasan sekitar.


Abadikan kenangan bersama sahabat baik.


Ha..kat sini famous dengan labu-labunya. Besar tau labu ni.


Ni apam keledek. Dia pakai daun pisang utk tapak apam tu, lagilah sedap. Kalau tak silap 2,000 rupiah sebiji.


Ini apam labu. Sedap. Ada juga es labu kalau nak cuba. Kami tak cuba sebab sejuk dan masih kenyang.


Perjalanan pulang dihiasi dengan landskap alam yang sangat cantik iaitu Gunung Singgalang. Gunung ini sudah tidak aktif lagi. Terdapat telaga di puncaknya yang merupakan bekas kawah. Telaga ini dinamakan Telaga Dewi.


Selepas tu nampak Gunung Marapi pulak. Ini gunung berapi yang masih aktif.


Tiba2 Supir cakap, lihat itu, gunungnya meletus. Laju2 saya capai kamera dan snap gambar letusan kecil Gunung Marapi. Subhanallah tak sangka saya dapat peluang menyaksikannya. 

Oh ye, bagi penduduk di sekitar gunung berapi, kalau ada letusan kecil mereka suka, tandanya gunung takkan meletup besar. Letusan kecil biasanya 6 bulan sekali. Kalau lebih 6 bulan tak meletus, melarat kepada setahun, penduduk sekitar mulai bimbang. Itu tandanya gunung tengah simpan tenaga untuk mengeluarkan letupan besar. Alah, simple je macam kita kentutlah kan. Yang kecil2 ok lagi, yang besar kalu pengsan..haha. 

Oklah, kita sambung lagi nanti. Betullah kata pepatah, jauh berjalan luas pengalaman :-)

22 comments:

menarik tengok gunung merapi meletus tu
n apam2 yang sedapnya gebus :)
 
yang kaler pink dalam soto tu keropok eh?
 
kahkahkahh!!
baru nak bagi contoh kentut tapi Dee dah bagi ...
 
assalam,

cantik onde2nya tu warna warni...
 
cantik la view Danau tu Dee
subnaAllah..ciptaan Allah yg sgt indah

dpt tgk kt blog Dee pun dh ok
nk pegi tu tk taw la bila kan

rezeki Dee dpt tgk letusan kecil gunung merapi tu kn..
 
subhanallah!! cantik danau maninjau tu dee...dah mcm lukisan kanvas dah....mmg cantik sgt2....

tu untung berjalan tempat org kan...dpt rase masakan dieorg..walopun tak kene ngan tekak kite tapi atleast dpt gak kite rase budaya mereka kan...
 
Aina pon dok simpan hasrat nak pergi lagi sebab pergi dulu tu banyak tempat tak dapat pergi.
 
cantek view dari atas danau meninjau tu... sesuai sangat buat background kat desktop.. hehehehe..
>> gunung berapi tu tak semua org leh tengok.. beruntung dee.. takot lak kita kat sini sbb tak penah berlaku depan mata..
 
canteknye pemandangan kat sane. ok, dah masuk dalam list travel!
 
Assalamualaikum Dee

masa saya pergi tu hari lansung tak boleh tengok gunug tu..tutup diawan
 
Cantiknya view. Besarnya buah labu kat sana. Laaa...kak dee tak makan pecal ker. Sedap tau.
 
cantik pemandangan ..
dgn cuaca dingin air sepoi2..
mmg beshkan ..teringat masa g sana .
bila lah nak repeat balik nie
 
Menghijau mendamaikan mengasyikkan...indah sgt lah DEE...kalau aku aku kaya hari hari nak melancong saja...
 
Sedap plak tgk soto tuh..

Cantik betul pemandangan.. seronok nengoknyaa..
 
tiba2 meletus...tp nasib baik letupan kecik jer kan....terus teringat sinabung...
 
mmg cantik betul pemandangan kt situ kak.... tp tang gunung berapi tuh seram jgk... kawasan situ betul2 subur dek kerana gunung berapi tu nyer larva kan... kalu gunung tu meletup kampung yg akak pg tuh kene gk ke? nmpak cam jauh tuh
 
cantiknya meninjau ..... kena pegi nih ...
 
Cantiknya pemandangan. Betullah tu, sis. Jauh perjalanan, luas pengalaman. Excited kan dapat tengok gunung meletus. Oh, kalau letusan kecil tu kira selamatlah yek!
 
Hello, yup this post is truly fastidious and I have learned lot of things from it on the topic of blogging.
thanks.

Also visit my web site: clash of clans free download
 
cantik!!!! cantik sangat!!! untungnya dapat tengok gunung meletus kecil!!
 
Asslamualaikum Tuan/Puan.

Sesiapa yang nak melawat ke Padang dan Bukittinggi jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami menyediakan PAKET TOUR DAN PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA UNTUK LAWATAN PADANG DAN BUKITTINGGI dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

Our motto : We serve you with heart

Wassalam
Contact person :

1. Amsyahril
( Director )
Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

2. Riko Adryansyah
( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
 
Salam..izin promot kat laman ni,kami sinar alam wisata tour and travel di padang bukittingggi indon,bila tuan/puan nak becadang bercuti kat padang bukittinggi kami menyediakan perkhidmatan pakej percutian dan sewa pelbagai kereta dengan harga jimat dan berbaloi.
Wassap +6285356000747
Emel sinaralamwisata1409@gmail.com
Website www.sinaralamwisata.com