Monday, February 10, 2014

Padang-Bukittinggi Trip: Oleh-Oleh Khas Minang, Pasar Atas & Wadjan Resto










Alahai, mood ada tapi masa pulak tak cukup. Balik rumah dah penat, tak sempat nak buat entry. Kita sambung pulak lagi ye. Oh, ye kami gi shopping kerepek2, oleh-oleh khas minang. Kami singgah sini. Oh ye, kat area Bukittinggi ni ada banyak kedai camni. Supir pasti akan bawak, don't worry.


Saya shopping sikit je, tengok mak saya tu..sakan betul shopping...hehehe.


Antaranya kerepek bayam, kerepek sanjai balado,pisang salai, ubi, sagun bakar, bika ambon dan macam2 lagi. Kalau beli banyak, boleh je suruh dorang packkan siap2 dlm kotak.


Lepas tu kami ke Pasar Atas. Pasar Atas ni macam Pasar Baru Bandung. Kain sulam, telekung di mana-mana. Duduk sini sebenarnya kena sehari suntuk, baru ye puas shopping. Boleh tawar menawar, peniaganya pun mesra macam kat Bandung.


Depan pasar atas ni pun ramai orang berniaga. Sampai malam pun ada. Jam Gadang kat sini jelah. Kalau takde supir, nak balik ke hotel naik kereta kuda pun boleh. Ada banyak kat sini. Oh ye, pasar atas bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.


Dah penat membeli-belah tibalah masa untuk makan. Kami makan kat Wadjan Resto. Ni semua suggestion dari Supir. Kita cuma cakap nak makan ringan, nak makan nasi. Nanti pandailah dia suggest kat kita nak makan kat mana.


Boleh tahan jugakkan interior dia.


Ini air TV3..hahaha. Tak ingat nama betul, tapi air ni campuran 3 jus buah.


Ni pulak cappucino cincau.


Ni pulak ialah ayam pangsit goreng. Macam wantan. Ada daging ayam & udang. Kalau rebus, wantan tu direbus. Makan dengan sup. Sedap jugak.


Ni pulak nasi goreng selimut. Saya siap order nasi goreng selimut tebal sebab cuaca dingin...hahaha. Nasi ni sama je macam nasi  goreng pattaya.


Masing2 dah penat. Nak amik gambar pun takde mood. Balik bilik terus kebaboom. Esok kita gi jalan ke tempat yang lagi menarik. Tunggguuuu...

9 comments:

perasan tak kalau makan nasi mesti mereka kasi keropok kan..hehehe sedapnya lahai ayam pansit tu...
 
sedap nyerrr....
 
Ya Allah sedapnya air2 nya :)
 
Panjang perjalanan kau Dee.
 
bab shopping yg best tu ye
byk mak dee shopping ha..hehe

cappucino cincau mcm sedap?
 
menarik deco dalam restoran tu kak...combinasi kaler pun sgt sesuai...
 
Cantik deco dalam restoran tu. Makanannya pun nampak sedap. Kalau berjalan tak bershopping tu memanglah terasa berganda kepenatannya!
 
tak sabarnyaa nak ke sana!!! hehehe!!!
 
Salam..izin promot kat laman ni,kami sinar alam wisata tour and travel di padang bukittingggi indon,bila tuan/puan nak becadang bercuti kat padang bukittinggi kami menyediakan perkhidmatan pakej percutian dan sewa pelbagai kereta dengan harga jimat dan berbaloi.
Wassap +6285356000747
Emel sinaralamwisata1409@gmail.com
Website www.sinaralamwisata.com