Balik dari Malin Kundang, kami teruskan meronda-ronda di Kota Padang. Kat sini rupanya tak banyak tempat jual kain sulam dah. Kalau jumpa pun tak menarik langsung. Jadi kalau nak beli mesti beli kat Bukittinggi. Kat Kota Padang, banyak jual kasut2, baju2, beg2..macam kat Petaling Street je. Tapi dorang taklah sombong cuma kurang mesra je.
Lepas tu kami terus dibawa ke area pantai untuk melihat matahari terbenam. Melalui Jambatan Siti Nurbaya. Sapa tahu atau pernah baca lagenda Siti Nurbaya (Kasih Tak Sampai)? Saya pun baru tahu masa kat sini. Kami tak berhenti pun kat Jambatan Siti Nurbaya cuma lalu di bawahnya je.
Takde rezeki nak tengok sunset. Bila sampai je kat tepi pantai matahari dah tak nampak. Terlindung dek awan tebal. Tak boleh mandi kat sini tau sebab lautannya agak ganas..yelah Lautan Hindi kan. Tapi ada macam2 aktiviti sepanjang pantai.
Ada ramai orang berniaga. Seafood, air tebu, jagung bakar, telur penyu dsb. Nak beriadah berbasikal bercouple, bertiga, berempat pun boleh. Kata Pak Supir, berbasikal berempat tu basikal poligami..hahaha. Jalan agak macet sebab hujung minggu kan. Oklah, jom kita gi makan. Lapar dah.
Pak Supir bawak kami makan kat sini.
Masing2 dah keletihan sebenarnya.
Kami makan Es Durian. Ya Allah, sedap dan nikmat betul. Kalau ke sini, jangan lupa cuba tau.
Kitorang makan murtabak mesir je. Rasanya biasa2 je takde beza dengan murtabak biasa tu. Dah kenyang, balik tidur terus. Esok flight pagi. Kang tak terjaga lak.
Pagi tu sebelum fly balik, hotel Bunda dah sediakan breakfast. Alhamdulillah, memang awal betul time ni. Pukul 5.30 pagi.
Roti pun ada.
Buah-buahan pun ada.
Nasi goreng dia sedap.
Selamat tinggal Padang. Insyaallah kami kembali lagi. Seronok jalan dengan makcik2 ni yang bernyanyi2 kat dalam kereta. Lagu ni yang mereka selalu nyanyikan.
Ayam Den Lapeh - Anita Sarawak
Luruihlah jalan Payakumbuah
Babelok jalan Kayu Jati
Dima hati indak kan rusuah
Ayam den lapeh, ohoi … ayam den lapeh
Mandaki jalan Pandaisikek
Manurun jalan ka Biaro
Di ma hati indak maupek
Awak takicuah, ohoi … ayam den lapeh
Reff:
Sikua capang sikua capeh
Saikua tabang sikua lapeh
Tabanglah juo nan karimbo
Ai lah malang juo
Pagaruyuang jo Batusangka
Tampek mandaki dek urang Baso
Duduak tamanuang tiok sabanta
Oi takana juo
Den sangko lamang nasi tuai
Kironyo tatumpah kuah gulai
Awak ka pasa alah usai
Oi lah malang denai
O hoi … ayam den lapeh
O hoi … ayam den lapeh
21 comments:
ayam den lapeh.. oi oiii..
wahhh..Es durian tu rasa cm mn? manis ke..hehe..
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Wassap +6285356000747
Emel sinaralamwisata1409@gmail.com
Website www.sinaralamwisata.com
Post a Comment