Wednesday, February 5, 2014

Padang-Bukittinggi Trip: Istana Pagaruyung


Lepas lunch di Pondok Flora, kami teruskan perjalanan ke Istana Pagaruyung, Batusangkar. Tiket masuk RP12,000 = RM3.30 lah lebih kurang.


Masuk je terus nampak tersergam indah Istana Basa ni. Memang basa (besar) lah. Oh, ye..ini hanya replika. Yang asli terletak di Batu Patah dan sudah terbakar masa rusuhan pada tahun 1804. Didirikan semula dan terbakar lagi pada tahun 1966. Dibina lagi di tapak baru ini dan terbakar lagi sekali pada tahun 2007 di mana puncak istana pulak dipanah petir.


Kalau tak silap ini tempat penyimpanan padi.


Istana ini hanya menggunakan pasak. Tidak ada paku. Tiga tingkat kesemuanya tapi saya tak naik smpi tingkat 3. Cantikkan seni ukirannya.


Tiang dia pun besar dan kukuh. Semuanya senget tak tegak pun. Kagum dengan binaannya.


Tak sure pulak ini bangunan apa. Terletak sebelah kiri istana. Kalau berminat boleh menunggang kuda di sini.


Ini bahagian belakang istana. Dapurnya barangkali.


Terserlah keunikan atap tanduk kerbau minangkabaunya. Cantik.


Bahagian siling istana.


Oh, saya ambil kesempatan mencuba pakaian pengantin minangkabau. Bayaran cuma RP35,000 = RM9.50. Brother depan tu saya punya photograper. Sekeping gambar RM10..nak bayar dlm rupiah pun boleh. Baju tu disarung je ke badan. Xyah salin2.


Pengantin dah siap. Posing time..hehehe.


Posing puas2 lah bila lagi kan? Sampai seganlah semua orang amik pic sy termasuk mat saleh..hahaha.


Pengantin gemuk sedang menunggu pengantin lelaki tak kunjung tiba..hahaha. Korang kalau datang, jangan lepaskan peluang tau cuba pakai baju ni. Boleh pilih warna apa nak. Hiasan kepala tu ringan je sbb replika. Kalau yang asli, beratnya aje dah 2 kg. Pendek terus leher..hahaha.


Sebelum balik, bergambar  lagi di depan Istana Pagaruyung. A must visit place kalau ke Padang/Bukittinggi ye. Rugi dah sampai sini tak tengok. Mercutanda orang Minangkabau. Jumpa lagi esok, insyaallah.

16 comments:

serius..cantik nyer kak tmpt ni!
 
laki aku penah pegi padang trip kolej dia. dia kata padang best sbb tmpt dia unik, klasik, tradisional sgt. nnt ada rezeki lebey, aku nak gak terjah padang. kompem blog kau jadi panduan kak.
 
ada nyanyi-nyanyi dalam hati tak..?

"Pagar Ruyung jo Batu Sangkar
Tampek mandaki dek urang baso
Duduak tamanuang riok sabanta
Ai takana juo"

Bangunan kecik tu rasanya tempat simpan padi.
Tongkonan
Batak, Minangkabau dan Toraja biasanya ada gitu

Lain kali bawak perantin lelakinya sekali!
Siann kena tinggal!!
 
Aina tak pergi Batu Sangkar anak dah muntah2 lembik pemandu kata kita baliklah kesian budak...:(
 
wah..cantik kak dee dalam outfit tu....kalau hiasan kat kepala tu along yang pakai..confirm patah leher..ahhahahaa
 
cantiknye rumah minangkabau tu
 
Sian pengantin lelaki kena tinggal...hehehe...Cantik seni ukirannya yer kak.
 
lawanya dia pakai baju ngantin..
seronok kan tempat ni :)
 
cantik lah tempat ni...
dan cantik jugak berpakaian minangkabau tuh..
 
Awat bibir lagu tu akak atas tu?

hahaha.
 
sgt kreatif la hasil binaan dorang kan
kukuh plak tu rumah tu..cantik..

sempat lagi berposing dgn pakaian pengantin minangkabau ye dee..amik peluang iya dak..hehe
 
cantiknya architecture istana ni..
woooww...


bertambah cantik dgn pengantin tu.. hihi =)
 
perghh dee..cantik baju pengantin minangkabau tu....dah mcm sanggul lintang org melaka hah.....bertuah ko ade pengalaman baju tradisi dieorg....

cantik2 dan unik la binaan bangunan dieorg....tradisional sungguh....
 
Serius cantik tempat ni, Sis. Menarik sekali. Kesian kat pengantin, memang berzamanlah menunggu pengantin lelakinya fly naik AA dari Malaysia :)
 
Teringat masa pergi sini..dlm bus diaorg dok pasang lagu pagar ruyong .
 
Salam..izin promot kat laman ni,kami sinar alam wisata tour and travel di padang bukittingggi indon,bila tuan/puan nak becadang bercuti kat padang bukittinggi kami menyediakan perkhidmatan pakej percutian dan sewa pelbagai kereta dengan harga jimat dan berbaloi.
Wassap +6285356000747
Emel sinaralamwisata1409@gmail.com
Website www.sinaralamwisata.com