Assalamualaikum semua. Kalau minggu ni saya konsisten update blog, insya Allah boleh habis kisah trip Borneo saya ni.
Okeylah, ini adalah sunset view dari Canada Hill. Puncak yang tertinggi di Bandaraya Miri. Dikenali juga sebagai Bukit Telaga Minyak. Di sini jugalah terletaknya The Grand Old Lady (TGOL).
Boleh nampak pemandangan Bandaraya Miri dan boleh kena gigitan nyamuk juga..hahaha.
Keadaan agak berawan sebab Miri hari2 hujan.
Kat sini pun tempat orang ramai lepak, dating atau bersama keluarga. Cumanya tak berapa nak bersih. Kalau orang ramai jaga kebersihan, memang tempat ni cantik.
Esoknya baru kami ke The Grand Old Lady. Tapi tak bukalah pulak sebab masa sampai ni waktu solat jumaat. TGOL terletak di Canada Hill juga. Ianya merupakan telaga minyak pertama yang dijumpai dan digali oleh Shell pada tahun 1910. Di sinilah sejarah petroleum negeri Sarawak bermula.
Operasinya ditutup pada tahun 1941 kerana perang. Sekarang sudah tidak beroperasi tetapi sangat berjasa kepada industri minyak negeri Sarawak.
Kat sini pun boleh baca sejarah TGOL.
Kalau ke Miri, jangan lupa singgah ke Miri Well No.1 ini ye.
Dekat sini juga terletaknya Muzium Petroleum. Eh..rindulah dengan kereta putih tu. Rindu juga dengan BFF saya..hehehe.
Ini waktu lawatan Muzium Petroleum Miri.
Masuk percuma.
Kat dalam ni kita boleh baca sejarah penemuan minyak di Sarawak. Saya rasa banyak yang perlu diperbaiki bagi menarik lebih ramai pengunjung.
Sepatutnya kereta ni berfungsi. Sayangnya tidak diselenggara dengan baik. Kereta ni akan bergegar akibat gempa bumi bila kita tekan butang hijau kat situ. Tapi dah rosak.
Ada juga replika pelantar minyak dipamerkan di sini. Takdelah menarik sangat tapi bagi mereka yang minat sejarah, jangan lupa datang berkunjung ke sini sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. Awesome! Esok, kita cerita tentang food aje. Nyum..nyum!