Friday, August 5, 2011

Jong Crocodile Farm

c
Lepas je keluar dari Semenggoh Wildlife  Centre tu, kitorang terus pergi ke Jong's Crocodile Farm.  Yang ni berdekatan tau dekat Serian.  So, korang plan kul 9 pagi tengok orang utan masa feeding time dorang, pastu leh terjah Jong's Crocodile Farm sebab feeding time untuk buaya pulak adalah pada jam 11.00 pagi dan 3 petang.  Antara binatang yang ada ialah ular ni.  Segala maklumat tentang Jong's Crocodile Farm boleh didapati di SINI.
Tiket masuk pulak untuk Sarawakian ialah RM10 bagi dewasa, kanak2 RM5 dan untuk non Sarawakian ialah RM16 untuk dewasa dan kanak2 RM8 (bawah 12 tahun).  Dan seperti biasa, saya dapat rate Sarawakian sebab pergi ngan orang Miri kan, dia je gi beli tiket, tunjuk mykad dptlah harga Sarawakian tu.  Kitorang disuruh diam je..hehehe.  Selamat duit tiket.  Gambar kat atas ni anak2 buaya.  Tidur mati semuanya hahaha.
Ada jugak honey bear macam kat Kuala Gandah tu.  Tapi yang ni alahai kesian tau.  Dinding kandang tu tinggi bebenor..kitorang kena memanjat nak tengok dia.  Cutekan dia.  Tapi sekali dia sepak..pengsan kita..hahaha. 
 Ada jugak labi-labi.
Ada jugak memerang.
Kagum betul tengok dorang tangkap buaya banyak2 gitu.  Macam keranda dah haaa... 
Buaya kat sini bukan sikit tau.  Punyalah banyak.  Kawasan dia pulak kemain luas.  Penat berjalan.  Sepanjang2 tu korang akan nampak macam2 jenis buaya ada.  Kat bawah laluan kaki korang pun ada.  Ada yang macam  batang kayu diam je dlm air.  Ada yang mcm ni berjemur je.  Besar2 tau.
Buaya air tawar pun ada.  Jenis muncung panjang je.  Ternganga tau yg sekor ni.  Takut tengok giginya.
Aik..babi hutan pun ada.  Bau jangan cakaplah..busuk giler. 
Tepat 11.30 pagi, dorang buat announcement feeding time untuk buaya.  Masa ni..buaya2 ni pun mcm tau2 je time makan.  Kemain kerumun bawah pangkin orang yg nak bagi makan tu.  Siap dibunyikan loceng lagi.  Jangan salah pond tau.  Tak ingatlah saya pond yang mana tapi yang pasti..kerusinya mmg banyak giler.  Sebab kat pond2 lain pun jugak kerusi.  Kalau tak sure bertanya ye.  
Buaya2 ni..akan diberi makan dengan cara mengikat ayam di tali kabel.  Lepas tu buaya2 ni akan melompatlah menerkam ayam tu.  Tukang bagi makan pun bijak..ditarik2 tali kabel.  Bila tak dpt..ketap bunyi gigi buaya berlaga.  Kalau korang dengar sure korang ngeri punyalah...dia punya bunyi korang dpt bayangkan kalo diri korang yang di'ngap'.  Sure tercarik2lah isi dari tulang..huhuhu...serius takut wei.  Mimi sibuk tanya kenapa dia tak boleh bagi makan buaya.  Mana boleh, nanti bukan tangan je hilang..ngan Mimi sekali hilang..huhuhu.  Tak sangguplah mama wei.  Seronok giler tengok buaya2 ni melompat terkam ayam tau.  Korang mesti ke sini..tak rugi.  Pengalaman tengok buaya makan dengan melompat tu susahlah nak cari di mana2.  Kebanyakan zoo, buaya2 tu semua pemalas..hahaha.  Tidur je 24 jam. 
Habis je show feeding buaya tu..kitorang pergi ke kawasan ikan Arapaima.  Besar giler ikan tu.  Ha..yang ni bolehlah amik roti yang disediakan untuk dibaling-baling pada ikan.  Seronok mimi dan fifi dapat beri makan ikan. 
Masa nak balik tu sempat lagi snap gambar Monkey ni.  Mimi kata ni kawan dia..wajib amik gambar..hahaha.
Keluar je dari Jong..terus terpa replika ni untuk sessi bergambar.  Nasihat saya, kalau u oll sampai pagi...pergilah snap gambar kat sini dulu.  Masak kitorang amik gambar ni..panasnya Masyaallah tak terkata. Nak berdiri atas buaya tu pun tak sanggup dah rasanya.  Lepas ni cerita kitorang ke Satok pulak.

18 comments:

nasib baik takde buaya darat kat citu kan
 
tue yang untung kalau dia g jalan2 dengan orang negeri tue kan....
 
keh keh~~babi buat penampilan khas~~
 
syok budak2 jalan tgk minatang....okey gak zoo sane kan....

erm lieya kalo gi zoo ni, tempat babi leee mls nak singgah...bauuu tak tahan wei...pekong idong kite dibuatnyer..
 
SALAM,
TAK PERNAH SAMPAI TEMPAT INI ! KALAU BOLEH, NAK PERGI
 
kalau anak2 mesti suka tmpt mcm ni kan kak...

babi hutan tu geli noks...
 
last tgok buaya,masa kat langkawi 4tahun lepas hehehe
 
jong..jong inai mak ipung rajawali..ewah.. (takde kena mengena kan..hihihi)
 
buaya?
alamak,
tatutlah,
lagi tatut kalau buaya darat,
hahahahahaha....

alamak kak,
sedeynya lagu:(
 
tak suka boyer tapi suka tengok panda tu comei sgt
 
hmm.. sapa2 nak gi jong or cultural village, nak dpt rate org sarawak, bole je.. kena bwk sy balik la... hehehe

orangmiri
 
macam mana ni orang sarawak sendiri tak pernah lagi pergi jong crocodile...huhuhuhuhuh...


New Entry: Swallow The Sun
 
budak2 ni syok tengok pic entry u nehh hhehhe
 
Wah camni puas hatilah Dee... Enjoy sakan..!
 
gmbr 1st tu gmbr ular eh.. perghh meremang bulu roma.. geliiiii.... uhuhhuu
 
boleh belikan sekor buaya tak...?

(tapi uncle bukan 'buaya' tau..?)
 
byk nya buaya...yelah sarawak kan mmg tmpat dia..buaya tu xyah kot nk bali ke nk import..kat sg dorang pun mmg byk buaya..

aduii mimi nk bg makan kat buaya?jgn mimi..bahaya.....
 
dee, dulu kan pernah sarawak dilanda banjir besar taw. buaya kat jong ni terlepas keluar sampai ke kampung orang. kecoh gak time tu..nasib baik pihak pengurusan nya cepat2 amik tindakan.