Assalamualaikum semua. Harap masih bertahan dengan cerita2 Beijing saya. Oklah, kami singgah ke Bamboo Charcoal centre. Dekat sini kita akan tengok charcoal yang dibuat dari bamboo.
Apa motif bra tu kat situ? Hahaha...bra tu dibuat dari charcoal bamboo gak. Miang? Tak rasanya. Tak cuba pulak..hahaha.
Seluar dalam merah ni pun dia promote..hahaha. Material dari charcoal bamboo ni 'anti dust mite'. So, tak alergic kat skin. Ada banyak produk lain jugak macam skincare, kitchen towel dan sebagainya.
Ha..yg ni lak..mmg all in one pya produk. Kalau tengok pic no 2 tu mcm shawl je kan..tapi boleh jadi macam2. Rasanya korang pun ada tengok video kat FB. Kat sana, merata ada jual. Maybe material je lah lain sket kot.
Then..kitorang lunch kat Xinjiang Muslim Restaurant ni. Menu lebih kurang sama je.
Dah kenyang, jom solat kat Nan Dou Ya Mosque.
Masjid Nan Dou Ya ini berusia lebih 700 tahun dibina pada pemerintahan Dinasti Ming sekitar 1368 hingga 1644, era sama yang menyaksikan kemunculan Cheng Ho.
Ruang dalam kawasan solat. Cantikkan.
Kat sini pun ada kedai muslim yang jual kuih2. Tapi saya tak beli pun.
Ha..cer tgk budak tu. Seluar dia bukan koyak tapi mmg macam tu. Terbuka di bahagian depan dan belakang. Dorang mmg tak pakaikan pampers utk anak2 kecil. First time kami nampak ni kat Tiananmen Square. Kiranya kalau budak tu nak buang air..kangkangkan ajelah..kat mana2 pun boleh..x perlu ke toilet pun..hahaha. Persoalan yang bermain di kepala saya pada ketika itu..tak sejuk ke?Hahaha...
Lepas tu kami ke DongCheng District Library ni utk melihat pertunjukan akrobatik. Tapi sampai awallah pulak kan.
So, jomlah kita ronda2 dulu. Bersih mmg bersih Beijing ni..tapi tak berani nak duduk sebab anjing pun merata je kan buang air..tapi takde pulak nampak anjing liar..yang ada semua anjing comel bertuan.
Yeay..dah ready nak tengok Acrobatic Show.
Macam juga Istana Budaya, tak boleh amik gambar. Kena laser kau! Hahaha...yang pasti shownya sangat2 best. Meloponglah tengok aksi2 stunt dorang tu. Gi Beijing tak tengok Acrobatic Show live mmg rugilah.
Lepas tu kami ke Wangfujing Street. Macam jalan2 kat Bukit Bintanglah. Banyak shopping complex yang jual barang branded gak.
Ha..lagi satu motorsikal yang menarik perhatian. Nampak kerusi kecik depan tu? Dorang ni mmg kreatiflah kan. Ni boleh naik 3/4 orang kot..hihihi.
Kat lorong belakang2 sket bolehlah beli souvenir. Tawar giler2 tau. Boleh dapat murah gak.
Then kami makan kat sini. Dekat area Wangfujing Street ni lah.
Hahaha..bersepah meja macam orang buruk lantakkan. Actually pinggan dorang ni kecik tau..pastu letak food byk2..tu yg berterabur. Sebenarnya nak tunjuk lamb satay tu. Masyaallah..sedap giler. Saya suka..pedas, lembut..mmg sedaplah. Okeylah, jumpa Isnin nanti. Insyaallah entry Beijing yang terakhir. Have a nice weekend everybody! Assalamualaikum.
13 comments:
kutip pengalaman.. hehehe
aku tegelak tang seluar lobang tu...hahahahaha...asal boleh kan...tu dah jatuh malas tu....biar berlobang asal senang yak2 hahaahahah....
lamb sate tu buat aku terliur...aku kan peminat satey....
hahaha
gitu lak dibuat kat anaknya!!
sendiri pakai lah!!!
memamg pengotor kan!!
[ saya masih sangat anti cina di sana ]
Post a Comment