Friday, November 8, 2013

Autumn in Beijing: Forbidden City


Meneruskan perjalanan dari Tiananmen Square, kita jejaki pula Forbidden City atau Kota Larangan.


Tersandar melekat di pintu masuk Kota Larangan. Dah macam cicak pulak..hahaha.


Ha..pernah tengok tak? Forbidden City ni banyak dipaparkan dalam filem2 kungfu. Ianya mula dibina pada tahun 1406 oleh YongLe, Maharaja Ming yang ke-3. Kota atau istana ini adalah kediaman dan juga pusat kuasa bagi 24 Maharaja dari zaman Dinasti Ming dan Qing. Sekarang ianya dikenali juga sebagai 'Palace Museum'.


Kota ini mula dibuka kepada rakyat biasa pada tahun 1925 buat pertama kalinya. Keluasannya adalah 700,000 meter persegi. Terdapat 800 bangunan dan 9,999 1/2 bilik kesemuanya. Giler banyak..hahaha.  

Kota Larangan ini juga merupakan bangunan istana yang terbesar di dunia. Juga diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1987 dan tersenarai sebagai "UNESCO largest collection of preserved ancient wooden structures in the world".


Moh jalan lagi. Ni dah dekat The Hall of Supreme Harmony. Dibina pada tahun 1406. Seluas 30,000 meter persegi dan mempunyai ketinggian 7 meter dengan 3 tingkat tangga / teres batu marmar, bangunan ini juga adalah bangunan yang tertinggi pada zaman Dinasti Ming dan Qing. Tiada bangunan lain dibenarkan dibina tinggi dari The Hall of Supreme Harmony ini.


The Hall of Supreme ni mempunyai 72 tiang untuk menyokong bumbung istana. Eh..dah macam blog sejarah pulak..hahaha. Takpelah..nak baca buku sejarah mmg taklah kan..bosan. Saya cerita, korang baca je ye.

Terdapat seramai 200,000 pekerja yang membina kota ini dan 10,000 orang pernah tinggal di dalamnya termasuklah..ehem2..gundik2 diraja.  Jom..kita jalan lagi.


Ri Gui atau Sundial yang dibuat dari batu marmar serta JiaLiang (lupa nak amik pic) di letak di timur dan barat untuk menunjukkan yang Maharaja Cina adalah seorang yang adil.


Ada patung gangsa burung 'crane'.


Dan juga kura-kura berkepala naga ni.  Kedua-duanya melambangkan keabadian. Kata tour guide kitorang, ini adalah antara anak naga. Naga ni ada 9 anak.  Dengan kura-kura pun dia kahwin. Tu boleh tahan lagi. Ada ke dia kata naga kahwin dengan sawi? Sawi? You all boleh imagine tak? Siap ada anak tau. Adakah kami telah dikelentong?Kahkahkah.


Ok dah habis gelak, jom tengok tangga marmar berukir naga tu. Cantikkan. Tangga tu hanya digunakan oleh Maharaja sahaja. Oh..jom tengok apa yang orangramai kerumun kat atas tu.


Ha..dorang nak tengok ni ha..singgahsana maharaja cina. Ni abis zoom dah ni. Camera cikai, gitu2 jelah hasilnya. Kat sinilah Maharaja Cina duduk bertakhta.


Lepas tu disebabkan kami kepenatan, kami memilih jalan singkat untuk sampai ke hujung. Ada few stops yang kami skip macam The Hall of Complete Harmony, The Hall of Preserving Harmony, The Large Stone Carving, The Gate of the Celestial Purity, The Hall of Celestial Purity, The Hall Celestial and Terrestrial Union dan akhir sekali The Hall of Terrestrial Tranquility.  

Gambar kat atas ni yang sebelah kanan tu..adalah sebahagian 9,999 1/2 bilik yang ada di Kota Larangan. Bilik2 ini ada juga untuk pekerja2 istana termasuklah gundik2 diraja.  Gundik2 ni ada yang tak sempat jumpa maharaja pun..dah mati dulu. Kalau dah pernah jadi gundik raja tak boleh kahwin tau.  Kesian.


Bergambar lagi selagi berkesempatan.


Juga merehatkan diri di kerusi ini.


Bila sampai di penghujung jalan, tiba2 orang kat pintu tu cakap pintu ditutup.  Oh no..kami tak sanggup berpatah balik.  Mujur lepas 10 minit pintu dibuka kembali.


Keluar je terus jumpa Imperial Garden (Yuhuayuan) yang cantik ni.


Dibina pada tahun 1417 pada zaman Dinasti Ming , mempunyai keluasan 12,000 meter persegi juga merupakan taman khas hanya untuk keluarga diraja. Dulu2 mereka duduk sini sambil minum teh, main catur, bermeditasi dan merehatkan diri.


Kat taman ni pun ada Pavilion yang cantik senirekanya.


Pokok2 bonsai yang agak unik dan misteri. 


Pokok pun dah tinggal ranting..musim gugurlah katakan.


Ini artificial. Dikenali sebagai Dui Xiu Shan atau Hill of Accumulated Elegance. Tingginya 10 meter.


Fuh..setelah 3 jam berjalan..akhirnya kami keluar dari Forbidden City.


Berjalan lagi.  Masa nak keluar ni mmg ramai penjaja tepi jalan dan peminta sedekah.  Memang kesianlah tengok dorang..ada yang terbakar kulitnya, ada yang cacat.


Diakhiri dengan sungai yang terletak sebelah Forbidden City. Apasal ntah rasa macam kat Europe pulak..hahaha. Oklah, see u next week.  Have a nice weekend.

14 comments:

utk kesekian kali nyer..best nyer kak oii!
 
cicak yang comel!
 
luas yeak dee kawasan die...mmg jauh gak meround sekitar kawasan tu kan....

betul2, dlm filem2 ke drama cina ke selalu nampak persekitaran mcm nie.....tgk pic ko ni baru nampak gambar sebenar....
 
in sha Allah, lepas ni boleh sampai Europe pulak :)
 
Cantik dan luas sungguh Forbidden City ni. Eh, kat sini bukan ke scariest place sebab byk sgt gundik raja yang mati..huhuhu...

Kalau naga + kura-kura jadi more to kura-kura, kalau naga + sawi, jadi macam batang sawi ke? Eh, cam tak percaya aje penerangan ni, Dee. Kotnya silap translation ke :D
 
waaaaaaaaa bestnyer... kak, tour guide tuh tak tunjuk ke camne rupe anak naga yg kawin ngn sawi tu hehehehe...

gile beso kawasan nih yek, comfirm kalu jln sorang2 boleh sesat nih kak...
kt sini ke kak yg ada patung2 askar yg sampai puluh2 ribu tuh? takde gambar ke kak? or kt bahagian lain?
 
dana: patung askar tu kat xi'an..nama dia terracota..kau jgn..aku dah menggedik2 nak beli tiket gi xi'an..nak2 tgk pic kat blog dr singa..dia dah smpi..huhu..
 
mummydearie: kitorang suka test tour guide tu..kotlah dia nak tipu..tp 10 kali tya pun jawapan dia tetap sama..entahlah camana rupa anak naga+sawi tu..kata dia biji sawi kot..xleh blah betul..rasa diperdaya..hahaha..
 
kwin dgn sawi?? cant imagine sis..
hahaha

baca entry akak mcm baca sejarah. api syok.. ingat erk sume nama2 building ni.. ke amik note.. hehehe
 
lyn: itu gunanya google..hahaha..
 
hadoi, baru berkesempatan nak baca n3 beijing ko...


tak tahan part naga ngan sawi tu...kahkah...
 
cite mcm xlogik tpi nk kne pegi tgk sdiri la nnti.. hehe..
 
Ooo...cerita2 kungfu zaman dinasti yg pelbagai tu yg dok tengok kat tv dok buat kat sini rupanya. Ingat depa ada studio sendiri.
 
bersih tempat tuhh