Tuesday, November 12, 2013

Autumn in Beijing: Jade & Crystal Centre


Assalamualaikum semua. Pagi2 kami dah siap untuk pergi sarapan dan meneruskan cuti2 di Beijing. Jom!


Wajah-wajah yang ceria tak sabar nak isi perut.


Cakoi berwarna gelap..x sure kacang ke apa dalam dia..tp mmg sedap sangat. Air kopi tu kami dah ubah ikut selera tekak dengan meminta gula. Kalau tak, mmg tawar heber..hehe.


Lepas tu ada noodle katanya...sekali datang macam kuey tiow goreng, pedas dan sedap. Makan kenyang2 sebab hari ni nak panjat Great Wall. Kami meneruskan perjalanan lebih kurang 1-2 jam ke luar bandar Beijing.


Lepas sarapan, kami terus ke Jade Centre ni. Nama tempat tak berapa nak ingat..hehehe. Jade adalah antara batu permata yang terdapat dalam dunia. Ada 2 jenis jade iaitu Nephrite dan Jadeite. Antara dua ni Jadeite adalah lebih keras.


Ah moi ni lah yang bagi penerangan mengenai Jade.  Dia ajar macamana nak tahu samada jade itu asli atau palsu dan cara2 mengenalpasti jade yg mempunyai kualiti terbaik.


Mereka yang sedang busy membelek jade sebelum beli. Harga? Kalau tak silap paling murah pun 300 yuan kot. Entahlah..dah lupa.


Ma Kamariah pun cuba juga. Saya pun cuba tapi lupa nak snap pic. Oh ye..jade yang baik adalah yang berwarna hijau cerah keputih-putihan. Bukan yang hijau pekat tu tau.


Ini pulak pillow cover. Katanya untuk hilangkan sakit kepala. Tak tau lah betul2 efektif ke tidak. Saya tak shopping apa pun kat sini.


Kat luar Jade Centre ni mmg banyak orang berniaga. Buah2 ni nampak sedap. Ada kawan2 yang beli buah bidara..tu yang paling depan sekali..comel2 warna merah+hijau macam buah ceri tu. Sedap tau macam rasa buah epal fuji tapi versi comel. Rangup je bila makan.


Kekacang pun ada dijual. Biji kuaci lagilah..berlambak.


Ni pulak keledek manis. Masa kat sini kami tak beli. Rasanya Amy ada beli masa di Bird's Nest Stadium..sedap sangat. Makan pulak masa sejuk2 kan. Tak sure harga...5/10 yuan kot sebiji.


Then, kami teruskan perjalanan ke sebelah Jade Centre je..iaitu Crystal Centre.  Tapi naik baslah..bukanlah jalan kaki..hehehe.


Antara batu crystal yang ada.  Original kot.


Antara sample batu crystal yang dipamerkan ialah Crystal Clear, Turquoise, Malachite, Fluorite, Citrine dan Smoky Quartz Cluster.


Masing2 berebut nak pegang bola cystal ni..sentuh sekali utk keabadian, sentuh 2 kali utk jodoh, sentuh 3 kali utk kekayaan..ke susunan dia terbalik tapi gitu2 lah..hahaha. Lepas tu kami dibawa ke satu bilik untuk penerangan tentang crystal. Cara nak detect yang mana satu palsu dan asli. Macam biasa, tak boleh amik gambar. Sabar jelah..rahsia kerajaan kot..hahaha.


Crystal juga bagus untuk kanta spek mata. Korang kalau nak beli, make sure tau power mata berapa. Anti calar dan mmg tahan lasak. Harga boleh tahan mahal..hahaha.


Ada banyak cincin, bracelet, rantai dan aksesori crystal yang cantik2. Korang sediakan duit jelah.


Kat sini pun ada juga jual pillow cover.


Itulah serba ringkas tentang Jade & Crystal Centre yang kami lawati.  Topi Mongolia yang saya pakai tu topi Kak Naemah beli..memang selesa pakai terutamanya kalau time winter.  Keep the head warm. Esok, cerita Great Wall of China pulaklah ye.

16 comments:

syok nyer kak oii...jeles niee..
 
Mesti batu2 cincin tu cantik2 je kan Dee.
 
bestnye dee...ade pengalaman ko tgk n pegang jade original kan....kalo kat sini aku tak percaye ade tiruan2 nieh...mesti semua original... aku suke bab2 jade nieh....tapi tu laa nak beli mmg tak mampu la kan...suke tgk cina2 pakai jek laaa...
 
cantiknya jade & kristal tuh..
sure harga nya mahal
 
Memang kalau pergi melawat kat tempat2 gini mmg tak dibenarkan ambik gambar..sabo je laa..kan.. :)

Tapi mmg menarik laa..
 
curious pulak tgk cover pillow tu...
buat dari apa tu sis?
tak kan jade??????
 
sedapnya keledek manis tu, kuning isinya :)
 
Okla makanan yang dihidangkan sedap.. Puas makan kan :D
 
sekali marathon baca n3 ko sis..byk keje kat opis..nak jeling2 pun tak sempat..lega dpat baca semua....
 
Baru nampak terang dan nyata gambar mi ala-ala kuey teow gitu. Cantik Dee topi Mongolia tu tapi kalau offer free, malu lak nak pakai! :D
 
aku ingatkan cakoi tu waffle...tetiba rasa nak mkn waffle petang ni...huhu...
 
rasp: yup jade..maybe dari kualiti yg tak berapa nak tinggi..
 
Noodle yg ala ala koeytiau tu, tgk gambar pun tahu sedapppp ;)

Topi mongolia tu, jgn dipakai depan Rosmah Mansor tau....wakakakakaka
 
sakanns rombongan cikkiah ghituuu.,ehHHee
 
menarik u!
 
kalau pergi dengan pakej.. wajib pergi tempat-tempat gini!