Selamat pagi Isnin..itupun kalau ada orang yang masih kerja macam saya..hahaha. Oklah, kat Beijing ni banyak juga jumpa Adult Store. Ma Kamariah tanya..kedai apa tu? Kedai dewasa Ma..hahaha.
Ada jumpa orang berniaga jus Delima. Sebab nampak bersih..adalah kawan2 yang beli. 10 Yuan..rasa dia manis2 kelat. Kelat sebab biji dia kot.
Ni tempat kitorang dinner. Nama restoran ni ialah Xi Bu Ma Hwa Huo Guo - Huo Guo bermaksud steamboat. Wah..cam terer Mandarin. Thanks kat opismate saya yg banyak membantu..hehehe.
Ni menu dinner kitorang malam tu. Semua sedap kecuali yang macam Nata de Coco tu. Rupa-rupanya Kuey Tiow yang dibekukan. Tak berapa nak sedaplah. Ikan kat tengah tu ikan air tawar tapi banyak tulang. Sebelah ikan tu ala2 kerabu..yang ada kacang tu..sedap. Yang bawah kerabu tulah sayur kacang panjang yang sedap tapi pedas berdesing kalau tergigit lada dia. All in all lagi sedaplah dari menu lunch.
Keesokannya breakfast kami dihantar ke bilik. Nasi goreng dan roti. Saya makan dengan sambal belimbing hitam Amy bawak. Sedap. Kopi pun dibawa dari Malaysia.
Lepas breakfast kami dibawa ke kilang sutera...Ying Feng Silk.
Ha..yang ini larva ulat sutera.
Lepas dia jadi kepompong barulah diproses untuk mendapatkan benang sutera. Goncang2 ada isi.
Ini poo poo ulat sutera. Ada yang dibubuh dalam bantal. Mujur dia tak suruh kitorang rasa..hahaha.
Kepompong yang digoncang tadi tu..dibasahkan dan dibuka. Ada 2 ulat sutera di dalamnya. Ulat ni dah mati.
Kepompong dia tulah ditarik dan diletak di besi berbentuk U depan tu.
Dilapiskan sehingga 8 lapisan. Ha..cuba tarik..kuat juga benang sutera tu. Lepas tu dorang proseslah utk buat cadar ke, baju ke..apa2 jelah.
Lepas tu naik atas untuk dia tunjuk quilt sutera. Gebu2..mmg syok pegang. Free touching and free looking katanya. Hampeh punya amoi. Tak dibenarkan ambik gambar masa dia tunjuk cadar Emperor yang cantik2 tu, so tak bolehlah nak share ngan korang.
Then..shopping time. Dah macam kat Jakel. Tapi saya tak berkenan apa pun. Corak tak menarik. Dari segi harga..murahlah dari dekat KL tu kan.
Yang lain2 je hebat shopping2 ni..hehehe. Oh ye..kedai2 macam ni milik kerajaan China. Pelancong yang ikut group tour mmg diwajibkan pergi tempat2 ni. Tak boleh nak lari...hehehe. Tapi saya suka je..melihat sesuatu yang lain dari kebiasaan. Kita sambung rabu nanti ye. Bye.
15 comments:
Salam Maal Hijrah dari Bunda...
sumthing new to learn...
tinginnnnnn nak pegi and see...
kalo i mesti dah rembat sepasang sis...
kenangan masa ke beijing gitu hehehehehe...
Post a Comment