Assalamualaikum semua. Lepas je lawatan ke Jade & Crystal Centre, kami terus ke China Green Restaurant ni untuk makan tengahari dan solat jamak. Restoran ni paling dekat dengan Great Wall.
Ha..jangan tak caya, siap ada tulis bahasa Melayu lagi. Restaurant yang boleh memuatkan seramai 2000 orang pada satu masa ni ada 3 tingkat. Yang bawah kedai souvenir, tingkat 1 ruang makan utk non muslim dan tingkat 2 untuk muslim..surau pun kat tingkat 2.
Menu kami pada hari itu, sayur dan sayur..hahaha.
Bila sampai je disajikan view yang macam ni. Subhanallah..mmg cantik. Perjalanan dari kota Beijing ke Badaling ni mengambil masa selama 2 jam.
Ada banyak deretan kedai termasuk kedai kopi ni. Minum kopi di tempat sejuk mmg enak kan.
Kita ambik group photo lagi sekali. Harga sama iaitu 100 yuan termasuk buku. Nampak tower kat atas puncak bukit tu? Ha..saya daki sampai situ je..hahaha.
Jom..kita mulakan pendakian..cewah.
Ramai juga yang mengunci cintaku dalam hatimu di sini..hehehe.
Pendakian mula2 oklah..mendatar je.
Lepas tu amik kau..mencungap.
Tersandar di tepian..semput wei.
Tower yang nampak dalam group photo tu ialah Tower 8.
Fuh..berjaya juga akhirnya. Dia punya penat macamlah naik banyak menara..hahaha.
Kami2 yang sudah malas untuk meneruskan pendakian..lepak2 aje di sini.
Tangga yang curam menuju ke atas Tower 8.
Mohlah turun..masa yang diperuntukkan pun dah nak tamat.
Tapi malang tak berbau. Dekat tangga durjana inilah saya jatuh terduduk. Thanks Amy sebab bantu saya bangun. Mujur kaki tak terseliuh..huhu.
Bangun dan terus posing kat patung Terracotta Army ni..hahaha. Emmm..aritu baca kat blog Dr Singa teringin benar saya nak ke Xi'an. Tengok Terracota yang sangat awesome.
Oh..dekat sini ada juga kostum2 Maharaja/Maharani, warrior..kalau kita nak berposing ala2 zaman dulu2. Kat sini lebih murah dari kat atas Great Wall tu.
Oh..kami naik dari Juyongguan Pass. Ada yang naik dari Mutianyu, Gubeikou, Huanghuacheng dan sebagainya. Tapi map ni kan pelik sikit. Merata-rata map dia tulis 'you are here'. Tak taulah yang mana satu kedudukan saya yang sebenarnya pada ketika itu.
Daun2 musim Autumn yang sangat cantik. Kat bawah ni saya sharekan pic yang diambil oleh kawan yang sama group. Dia sampai ke Menara 13. Saya tak letak caption..just enjoy ye.
Alhamdulillah..akhirnya saya dapat menjejakkan kaki ke satu lagi Tapak Warisan Unesco, salah satu keajaiban dunia (7 Wonders of the World) dan juga satu2nya objek yang boleh dilihat dari bulan. Tembok besar sepanjang 8,851.8 kilometer dari timur ke barat tanah besar China serta berusia lebih 2000 tahun akhirnya dapat disentuh. Syukur Alhamdulillah.
17 comments:
tp kty pun besh ..sbb dpt baca citer dan tgk gmbr kt blog dee.
bertuah ko dah jejak salah satu keajaiban dunia....hope ade plak rezeki aku nanti....
menu sayur2 tu fresh nampak...cantik hijau die...sesuai tu ngan diet aku heheheheh
Suka tgk last pic tu.. :)
rugi klu tak sampai sana..
tak pergi agi tpi dah rasa keseronokkannya...
Gila curam tangga dia..Harus la kena berstamina b4 saya panjat GW ni..:P
hehe
tapi bila baca myra plak yang rasa mengah...hehe
ada AA flight sekarang.. KL - Bangkok
then boleh ambik Bangkok -Xian..
senang.. tak payah bersusah payah [ tapi sangat adventurous dan best lah !] macam saya hari tu!
Post a Comment