Thursday, November 14, 2013

Autumn in Beijing: Burning Cream Centre, Bird's Nest Stadium, Pearl Centre & Dr Tea


Assalamualaikum semua. Saya baru perasan, inilah satu2nya pic yang saya ada di Burning Cream Centre. Kat sini kita boleh beli salap dan koyok yang popular tu. Salapnya bagus wei..siap dia buat demonstrasi pegang besi panas dan lepas sapu salap terus tak nampak sangat melecurnya tu. Orang2 yang pernah datang sini pun cakap koyoknya bagus. Tapi sebab Yuan saya dah tinggal sikit, saya tak beli.  Dah kirim dengan member yang pergi Beijing..isnin baru ni.


Lepas tu kami pergi shopping lagi...dekat dengan Bird's Nest Stadium. Kat sini lagi best shopping. Tempat kecik je tapi ramai Malaysians kat sini.


Pilih2..fridge magnet tu 10 Yuan (RM5) = 3 keping. T-shirt pun murah..20 Yuan. Ramai yang borong sakan kat sini termasuk beli hand luggage. Harga? Lebih kurang RM70 je...huhu.


Tempat tu depan station Olympic Sports Center ni lah.


Masa kami kat sini memang sejuk giler. Siap jalan mengundur supaya muka dan dada tak sejuk ditiup angin. Tour guide kami Ms Eka pun tak tahan..hahaha. Tu bergambar bersama patung2 comel Olympic Beijing.


Gambar tak berapa cantik sbb camera cikai. Bertabah jelah. Kat sini juga ramai orang offer amik pic. Tawar sampai dapat 10 Yuan/sekeping tau. Then hati2 juga dengan taktik dorang ye.


Lepas tu kami gi dinner. Orang cina kan makan nasi dalam mangkuk kecik. Jadi bila mintak pinggan dapatlah piring cawan ni..hahaha. Belasah jelah kan.


Yang penting sayur ala2 kerabu ni ada..saya suka. Sedap.


Esok pagi kami teruskan agenda. Tengok kereta tu betul2..tu bukan stereng tau. Tu handle basikal/motosikal..hahaha. Dorang ni mmg kreatif.


Breakfast dengan roti, nasi goreng cina with telur dadar dan mee gemuk ni. Saya tak makan sangat mee ni. Saya belasah nasi goreng.


Then..kami terus ke Pearl Centre. Bezanya tiram air tawar dalam sekeping ni boleh dapat berpuluh biji mutiara. Kalau tiram laut, satu tiram hanya ada satu mutiara. Banyak terdapat di Tasik Kunming dekat Summer Palace katanya.


Oleh kerana yang bagi penerangan pada kami tu ialah anak tauke pusat pearl ni entah betul ke tidak kami ditawarkan harga yang sangat murah.  Nak pulak dia comel2 sket comel ke? Maka berebut-rebutlah nak bergambar dengan dia. Semua orang sibuk nak kepit dia bila bergambar.


Tapi kawan saya sorang ni je yang dipegang dia. So, teruslah kena usik..bakal isteri orang kaya katanya..hahaha.


Muka ada senyum sebab dapat beli bracelet pearl berharga 300 Yuan. Kira murahlah sebab harga dia letak situ 4,000++ Yuan. Rasa macam licin dulang bracelet tu dikerjakan geng2 kitorang..hahaha.  

Info tambahan:  Hati2 ye..ni mmg modus operandi dorang utk menipu. Mesti baca sini: http://azwansalleh.blogspot.com/2013/10/wajib-baca-sekiranya-mahu-melancong-ke.html


Oh..pearl centre ni dekat stadium tapi tak sure stadium apa. Tu uncle2 kat belakang tu dari JB..yeay..1 Malaysia!


Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Dr Tea.


Ha..nganga kak..aku nak tuang air ni..hahaha.


Kat sini kami diberi rasa 4 jenis teh. Antara yang saya ingat ialah Fruity Tea dan juga Pu Erh Tea iaitu slimming tea. Sedap Fruity Tea tu sampai mintak tambahlah..hehehe. Oh..kalau kita perempuan, begitulah cara kita pegang cawan masa minum teh ye.


Ha..ini bukan tompok2 taik unta..ini adalah Pu Erh Tea..tengok boleh sentuh jangan..hahaha. Okeylah, rasanya tak banyak dah entry Beijing ni. Kalau boleh sumbat, saya sumbat je semua..senang cerita..hihihi. Jumpa esok ye. Assalamualaikum.

14 comments:

ooo mcm tu tiram ade mutiara....pelik aku tgk sbb mutiara die byk dlm satu tiram kan dee....seb baik ko snap pic ni, dpt gak aku tgk hah.....

kat sane mmg teh die special kan dee....rugi tak cube....
 
Kalau kat Malaysia mutiara air tawar ni lagi murah berbanding mutiara air masin.
 
junaina: di serata dunia pun mutiara air tawar lagi murah sbb boleh ternah..mutiara air masin pulak mmg mahal..susah nak dapat..
 
pelik eh...tiram bela ngan tiram laut beza giler...tiram air tawar plak yang banyak mutiara...
 
Baru tau pasal tiram tu kak.

 
wow bestnya.sy yg g sabah ni pon dh gila.ni pulak kalau ke china.
 
handle basikal jadi stereng kereta mmg unik!!
 
comel plak pur erh tea tuh..
dah mcm Christmas tree dah.. hehe
 
Takde gambar lagi dekat ke posing dgn Bird Nest Stadium tu? :) Iconic punya stadium tu ...

Besar tu punya ' pinggan' kalau saya amalkan setiap hari...harus kurus saya! hahaha

Kereta apa tu? macam SmartForTwo...mesti China made kan? hahaha
 
DZ: Ada tapi tak berapa clear..yg cantik clear ada printed je..softcopy takde..hahaha..

Kereta tu mmg mcm smartfortwo version china..hahaha..
 
Apa? Poo-erh tea? :D Thanks but no, thanks... hahaha...

Comellah kereta ngan stereng beskal tu. Kenapa tak sumbat masuk lam luggage bawa balik Msia? Mesti ramai jejaka tergoda tengok kecomelan kita dan kereta kita!
 
jangan percayaa..
mereka semua penipu!!

hahahaah!
betul!!
 
near stadium bird nest laa..
 
@wahida
memang unik & keatif....asalnya tu adalah basikal yg guna kuasa betri... dorang tambah2 jd la mcm kreta... dalam tu cuma boleh muat pemandu n sorang penumpang kat belakang.... tp, kalau kat malaysia, boleh guna d jalan raya ker yer..?