Hmm..lemaunya saya sekarang. Semua pun malas. Tak taulah apa nak jadi. Tidur malam tak lena. Tapi demi semangat blogging yang masih bersisa...mehlah baca kisah saya yg tak seberapa ni.
Ni Hari Anugerah Cemerlang kat sekolah Fifi. Jatuh hari sabtu lepas last day sekolah. Ikut hati malas betul saya nak pergi. Sebab dah school holiday kan. Tapi demi anak..kita laratkan jugaklah diri bangun.
Lepas masing2 dah dapat hadiah berkumpul pulak dekat kelas dia. Bergambar kenangan buat kali terakhir. Tapi saya sakit hati bila camera buat hal masa Fifi amik hadiah atas pentas. Hmm..spoil betul hari tu. Next year Fifi dah Tahun 1. Bolehlah jumpa kawan2 yang sama lagi tahun hadapan..insyaallah.
Habis majlis, saya terus balik. Eyebag dah boleh tampung air tu..huhu. Apapun moga Fifi terus belajar dengan cemerlang. Saya percaya setiap anak mempunyai kebolehan yang berlainan. Saya cakap kat Fifi, "Malas2lah belajar. Esok lepas SPM (kalau ada lagi) Mama kahwinkan je. Mama nak cari menantu kaya je. Boleh Mama mintak sponsor pi London..kahkahkah". Okey, Mama over.
Semua ini akan jadi kenangan indah buat diri dia dan juga saya. Belajar rajin2 ye sayang. Mama doakan agar Fifi berjaya dalam hidup dan juga akhirat nanti.
11 comments:
hehehehehehe...
wahhhhh she reallllly looks soooo matured now sis...
sooooo proud of her...
tahniah buat fifi and mamanya skali....
hugggsss muahhhh...
slm kenal juga..:)
Ah, sebak pulak rasanya bila mak mendoakan anak tapi tang cari orang kaya buat menantu tu, saya sokong!
Post a Comment