Wednesday, February 26, 2014

WW - Cakes

Semlm birthday boss. Order cake online from Su's Cakes for Kicks. Presentable and very nice. Yang first tu Lychee Cheese Cake. Bawah tu Chocolate Velvet Cake with Chocolate Frosting.  Bolehlah korang cuba kalau nak tukar selera.



Monday, February 24, 2014

Berjimba Bersama Pelangi..


Assalamualaikum..hari ni nak cerita kisah kami Geng Pelangi berjimba. Last dulu tahun 2011 kot..entah lupa. Lama dah kan. Macam biasa kita meet up kat McD Midvalley. Macam biasa juga ada yg bawak outside food..hahaha. Takpelah, janji bahagia kan.


Tangga ni mmg dah jadi port wajib Pelangi bergambar. Ada geng yang tak dapat join sebab cuti tak approve. Takpelah, next time join tau.


Biasanya juga lepas breakfast kami akan tengok wayang. Timing cerita semuanya tak kena. Jomlah kita jalan2 shopping sementara tunggu masuk Redbox.


Gambar ni disnap oleh Sis Rasp. Semua masuk dalam pic ni kecuali tukang amik gambar kan...haha. Masing2 busy dengan hal masing2. Yang shopping2 lah kan..yang selfie pun ada..hahaha.


Yang shopping over si Mak Dara anak 3 tu. Yang lain tolong psiko je..hehehe.


Dah habis shopping, kita gi karoklah pulak kan. Lunch semua kat sini lah kan. Nyanyi puas2 sampai jam 6 petang. Tapi ada yang balik awal. Ikut waktu kerja masing2. Jadi suami dan anak2 tak rasa diabaikan. Alah setahun sekali kan. Bukan selalu pun. Takyah jadi isu lah kan. Yang penting setiap apa yg dilakukan dengan keizinan suami dan bukannya pergi menggedik dengan orang bukan mahram.


Tinggal yang ni jelah pun. Pastu Amy ngan Nor balik tinggallah saya, Elly ngan Ayu gi mengurut tapak kaki. Pastu chow balik ke rumah masing2. Memang enjoy sakanlah hari tu. Tahun depan insyaallah kita repeat balik ye geng. Yang tak dapat cuti tu hopefully dapatlah join jugak next year.


Thanks pada Nor yang banyak snapkan pic masa outing Pelangi aritu. Serius malas betul nak amik pic pakai hp sendiri..hehehe. Love all of you Pelangi. Moga ikatan persahabatan ini berkekalan walau berbagai dugaan, ujian dan fitnah melanda. Amin...

Friday, February 21, 2014

10 Tahun Dah..




Sekejapan je dah 10 tahun. Gambar ambik dari album. Opis skrg x boleh scan gambar warna..hehehe.  Ni je gambar yang bertudung elok. Dulu kan saya free hair :)


Cer tengok pic ni. Kita adjust sket sana sini..hahaha. Oklah kan, comel apa..kihkihkih.

To my husband..cewah mcmlah dia tau pun blog ni.

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan Yang ke 10. 
Awak belanja saya baru saya belanja awak tau. 
Kalau tak malam ni kita makan maggi sup berdua sudah..hahaha.

To my Jejai (ingat Pasha Sendat je ada Jejai?)..
Thank you for your understanding and ke'sporting'an. 
Thank you juga sebab tolong saya basuh kain dan tolong sidai baju every weekdays.
Thank you sebab tolong bancuh air teh o panas tiap2 malam.
Thank you sebab tolong jaga anak2 tiap kali saya travel.

Thank you sebab ambik anak2 balik dari rumah pengasuh every weekdays. 
Thank you sebab buatkan air nescafe utk kita berdua every weekend.  
Thank you sebab buang sampah hari2 tanpa disuruh. 
Thank you sebab gosok baju sendiri.
Thank you sebab buat semua ni selama 10 tahun perkahwinan kita :)

Saya tidak perlukan suami yang romantik tapi saya perlukan suami yang selalu membantu saya.
Alhamdulillah..moga jodoh kita berkekalan hendaknya..amin...

Thursday, February 20, 2014

Padang-Bukittinggi Trip: Supir dan Tips

Salam,

Dee nak share sikit info untuk trip Padang - Bukittinggi, in case ada yang nak pergi.



Dee guna perkhidmatan Bu Dece dari Cahaya Tours Travel.

Contact Bu Dece adalah seperti berikut:-

Tel:  +62 821 70 150 277 / +62 819 73 545 402
Pin BB:  25C7E105
Whatsapp:  +62 878 97 282 950
Email:  padangrentcar@yahoo.com


Alhamdulillah, Bu Dece ni service cepat. Dia punya package pun lebih murah. Balas email pantas. Dia boleh buatkan semua tapi kami mmg tak nak ambik full package. Kami ambik transport & penginapan je. Kami bayar sebanyak IDR7,300,000 utk 8 orang selama 4 hari 3 malam. Lebih kurang RM2,000. So, sorang dalam RM250 je. Harga flight ticket aritu dalam RM150 return + luggage and beli seat.. Itupun tak beli masa promo. Kalau promo lagi murah kot.


Eh, pasal tips tu.  Takdelah tips sangat, cuma bawak duit byk tau untuk shopping. Telekung, kain sulam cantik2...lebih cantik dari di Bandung. Food sedap sebab pedas..hehehe. Bawak sweater sebab Bukittinggi sejuk macam Cameron Highland. Dalam trip ni juga saya tak sempat ke beberapa tempat seperti yang telah dirancang. So, pada yang suka meneroka lebih jauh, jangan lupa singgah Lubang Jepang, Puncak Lawang, Pusat Dokumentasi & Informasi Kebudayaan Minangkabau (PDIKM - Minang Village) di Padang Panjang, Museum Buya Hamka dan ke Danau Singkarak.


Oh ye, pastikan sticker luggage AirAsia ada ye. Sebab Kastam kat Padang strict. Dia check satu2 luggage kita ada sticker ke tak masa sampai.  Match tak dengan sticker yg kat ticket tu. Ada yang kena scan 10 jari. Siap tanya few questions. Kalau ada cop masuk Aceh, lagi banyak soalan. Kenapa? PM saya ajelah ye kalau nak tau full story. Airport Tax di Padang adalah sebanyak RP100,000. Saya akan tambah lagi kalau teringat ye. Oh ye, tukar rupiah siap2lah..kat sana saya x nmpk pun money changer. Tp kalau shopping kat Bukittinggi boleh bayar pakai RM.

Ok, ni link to all entries about my trip. Selamat bercuti!


Wednesday, February 19, 2014

WW - Jambu

Terjumpa Yus Jambu kat Pertama Kompleks..x sombong :-)

Tuesday, February 18, 2014

Padang-Bukittinggi Trip: Hari-Hari Terakhir..


Balik dari Malin Kundang, kami teruskan meronda-ronda di Kota Padang. Kat sini rupanya tak banyak tempat jual kain sulam dah. Kalau jumpa pun tak menarik langsung. Jadi kalau nak beli mesti beli kat Bukittinggi. Kat Kota Padang, banyak jual kasut2, baju2, beg2..macam kat Petaling Street je. Tapi dorang taklah sombong cuma kurang mesra je.


Lepas tu kami terus dibawa ke area pantai untuk melihat matahari terbenam. Melalui Jambatan Siti Nurbaya. Sapa tahu atau pernah baca lagenda Siti Nurbaya (Kasih Tak Sampai)? Saya pun baru tahu masa kat sini. Kami tak berhenti pun kat Jambatan Siti Nurbaya cuma lalu di bawahnya je.


Takde rezeki nak tengok sunset. Bila sampai je kat tepi pantai matahari dah tak nampak. Terlindung dek awan tebal. Tak boleh mandi kat sini tau sebab lautannya agak ganas..yelah Lautan Hindi kan. Tapi ada macam2 aktiviti sepanjang pantai. 

Ada ramai orang berniaga. Seafood, air tebu, jagung bakar, telur penyu dsb. Nak beriadah berbasikal bercouple, bertiga, berempat pun boleh. Kata Pak Supir, berbasikal berempat tu basikal poligami..hahaha. Jalan agak macet sebab hujung minggu kan. Oklah, jom kita gi makan. Lapar dah.


Pak Supir bawak kami makan kat sini.


Masing2 dah keletihan sebenarnya.


Kami makan Es Durian. Ya Allah, sedap dan nikmat betul. Kalau ke sini, jangan lupa cuba tau.


Kitorang makan murtabak mesir je. Rasanya biasa2 je takde beza dengan murtabak biasa tu. Dah kenyang, balik tidur terus. Esok flight pagi. Kang tak terjaga lak.


Pagi tu sebelum fly balik, hotel Bunda dah sediakan breakfast. Alhamdulillah, memang awal betul time ni. Pukul 5.30 pagi.


Roti pun ada.


Buah-buahan pun ada.


Nasi goreng dia sedap.


Selamat tinggal Padang. Insyaallah kami kembali lagi. Seronok jalan dengan makcik2 ni yang bernyanyi2 kat dalam kereta. Lagu ni yang mereka selalu nyanyikan.

Ayam Den Lapeh - Anita Sarawak
Luruihlah jalan Payakumbuah
Babelok jalan Kayu Jati
Dima hati indak kan rusuah
Ayam den lapeh, ohoi … ayam den lapeh

Mandaki jalan Pandaisikek
Manurun jalan ka Biaro
Di ma hati indak maupek
Awak takicuah, ohoi … ayam den lapeh

Reff:
Sikua capang sikua capeh
Saikua tabang sikua lapeh
Tabanglah juo nan karimbo
Ai lah malang juo

Pagaruyuang jo Batusangka
Tampek mandaki dek urang Baso
Duduak tamanuang tiok sabanta
Oi takana juo

Den sangko lamang nasi tuai
Kironyo tatumpah kuah gulai
Awak ka pasa alah usai
Oi lah malang denai

O hoi … ayam den lapeh
O hoi … ayam den lapeh


Monday, February 17, 2014

Padang-Bukittinggi Trip: Pandai Sikek, Bunda Hotel, Padang & Malin Kundang


Alahai susah betul bila kat opis takleh nak bertenet.  Bila dah balik busy pulak dengan kerja2 rumah dan kerja sekolah anak2. Oklah, kita sambung. Esok entry last..dah nak abis pun kan. Lepas check out tu kitorang singgah dulu Pandai Sikek.


Pandai Sikek bermaksud pandai sikat. Ha pandai sikat tu maksudnya pandai menenun kain dgn bersikat..hahaha. Alah mesin tenun kain tu kan mcm bersikat. Dorang buat sulam cantik2 ada yg pakai tangan, ada yang mcm ni sulam goyang, sulam mata lalat, sulam bayang dan macam2 jenis sulam lain.


Kat sini takde banyak sgt pilihan. Dalam takde pilihan tu saya beli gak 2 pasang. Bayar pakai RM..hehehe. Then, kami teruskan perjalanan ke Padang. Dari kawasan sejuk ke kawasan panas. Sebab Padang terletak dekat pantai. Panas sgt2.


Tak ingat ini building apa. Tapi dindingnya bermotifkan songket. Bumbungnya pula tetap minangkabau style.


Kesemua bangunan kerajaan memang bentuk macam ni. Cantik2.


Ini pun menarik gak.


Bank2 kat sini pun sama gak semuanya bercirikan minangkabau.


Kemudian kami makan di Restoran Lamun Ombak. Kat Padang ni restorannya lebih besar.


Lepas tu kami terus check in kat Bunda Hotel, Padang.


Hotel ni oklah, kureng sikit dari Grand Kartini Hotel tapi tetap bersih dan jadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Yang bestnya dorang kat sini mmg Islamik. Semua bilik ada sejadah dan senaskah Al-Quran tersedia di atas katil. Pekerjanya pun semua mesra.


Bilik air bolehlah walau ada berkarat sket kat dinding. Hotel ni agak lama gaklah. Bukan new hotel. Yang penting bersih.


TV pun old skul. Tapi wifi ada di setiap level. Cumanya masa saya kat sini, wifi kat floor tu ada problem. Tapi kat lobby ok je. Lepas letak barang, kitorang keluar lagi ronda2 Padang.


Singgah sini untuk sambung shopping. Tapi takde apa yang menarik pun. Pekerjanya pun tak mesra. Takpelah, kita gi tengok Malin Kundang ye.


Agak mencabar jugak nak sampai ke pantai yang terdapat patung Malin Kundang. Terletak di balik bukit dekat Desa Air Manis. Jalannya sempit dan bersimpang siur, naik bukit turun bukit. Kami bayar RP50,000 utk parking. Illegal tau. Tempat ni takde orang jaga sebenarnya. Penduduk kampung je yang kenakan bayaran sesuka hati. Tapi arca batu ni nampak realkan.


Siap ada tali kapal, kain layar, tong2..entahlah saya rasa macam benda2 ni mmg dibuat di situ. Ke memang asli? Hmm. By the way, korang tau kan lagenda Malin Kundang Mcm Kisah Si Tanggang tulah.


Di hujung sana kelihatan Pulau Pisang kecil dan Pulau Pisang besar. Kalau air surut, boleh jalan kaki ke pulau2 tu. Macam kat Pangkor tu.


Arca serpihan kapal. Kat situ pun ada je orang jual souvenir, t-shirt tapi kami tak beli pun. Ada juga orang offer amik gambar tapi dah tentulah di 'charge' tapi kami menolak. Kawasan pantai ni kurang sketlah dari segi kebersihan. Kalau dijaga dengan baik, pasti lagi ramai pelancong yang datang.


Nampak tak titi kt hujung tu? Kalau nak lalu kena bayar RP2,000. Budak2 Indon ni mmg pandai menge'paw' orang. Kami memang tak layanlah. Terus ikut jambatan buruk. Biarlah jauh sikit takpe. Nak redah je tak boleh nanti basah kaki. Supir pun bising dengan budak2 ni. Yelah, dah byr RP50,000 kan, takkan nak bayar lagi.


Pemandangan laut dari atas bukit menuju ke Desa Air Manis. Esok, entry terakhir. Sure korang bosan kan...hehehe. Apapun, thanks sebab masih sudi membaca.