Pagi keesokan harinya lepas makan kat Bagan Lalang tu, kitorang pergi breakfast kat The Venue. Kat sini kena tambah lagi bayar RM15 utk si Mimi. Agaknya sbb org hotel tgk Mimi montel. Dorang assume byk makan, so kena charge. Xpelah..mama redha jelah. Mimi ni pun satu hal. Bila makan kat hotel free..byk dia makan. Bila kena byr, dia taknak makan sangat. Bersabar jelah mama ye..huhu.
Oh ye, The Venue ni kat luar. Kat tepi pantai. Sebab yang stay sini ramai sangat, mana muat coffee house tu. Khemah kat sini besar...dah mcm khemah kenduri kahwin. So, semua orang makan buffet breakfast kat sini. Meriah. Food pun sedap.
Kalau saya bubuh watermark kat tengah tu tandanya nak cover perut buncit..kihkihkih. Lepas je makan tu, kitorang terjun balik kat water theme park sampai pukul 11.30 pagi. Kul 12 terus check out. Before check out, jom ikut saya ronda2 tgk pemandangan sekeliling.
Kat tepi pantai ada byk tempat rehat ala2 gazebo. Tapi takleh bawak minuman atau makanan. Bawak buku, laptop, PS3, MP3 dan sebagainya takpe..hehehe.
Ada juga aktiviti mcm menunggang ATV. Kalau sapa2 beli voucher kat Groupon or Streetdeal mesti dpt skali free ticket main ATV ni. Tapi saya tak dapatlah, so takdelah naik ATV ni. Dapat naik mesti syok kan.
Ini The Pier. Tak surelah bar or restaurant. Malam2 adalah dengar bunyi muzik. Saya tak sempat round sini malam sbb kepenatan balik dari Bagan Lalang.
Masa ni cuaca panas sangat. Morib mcm biasa, laut nun jauh ke tengah. Malas nak cari siput/kerang. Adalah orang main layang2 kat tepi pantai. Lepas je snap2 pic ni terus saya balik. Hmm...lepak ramai2 kat sini best jugak kan. Korang jangan lupa datang sini tau. Pasti seronok.
12 comments:
nanti hujung tahun sebelum bersalin nk g jalan2 gak la. Harap2 ada rezeki..huhu
aku tegelak ko ckp sbb mimi montel tu kene charge ekekekeeke.....terus teringat yg pic die berswimming suit tu heheeheh...cute ape mimi!!
sini. mahai tak harga hotelnya dee?
tapi pantainya cantikkan :)
bestnya...lama dah tak pegi memancing kat pantai...lepas raya nanti la...
tapi syiok gak layan makan kat luar kena lak angin sepoi2 bahsa kan...
mmg layannnn aaa :)
Тo cаuse pain anԁ spasms.
Feel free to surf my page ; botox sydney
Post a Comment