Lepas dah berhempas pulas kat Water Theme Park, kitorang gi dinner kat Bagan Lalang. Ceh..ingatkan dekat. Boleh tahan jugak jauhnya. Sampai dekat pukul 9 malam. Itupun dah round tempat tu ada 3 kali kot. Tanya kawan2 kat FB, dorang cakap sebelah padang. Dah datang malam manalah nak nampak mana padangnya..hahaha. Tanya RELA yg bertugas baru jumpa restoran tu. Boleh saya ingat orang ramai2 tu tengah makan kat kenduri kahwin. Rupanya pelanggan restoran..hahaha.
Dah lewat cam gitu kan. Agak menangislah nak dapat tempat duduk. Pilih ikan dulu. Dia punya queue tu kalau tak kerana dah sampai mmg saya dah blah kot dari situ. Kesian kat anak2 dahlah lapar, kena tunggu lama nak makan. Ni dorang tengah bakar2 ikan. Saya tak order bakar2 pun aritu.
Brader baju kuning tu tukang kira dan tanya kita nak makan apa. Punya lama saya beratur smpi anak2 tanya mama pancing ikan ke? Hahaha..sabar jelah.
Akhirnya pukul 11 malam baru semua ni siap. Ikan siakap seekor masak stim, sotong sekor tu je dimasak goreng tepung dan sayur kailan ikan masin. Semua ni dalam 60++. Boleh tahanlah harga dia kan. Balik tu masuk je bilik masing2 terus tumbang. Mood nak amik pic agak kedaung masa ni. Korang kalau nak tau lebih detail leh jenguk blog Wahida. Dia pun baru pergi Restoran Senandung Malam ni. Okeylah, bye. Have a nice weekend!
11 comments:
aku kalo ke sini mmg kul 5 petang dah terpacak sbb die buka kul 5.30....
aku penah gi sekali kot
lupa da kedai ape
pastu anak2 nak makan sotong grg tepung tp suami plak t'salah order sotong grg kunyit..adoiii lah muncung muka anak2 dara 2 org tuh....
siap laki aku request nak dtg lagi tapi kami ingat nak try kedai yg daddyziyyad ngan suria amanda ckp...kat situ service cepat sikit dan lauk pun rasa dia sedap mcm kat senandung mlm ni...
uwaaaa kalo i dah nangis dah hehehehehe...
Post a Comment