Lepas breakfast, kitorang teruskan perjalanan. Tempat pertama ialah Candi Borobudur. Inilah tempat yang wajib pergi kalau ke Jogja. Tak pergi sini macam pergi KL tapi tak pergi KLCC, pergi Melaka tak pergi A Famosa. Gitulah..kira-kiranya. Perjalanan mengambil masa sejam dari kota Jogja.
Lepas pintu gerbang tu ada ternampak candi ni. Ini Candi Mendut.
Ni pintu masuk ke Borobudur, siap ada replika kecik lagi, cantik kan.
Ada lagi satu candi berdekatan tapi saya terlupa nama dia..hehehe.
Nak masuk sini, sila bayar RP190,000 = RM58.50 ye untuk foreigner. Mahal jugakkan tapi sebab ini adalah tapak warisan dunia UNESCO, so pejam mata jelah. Kat area utk foreigner ni dorang siap sediakan air mineral, tea & coffee lah. Tak reti ikat kain tu pun dia ikatkan.
Sebagai menghormati temple dorang, mmg kita semua kena pakai kain ni. Comey dok? Oh..yang ambilkan gambar ni pun Malaysians.
Then masuk dalam nampak gajah2 ni. Mohlah ambil gambar sekeping dua.
Then, terus nampak Borobudurnya. Humang aih...jauh tu...tinggi tu. Macam2 remark kuar. Dengan ada yang berdebar-debar sebab macam tak percaya dah sampai. Memang susahlah nak digambarkan perasaan tu. Tengok sayup je. Dahlah panas berdenting. Ada je orang sewakan payung tapi malaslah saya nak berpayung2 pulak. Redah ajelah kan.
Yeay..akhirnya saya sampai juga ke sini.
Dah macam gurun ok, panasnya kemain. Tapi posing tetap posing.
Borobudur adalah 'World Largest Buddhist Temple'. Monumen ini terdiri atas enam teras berbentuk bujur sangkar yang di atasnya terdapat 3 pelataran melingkar. Pada dindingnya dihiasi 2,672 panel relief dan aslinya terdapat 504 arca Buddha.
Ada 72 stupa mengelilingi 3 pelantar. Dalam stupa2 ni ada arca Buddha tengah duduk bersila dalam posisi teratai sempurna. Borobudur ini mengadap tanah subur Magelang dan Gunung Merapi juga boleh dilihat dari sini.
Besar ok stupa2 tuh dan kitorang rasa sangat awesome berada di sini.
Belakang saya tu stupa utama. Yang paling teratas dan paling besar.
Dah macam Titanic pulak..yang si Wahida dah macam model cover album rock oo..hahaha.
Gambar2 kitorang bertiga diambil oleh Malaysian dua orang sebelah saya tu. Nak jadi cerita, kerja in the same Group lah pulakkan..hehehe. Ni semua rakyat Malaysia yang tak mengundi..kahkahkah.
Ada banyak arca2 menarik berusia lebih 1200 tahun.
Antara arca2 yang terdapat pada dinding temple.
Besarnya.
Tinggi patung ni..amazinglah macamana ye orang dulu2 bina temple ni. Memang skillful betul. Esok Wesak Day kan. Sure ramai penganut Buddha akan datang ke sini utk meraikannya.
Setelah berpeluh sakan tu kitorang pun keluarlah dari Borobudur. Kat sini memang kena kerumunlah. Penjual2 ni ramai betul. Tapi FM kat sini tak berapa menariklah. Tak banyak choice pun. Saya beli replika Borobudur utk boss saya je...hehehe.
Wahida stop beli rojak kat sini tapi buah dia tak berapa fresh. So, korang kalau ke Jogja, jangan lupa singgah sini tau. Best! Btw, selamat bercuti sakan ye..cuti Wesak dan mungkin ada yang sambung cuti sekolah kot kan. Enjoy!