Restoran pertama kitorang terjah namanya Lombok Idjo. Lombok Idjo maksudnya Sambal Lada Hijau. Tempat ni supir yang recommend. Kitorang dah kelaparan.
Saya amik set ni. Ayam dia sedap tapi tak sesedap Ayam kat Suharti. Biasalah lauk Indon kan kering2. Saya cilok lauk supir iaitu Sup Bontot = Sup Ekor.
Ini air Wahida, es buah campur. Semua buah ada cuma tak boleh blah ada tomat = tomato. Saya rasa sikit, sedap jugak tapi aisnya dikisar kasar tak macam ABC kita halus. Total makan kat sini utk 4 orang = RP98,000 lebih kurang RM30. Murah kan?
Sebelum sambung aktiviti jalan2. Mehlah kita bergambar kat sini. Bergambar dengan Wak Semar yang boroi tu. Masa amik pic ni saya mmg tengah sakit perut yang teramat. Berguling-guling dalam kereta. Mujur sampai kat Lawang Sewu saya dah ok. Ini semua akibat flight delay & breakfast lewat. Takpe, dugaanlah tu kan. Sib baik kena serang sekali tu je...hehehe. Ok, sambung esok.
13 comments:
Tayang2 gambar ni buat hati teringin nak pergi.
Yg es buah campur tu nmpak mabeles ;)
Tp es kasar dia potong rasa kan :)
p/s : Memang plan nak terjah Coconut Shake klebang tu.. tp nasik lemak kat area situ jgk ke?
tu memang rupa sebenar wak semar ke sis?
ke saja2 je dia buat patung tu rupa gitu...
ngeri lak kalo betul rupanya camtu....
boroi sungguh perut dia...
amboi jalan2 cari makan lah ni...
Post a Comment