Ok, saya tak tau pun pasal temple ni tau. Thanks to Wahida yang buat survey. Kawan saya tu mmg rajin..hehehe. Entrance Fee? RP10,000 = RM3.10. Supir yang amik pic ni.. masa ni belum mantap lg skill dia.
Masuk je ke dalam..wah..macam Beijing pulak. Merah di sana sini. I like!
Ni kedai jual minuman/makanan. Cari di mana saya? Hahaha..dah sama warna ngan dinding..pastu gi amik pic pulak kat tiang merah tu. Manalah nak nampak kan.
Sam Poo Kong ni dikenali juga sebagai Gedung Batu. Ianya merupakan Chinese temple yang tertua di Jawa Tengah.
Inilah patung Laksamana Zheng He. Kita kat Malaysia panggil dia Laksamana Cheng Ho. Asalnya sini dulu sebuah gua pada tahun 1400. Selepas tanah runtuh dorang bina semula tempat ni dan kerja baikpulih temple ni siap dalam tahun 1724.
Serba sedikit mengenai Autobiografi Laksamana Agung Zheng He. Baca jangan tak baca. Pelik eh bila baca sebab ada tulis wafatkan. Setelah digoogle, saya discover yang sebenarnya Laksamana ni adalah seorang pedagang Chinese Muslim. Wallahualam.
Macam2 aksi pose yang dapat dilihat di sini. Menarikkan?
Saya bersandar kepenatan pada singa kecik yang tak berapa nak comel tu. Model baju pink tu lagilah tak comelkan...hahaha.
Kerusi2 di bawah pokok ni pun menarik.
Dah macam chinese new year pulak.
Lepas keluar dari Sam Poo Kong tu otw nak gi Masjid Agung..kami nampak tempat ni. Ni tempat orang2 Semarang luangkan masa petang2 hari liburan. Macam duduk kat tepi Sg Klanglah tapi masa kat sini xde pulak bau-bauan. Selamat...hidung.
Ha..kau ingat Malaysia je ada Jambatan Pulau Pinang? Kat Semarang ni merata jambatan macam ni. Oklah, esok kita citer tempat lain pulak ye. Walau lambat dari Wahida, saya tetap nak cerita kisah percutian saya di Semarang & Jogja ni untuk dijadikan kenangan dan dijadikan panduan rakan2 lain :)
15 comments:
sejak remaja
juga seorang eunuch
seorang nakhoda yang hebat
saya amat kagumkan dia
Betul ckp ko dee dah macam kat beijing sbb bentuk bangunan tuh....
sronoknya dapat jenjalan ke sana...
sama kaler dah hihi
tp mcm tak ramai org je kak, ingtkan dh takde yg gune lg temple tuh...
Post a Comment