Thursday, May 23, 2013

Candi Borobudur, Jogja



Lepas breakfast, kitorang teruskan perjalanan.  Tempat pertama ialah Candi Borobudur.  Inilah tempat yang wajib pergi kalau ke Jogja.   Tak pergi sini macam pergi KL tapi tak pergi KLCC, pergi Melaka tak pergi A Famosa.  Gitulah..kira-kiranya.  Perjalanan mengambil masa sejam dari kota Jogja.


Lepas pintu gerbang tu ada ternampak candi ni. Ini Candi Mendut.


Ni pintu masuk ke Borobudur, siap ada replika kecik lagi, cantik kan.


Ada lagi satu candi berdekatan tapi saya terlupa nama dia..hehehe.


Nak masuk sini, sila bayar RP190,000 = RM58.50 ye untuk foreigner.  Mahal jugakkan tapi sebab ini adalah tapak warisan dunia UNESCO, so pejam mata jelah.  Kat area utk foreigner ni dorang siap sediakan air mineral, tea & coffee lah.  Tak reti ikat kain tu pun dia ikatkan.


Sebagai menghormati temple dorang, mmg kita semua kena pakai kain ni.  Comey dok?  Oh..yang ambilkan gambar ni pun Malaysians.


Then masuk dalam nampak gajah2 ni.  Mohlah ambil gambar sekeping dua.


Then, terus nampak Borobudurnya.  Humang aih...jauh tu...tinggi tu.  Macam2 remark kuar.  Dengan ada yang berdebar-debar sebab macam tak percaya dah sampai.  Memang susahlah nak digambarkan perasaan tu.  Tengok sayup je.  Dahlah panas berdenting.  Ada je orang sewakan payung tapi malaslah saya nak berpayung2 pulak.  Redah ajelah kan.


Yeay..akhirnya saya sampai juga ke sini.


Dah macam gurun ok, panasnya kemain.  Tapi posing tetap posing.


Borobudur adalah 'World Largest Buddhist Temple'.  Monumen ini terdiri atas enam teras berbentuk bujur sangkar yang di atasnya terdapat 3 pelataran melingkar.  Pada dindingnya dihiasi 2,672 panel relief dan aslinya terdapat 504 arca Buddha.


Ada 72 stupa mengelilingi 3 pelantar.  Dalam stupa2 ni ada arca Buddha tengah duduk bersila dalam posisi teratai sempurna.  Borobudur ini mengadap tanah subur Magelang dan Gunung Merapi juga boleh dilihat dari sini.


Besar ok stupa2 tuh dan kitorang rasa sangat awesome berada di sini.


Belakang saya tu stupa utama.  Yang paling teratas dan paling besar.


Dah macam Titanic pulak..yang si Wahida dah macam model cover album rock oo..hahaha.


Gambar2 kitorang bertiga diambil oleh Malaysian dua orang sebelah saya tu.  Nak jadi cerita, kerja in the same Group lah pulakkan..hehehe.  Ni semua rakyat Malaysia yang tak mengundi..kahkahkah.


Ada banyak arca2 menarik berusia lebih 1200 tahun.


Antara arca2 yang terdapat pada dinding temple.


Besarnya.


Tinggi patung ni..amazinglah macamana ye orang dulu2 bina temple ni.  Memang skillful betul.  Esok Wesak Day kan.  Sure ramai penganut Buddha akan datang ke sini utk meraikannya.


Setelah berpeluh sakan tu kitorang pun keluarlah dari Borobudur.  Kat sini memang kena kerumunlah.  Penjual2 ni ramai betul.  Tapi FM kat sini tak berapa menariklah.  Tak banyak choice pun.  Saya beli replika Borobudur utk boss saya je...hehehe.


Wahida stop beli rojak kat sini tapi buah dia tak berapa fresh.  So, korang kalau ke Jogja, jangan lupa singgah sini tau.  Best!  Btw, selamat bercuti sakan ye..cuti Wesak dan mungkin ada yang sambung cuti sekolah kot kan.  Enjoy!

15 comments:

Dee, boleh pergi sini time sunset atau sunrise tak?

Aku nak rekod moment cenggitu...

http://betacemerkap.blogspot.com
 
syoknya dpt pegi borobudur tuh
teringin jugak nk pgi ni...
 
bestnya kakak......
 
Bestnya...gmbr2 yg di ambil pun cantik2.. :)
 
unik tempat ni..
tengah berangan nak kesini jugak...
 
Bertuah Dee sebab dah sampai ke salah satu tapak warisan Unesco!! entah bila la saya boleh sampai sini....
 
kak saya suka la pegi tempat2 mcmni. kenal dan elajar salah silah sejarah tempat org... best best best
 
ishh dee terus teringat mase belajar sejarah kat sekolah...kan ade candi borobudur ni heheheheeh.....

mcm seram kan tgk patung2 berukir tu....betul kate ko, rugi kalo dah sampai sane tak pi melawat tempat sejarah nieh.....
 
masa muda ni lah sesuai nak mendaki borobudur ni...dah tua2 kang sure aku tak larat....hahaha...
 
tengok ni tetiba tingat kat Amazing Race....
in one of the season dorang ke candi nie lah....
pergghhh ohsem u dah dapat jejak kaki ke situ!!!!
 
Nak manjat tu fikir banyak kali tapi hati tu tingin gak nak pergi.
 
saya pergi masa sunrise
truly amazing sight nengok matahari naik dari celah Merapi

dan sejuk je masa mendaki
siap berkabus kabus lagi Borobudur tu..

ingin nak ambik gambar kat sini masa Wesak
 
owhhh..suami sy dh smpi sini..sy blm lg..kekeke
 
This comment has been removed by the author.
 
Assalamualaikum wr wb.

Sebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

Kami bole bagi harga yang berpatutan dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010, bole juga email kat ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa.. 

Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa dan lain-lain. Ada juga sewa kereta / van / minibus dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:

Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)
Kasongan (pottery production), parangtritis beach, manding (leather arts), borobudur temple, lava tour merapi (exploring the rest of merapi eruption using jeep), chocolate kotagede, masjid mataram kotagede (oldest mosque in Jogja), pusat kerajinan silver kotagede, kraton (sultan palace), tamansari watercastle, cave tubing goa pindul, indrayanti beach, bukit bintang
Price start from: RM 482

All package types include:
• Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
• Hotels 3 nights *2/*3/*4 (+breakfast)
• Driver
• Driver Meals
• Parking fees
• Tour guide (by request)
• Entrance ticket’s stated in itinerary
• Dinner and lunch based itinerary
• Documentation (by request)

Exclude:
• Airport taxes
• Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
• Additional menu for dinner / lunch (if included)
• Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)

Note:
Harga dapat berubah sewaktu-waktu
Harga tidak berlaku bagi high season

Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010 / whatsapp saya di +628985101301 (FREE). Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

Wassalamualaikum Wr Wb