Assalamualaikum semua. Tanpa membuang masa, cewah..macam nak bagi ucapan...moh ler kita cerita pasal Semarang. Saya mampu buat 1 hari 1 entry je. Sapa nak baca laju2, gi serbu blog Wahida. Dia buat 1 hari 2 entry. Dia rajin sket, saya malas2 sket..hahaha.
Why Semarang? Plan asal nak ke Surabaya + Jogja. Tapi opismate bantai pi beli Semarang + Jogja. Belasah ajelah..janji sampai Jogja. Terus calling2 Wahida and dia on. Yeay!
Nama Kota Semarang berasal dari perkataan 'Jawa' iaitu 'Asem & Arang'. Terletak di utara Kepulauan Jawa dengan kepadatan penduduk 1.5 juta orang. Terdapat banyak bangunan lama dengan Dutch colonial architecture, Chinatown dan kampung2. Bawah ni tempat2 menarik yang kami sempat singgah di Semarang.
Lawang Sewu yang dikatakan 'berhantu'. Eh..mmg ada blogger pernah jumpa pun hantu kat sini..huhu.
Temple Sam Poo Kong. Kat sini terdapat patung Laksamana Cheng Ho. Korang ingat dia gi Tanah Melayu je? No..no..no. Sebenarnya saya pun baru tahu...hehehe.
Tempat ini tidak termasuk dalam itinerary. Asal cantik, jom berhenti dan bergambar. Sungai yang diubah menjadi taman untuk 'Nongkrong'. Gi cepat google translate apa itu 'Nongkrong'...hahaha.
Masjid Agung di waktu malam. Nampak nau takde skill amik pic..hahaha.
Ini pula di waktu siang..cantikkan. Masyaallah..sangat indah.
Al-Husna Tower atau Menara 19 Lantai di Masjid Agung Semarang.
View dari Lantai 19 (Al-Husna Tower).
Dan juga Kota Lama Semarang yang pernah menjadi pusat perdagangan pada abad 19 -20 atau disebut Outstadt. Saya akan ceritakan dengan lebih detail di entri akan datang. Tunggguuuu...
16 comments:
aku kalau tgk Kota Lama Semarang tu kak, teringat si supir kita yg amek gambar kita seberang jln sana...bengong betul la dia tu...kahkah...
payung Masjid Agung tu kalau jemaah ramai nanti depa bukak kan??! mesti cantik!
alaa..
malas ahh nak cari 'nongkrong'!!
cantik angat!
tempat yg diterjah tak kurang ohsem nya....
bestnyerrrrrrr
jeles ni gi jalan2
seronok nyerrrr
Post a Comment