Friday, May 17, 2013

Masjid Agung Semarang


Ni saya lah ni gatal pi tanya, "Pak Polisi, bisa nggak ambil gambar bersama buat kenang-kenangan...". Bukan kitorang je amik gambar, tu yang sebelah saya tu pun sibuk amik gambar kitorang gak.  Dorang ni Tourist Police, so oklah kan.  Dah2..jom kita gi masjid pulak.


Mula2 jom panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana di atas keizinanNya maka kami dapat menjejakkan kaki di masjid yang indah ini.  Alhamdulillah.


Wah..cantiknya masjid ni.  Masyaallah..kagum dengan senibinanya.  Macam Masjid Nabawi.


Masjid ni dibina pada tahun 2001 dan siap sepenuhnya pada tahun 2006.  Luas tau masjid ni..10 hektar.  Payung2 tu akan terbuka tiap kali solat Jumaat.  Rasanya masa solat hari raya pun dibuka bagi melindungi jemaah2 yang bersolat di bahagian luar masjid.


Senibinanya dari campuran Jawa, Islam dan Roman.  Kubah besarnya bersaiz 20 meter dengan 4 menara setinggi 62 meter.  Siap ada tempat tidur tau kat sini..sebanyak 23 buah bilik penginapan.


Sila tanggalkan kasut dan pakai pakaian yang menutup aurat selepas tanda Batas Suci tu ye.


Cer tengok belakang saya tu.  Pilar-pilar ala2 koloseum Athen dihiasi kaligrafi2 indah simbol 25 Nabi dan Rasul serta di gerbang tu juga ada tertulis dua kalimah syahadat.  Kat belakang tu jugalah Al-Husna Tower yang setinggi 99 meter setinggi 19 tingkat.  Moh naik atas.


Entrance fee sebanyak RP5,000 = RM1.60.  Murahkan.  Tapi pemandangan wow..awesome.  Cantik sangat.  Keliling masjid sawah padi luas terbentang.  Niat nak solat tak tercapai kerana kami kesuntukan masa.  Lepas ni kena ke Jogja yang memakan masa 4-5 jam sebab nak singgah Gunung Merapi.


Kawasan penempatan di Semarang memang padat.  Lagipun Indonesiakan penduduknya ramai.


Berangin-angin kat atas ni.  Syok.  Kalaulah boleh lama2 kat sini kan.  Takpelah, yang penting saya sudah sampai.  Senyum...tak perlu kata apa2..hahaha.  

Tapi sebelum kita meninggalkan Semarang jomlah rasa the famous food kat Semarang ni.  Wahida tu dari hari sampai dah berkicau nak makan ni.  Tu pun nyaris tak nangis guling2 tak dapat Jagung Bakar Serut Madu dia tu.


Ha..ni lah dia famous food kat Semarang.  Lumpia.  Kat tepi2 jalan pun ada jual tapi Pak Supir kami yang high class tu bawa kat tempat high class lah kan.  High class lah sangat.  Tu ha menunya.  Ada original, crab & plain.  Jangan tanya apa beza original & plain..Wahida ada tanya tapi saya dah lupa...hehehe.


Ha..inilah Lumpianya.  Laa..popia goreng rupanya.  Yang crab tu harga RP15,000 = RM4.70.  Niat hati nak beli bawak balik Malaysia sebagai ole2 tapi tak sesuai.  Dia frozen food so kena masuk freezer.  Kalau balik Malaysia terus bolehlah tapaukan.  Ni baru nak gi Jogja.

Satu original & satu crab.  Dua2 sedap.  Tak menyesallah makan ni.  Terima kasih Wahida sebab belanja Lumpia. Tapi dah abis balun Lumpia ni baru perasan ada timun ngan cili api uols.  Daun bawang tu tak usah cakaplah.  Kat Indon ni murah kot.  Hampir semua masakan ada daun bawang.  Besar2 pulak tu.  Eh..oklah..bebel pulak.  Jumpa lagi minggu depan ye.  Selamat beristirehat. 

Note:  Pada kawan2 blogger yang blognya kena register Google+ untuk komen, saya mohon maaf tak dapat komen.  Saya dah buat kunjungan balas tau :)

17 comments:

hehehheee..
say pun terpedaya hari tu..

popiah rupanya!!!

 
cantik betul masjid tu kan kak, dhla luas mata memandang... siap boleh ada blik utk menginap lg... kt malaysia ptt ada 1 masjid yg besar gini nih
 
Kene register google+? Camne tu dee...aku punye blog ok kan....

Subhanallah cantik sgt dee mesjid ni....halus buatannye...aku ni baru melopong best tgk gambar2 kat blog wahida...dtg blog ko pun same hah....seronok dot berjln negara org ni kan...
 
Jalan2 makan angin elok juga kita jadikan ziarah masjid sebagai salah satu aktiviti.
 
cantiknya masjid..
speechless
 
mcm madinah ka payung tuh?
 
shedapnya dee..lapar perut kty nengok lumpia nie..

masjid nya sgt cantik.
 
cantik masjidnya. tak panas ke bila dikelilingi sawah padi tu? auuwww.. popia goreng dia nampak mengancam. perut sila sabar. hehe.
 
Assalamualaikum Dee

murah nya bayaran masuk tower tu
 
Cantik kereta pak polisi tu...:)

Bilik tidur kat masjid tu utk org musafir? so kalau takde hotel gi sana, yg bujang2 boleh la tidur situ...ekekekeke
 
masa tengok pics pak polisi tu cam pelik gak naper sorang tu ada camera...
rupanya dia pun amik gambar ek..
agaknya part of his JD as tourist police kot kan....

subhanallah....cantik sungguh masjid tu sis....
tingin lak nak ke situ tengok dgn mata sendiri :)
 
cantik masjignyer kemin lawa...
 
masjid yg sgt ohsem...
lumpia adalah best...

popia malaysia lain
popia semarang lain

love both...
 
sporting pak polisi tuh yer..heheh

cantik betul masjid agung tuh..
 
Ya allahhh ini lah masjid yg akak nak pegi ari tu..thot just nearby..bila dah ke satu masjid ni baru dibagi tau yg masjid nabawi no kat semarang..sedihhhhhh...
 
Cantik senibina masjid tu.. unik je siap boleh terbukak payung tu untuk solat jumaat.
 
SubhanaAllah, masjid cantik sangat :D