Assalamualaikum semua. Hari ni hari terakhir kami di Beijing. Entry pun yang terakhir..haaaa..legaaaa..kihkihkih. Oklah, pagi2 dah check out. Beg masing2 pun dah beranak. Yang warna hijau, oren, pink & biru tu adalah beg yang baru dibeli kat Beijing. RM70 je..murah kan. Jom kita teruskan agenda terakhir.
Ni Beijing Exhibition Centre. Macam KLCC Convention Centre tu. Besar dan cantik bangunannya.
Ini pulak bangunan berdekatan Beijing North Train Station di Xizhimen District.
China Central Television Headquarters (CCTV) yang berketinggian 234 meter dan mempunyai 44 tingkat.
Yeay..dah sampai Panda Zoo. Masa kitorang datang ni hari Sabtu. So, memang ramai orang. Kena berhati-hati dengan barang kita jelah. Takut pickpocket. Yang penting Zoo dia tak busuk..hahaha.
Antara Panda yang ada. Panda ni binatang yang pemalu. Suka duduk kat sudut2. Nak amik pic pun susah..banyak yang duduk membelakangi kami. Ni sekor je yang menghala ke arah pengunjung. Hati2 tau..Panda ni gigit orang.
Ha..memperkenalkan ni lah driver kami sepanjang di Beijing. Nama Mr Hui kot. Lupa dah. Setiap kali dia buat sesuatu yang kita kat Malaysia tak buat macam reverse kat Highway, Uturn kat simpang empat..ada yang dalam bas tepuk tangan..kagum..hahaha.
Ha..inilah Niujie Mosque. Masjid tertua dan terbesar di Beijing. Dibina pada tahun 996.
Masjid ni luas. Puas jugaklah ronda.
Tempat azan..the Minaret. Tapi kami tak berpeluang dengar cara mereka Azan..rasa rugi pulak.
Kawasan luar dewan solat orang lelaki.
Dalam ruang solat utama. Subhanallah..cantik sangatkan.
Lepas tu kami ronda kawasan sekitar. Nampak orang ramai depan kedai ni. Rupanya orang beratur nak beli kuih. Kuih halal. Kawasan ni ialah kawasan tumpuan dan pusat komuniti orang Islam di Beijing seramai 13,000 orang.
Supermarket orang Islam.
Bermacam barang jualan ada kat sini termasuk telur2 ni. Tengah identify..mana satu telur palsu..hahaha.
Lepas tu kami lunch dekat salah satu restoran dekat situ.
Yeay..shopping time. Ni kat Silk Street. Dalam dia macam Pertama Complexlah. Kat sini korang boleh shopping handbags, baju, kasut, beg dan macam2 lagi. Kat sini bolehlah beli imitation handbags yg bermacam2 gred. AAA grade pun ada. Tapi dekat sini hati2 ye. Penjual macam gangster, macam kaki pukul. Dorang mahir berbahasa Inggeris. Kalau taknak beli jangan tawar. Dah tawar tak beli mmg kena maki hamun. Macam Petaling Street style.
Kitorang punya takut, nak saja2 tanya harga pun tak mau. Masuk kedai pun takut..hahaha. Tapi ada gak yang shopping. Tu pun jenuhlah dikepung. Tak dibaginya kita bincang ngan suami atau kawan2. Fuh..lap peluh. Saya mmg tak shopping apa pun kat sini.
Kemudian kami singgah dekat The Place. Apa ada kat sini?
Ini dia..LED screen terbesar di China berukuran 250 meter x 30 meter. Di letak di bahagian atas setinggi 80 kaki. Keliling tu semua shopping complex yang high class. Ada Zara, H&M dan sebagainya.
Sambung lagi shopping. Kali ni dekat Yashow Market. Pun ala-ala Pertama Complex. Tapi kat sini lebih tenang bershopping. Kalau kita taknak pun dia tak maki hamun kita. Kat Yashow market orangnya lebih sopan. Kalau dia tak bagi harga yang kita mintak pun dia cakap "Bye!" Tu je..hehehe.
Lepas tu kami dinner kat Food Court di Yashow Market. Kedai ni pun kedai Muslim. Dinner terakhir kami di Beijing.
Yeay..dah sampai Airport Beijing. Flight pukul 1.30 pagi. Merata cari tempat nak solat. Last2 solatlah kat Departure Hall. Rasanya airport kat London pun ada faith room. Napalah kat Beijing takde..walhal ni Asian countries..penduduknya pun ramai Muslim...hmm.
Sampai je Malaysia, inilah yang saya beli..Chatime..hahaha. Kat sana bukan takde..tapi tak berapa nak yakin. Alhamdulillah tamatlah sudah kisah holiday saya di Beijing. Trip selama 5 hari 4 malam ni hanyalah RM1,500 seorang all in. Murahlah bagi saya sebab naik MAS. Sapa2 nak tau jika ada promo ke tak, bolehlah contact Ms Linda dekat Biru Kauthar Travel Sdn Bhd yang beroperasi di KL Sentral.