Friday, June 29, 2012

Syoknya Mandi-Manda


Lepas turun dari Broga Hill hari tu, petang tu saya & family gi terjah my cousin house kat Ukay Perdana.  Aktiviti?  Terjun pool lah apa lagi.  Tapi saya amik pic ni masa dah naik umah cousin tingkat 9.  Tak larat dah saya.  Penat giler rasanya.


Budak2 ni dah tak mainlah pool budak2.  Terjun pool dewasa pulak haa.  Saya risau gak.  Tapi Mimi dah tau cara2 nak berenang kat dlm pool dewasa dengan bantuan pelampung.  Tu..dia pakai yg jenis jaket.  


Fifi pun sama.  Pakai pelampung zirafah tu je.  Tapi dia tau camana nak float dan kuak2 kaki dlm pool org dewasa.  So, lepas ni Mama dia taklah risau sgt.   Kena monitor je.  Kalau smpi hujung tahun ni dorang masih tak boleh berenang tanpa pelampung.  Baru saya hantar ke kelas berenang.  

Budak2 ni sekarang kalau duduk hotel, demand nak yg ada swimming pool.  Takpelah, kalau tak gi hotel pun, kita terjah jelah rumah Pak Ngah ye.  Leh gak mandi pool puas2.  Okeylah, have a great weekend yeah u oll!

Thursday, June 28, 2012

Farewell Lunch


Last monday, one of our colleague punya last day.  So, we threw a farewell lunch for her.  9 of us actually tapi biasalah ada yg masih sibuk cari barang, yg malangnya tukang amik pic ni pun colleague kitorang.  Waiter and Waitresses kat Garden Lifestyle, Midvalley busy sangat..hehehe.


Kitorang semua amik lunch set.  Ni starter..pumpkin soup.   Sedap.


Ada yang amik chicken salad je.


Ada yang amik Chicken Chop, Pineapple Rice, Char Kuey Tiow, Fish & Chips.


Majoriti macam sayalah..amik aglio olio spaghetti.  Sedap.


Free flow of Ice Lemon Tea.  Sedap air ni.  Saya biasanya tak suka Ice Lemon Tea tapi yang ni..pergh..sedap.  Semua ni RM9.90++.


Ed..belanja Baskin Robbin Ice Cream Cake..perisa Cookies & Cream.  Sedap.


Ha..nilah dia Syaima.  She's leaving for good.  Buat Master  in Actuarial Science kat UK.  Wah..best kan.


Geng rapat2 & her team bagi shirt pastu tulis2 kat belakang.  Alamak..sebijik masa zaman sekolah dulu.


Her AVP bagi baju Hush Puppies ni..cantik.


Saya & few close friends bagi winter clothing.  Seronok betul shopping brg kelengkapan utk winter.  Yelah..nak tunggu saya jejak ke sana..tak taulah bila kan.  Pada Syaima...All the best, study smart.  And don't forget to enjoy your life kat UK.  Mesti fun giler.  Tunggu akak datang tau..cewah..berangan.  

We will be missing you..terutamanya akak.  Kau kan antara kawan rapat akak.  Harap lepas ni dapat pengganti opismate yang suka bersosial mcm Syaima gak.  Barulah fun.  Okeylah, apapun..bon voyage my dear sis...jangan lupakan kami di sini.  Keep in touch :)

Wednesday, June 27, 2012

WW ~ Kipas Lipas


Gambar dirakam di surau Pertama Kompleks.  Kipas terpaksa dirantai dan di mangga kat speaker surau gara2 ramai sangat orang yg panjang tangan.  Hmm...apalah nak jadi.

Tuesday, June 26, 2012

Jumpa Artis Di Broga Hill


Last 2 weeks, me and my opismate gi panjat Broga Hill.  Planning kul 6 pagi..well mcm biasa ada jelah yang lewat kan.  So, kul 7 pagi baru smpi ke kaki bukit Broga.


So, by the time dah nak smpi puncak dah pun cerah.  Wui..masa ni mmg menguji lah tahap kecergasan masing2.  Eh..saya je kot..budak2 lain tu laju je..saya last skali kat belakang.


Menangis okey nak panjat ni.  Masa turun slide2 je.  Or kalau kasut grip bagus, u oll lari je lah.  


Matahari pun tak berapa nampak.  Almaklum jerebu.  Mujur saya panjat sabtu.  Kalau ahad, hujan..jalan pun licinlah.  Lagi x best.


Ini 2nd time saya panjat.  Akhirnya sampai juga ke batu yang menjadi puncak Bukit Broga.  Tapi saya tak panjat.  Malas.  Nak kena panjat tali tu.  Kena tunggu giliran lak tu.  Lenkali jelah.  Itupun kalau saya rasa nak panjat lagi..huhu.


Ha..inilah artis yang saya maksudkan.  Kenal ke?  Dia kata, "Kak, lobang hidung saya ni satu Malaysia kenal kak"  Korang kenal tak?"


Sapa lagi...si Aizat AF lah.  Dia panjat dgn geng2 dia.  Ada camera semua.  Kitorang jumpa masa dari dekat signboard bawah lagi.  Panjat sama2...tapi tak bergambar.  Bila dah smpi puncak barulah amik pic sama2.  Seriously dia sangat friendly dan saya  kagum dengan dia yang dpt menurunkan berat badan.  Slim betul.  Incredible sungguh.


Naik setengah jam, turun pun setengah jam.  Ni masa balik.  Masing2 dah keletihan.


Pastu singgah umah kakak opismate yang pakai tudung pink tu.  Makan spaghetti...fuh..mmg seronoklahkan.  Budak2 dah start tanya projek lain.  Hmm..x taulah lagi.  Maybe will set one activity before puasa.  Budak2 ni semua kebanyakkannya commited dgn kerja.  Sesekali outing begini mmg seronok.  Karaoke sudah, hiking sudah.  Lepas ni banyak lagi outing2 lain yg saya akan cuba anjurkan.  Take care semua.

Monday, June 25, 2012

Friendship Never Ends...


Selang sehari lepas karaoke kat Sogo tu, saya jumpa pulak ngan my ex-skulmate.  Pergghh...perjumpaan ni mmg saya tak pernah tolaklah.  Akan cuba juga utk menghadirkan diri.  Sebab kitorang kalau jumpa mmg awesome. Menu hari tu..rambutan.  Eh..itu baru sampingan.  Dekat Al-Rawsha sebenarnya.  Tapi selamba je ngunyah rambutan selambak kat atas meja


Masa saya sampai2 dorang dah belasah ni.  Tak tau apa namanya.  Starter kot.


Lepas tu sepinggan besar chicken mandy.  Ada saya order Kebsah Lamb tapi gambar ntah ke mana.  Semua ni?  Licin...tengok badanlah kan.

We are Forever 29 :) padahal....isi tempat kosong sendiri..hahaha.  Love these friends..they never judge.  Ingat tamat kat situ je.  Set kawan2 yang ini mmg tak retilah nak balik cepatkan.  Sekali jumpa dari breakfast smpi evening tea tu wajib.  Maka mohlah kita.


Singgah pulak ke Redbox Plus Pavillion.  Melalak pulak smpi 4 jam kat situ.


Dalam banyak2 gambar saya suka gambar candid ni.  Comel je kawan saya yang tengah tu.


Yup..we had fun.  Terselit pulak si Mimi kat hujung tu.  Pada kawan saya si Wan yang baru balik Umrah tu..terima kasih atas pemberian shawl dan purse yang kebaboom.  Don't forget to meet up again before Ramadhan.  Hope our dream will come true.   Love you all.  Sapa sangka dalam senyap sudah 20 tahun kita tinggalkan alam persekolahan tapi kalian masih tetap sama.  Gaduh, kutuk, tumbuk..eleh..no hal lah.  Love you gals.  MGSians never die..eh..tetiba.  Chow!

Friday, June 22, 2012

Report Card Day..


Yeah...saya cuti hari ni.  Reason for leave?  Kena gi amik report card Mimi daaa.  Pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama.  Harap2 result dia bagus.  

Lepas tu?  Shoppinglah..apalagi.  Destinasi?  Pavillion baby!  Yeah!  Ada RM200 voucher G2000 kan..moh perabih.  Lagipun today is payday! U oll kerja baik2 eh.  Have a great weekend!

Thursday, June 21, 2012

For you...


Yes, all of you are amazing.  Thanks for coming here.  Today is a busy day.  Will drop by at your home when i'm free.  Take care.

Wednesday, June 20, 2012

WW ~ ZZZ...


Mimi ni dari kecik mmg gini...


Kat mana2 pun boleh ZzzzZZzzzz.....

Tapi...

Still boleh bangun dan makan..siap bertambah lagi..hehehe.

Tuesday, June 19, 2012

A New Hero Was Born


Aisshh...mmg tak dirancang.   Kalau rancang2 tu selalu tak jadi.  Kebetulan lalu di area rumah Minah Halimunan ni,  mohlah singgah jenguk Hero baru dia.  Kebetulan Ma (ibu Amy) pun ada.  Bertambah seronoklah bersembang.  Tengok tu...tidur je kerjanya.  Hidungnya..kemain tinggi lagi.  Walau Mamanya kata besau..hahaha.


Inilah permata hati Amy Sweetdarling, Mohd Zaim Afkar.  Sedaplah pegangkan.  Kalau tak silap 2.9kg.  Ingat nak gi ziarah kat hospital ramai2.  Tapi baby kena tahan kat wad.  Biar Mama dia jelah cerita why.  Alhamdulillah dah discharge pun.  Sekarang baby pun dah berada nun di Terengganu.  Selamat berpantang Amy.

Monday, June 18, 2012

My Birthday Party


Salam, selamat coti2 lah pada dorang yang berada di Kedah, Perlis dan N9.  Salam Israk Mikraj juga buat semua kaum muslimat dan kaum muslimin. Kejadian ni dah seminggu sebenarnya.  Hari ni baru berkesempatan nak update entry.


Carrot cake yang sodap disponsor oleh blogger glamour, MY ALL.  Thanks dear.  Sedap betul kek ni.  Anak2 Dee pun suka.


Walau yang lain tak dapat hadir, Sis Iyra dan Sis Nor tetap menyerikan suasana.  Tgu Sis Iyra citer kitorang jumpa siapa di Redbox Sogo aritu..hehehe :)


Yeah..dapat beg Charles & Keith.  Cantik tak?


Kad yang bosar..dulu dapat kad bosar2 ni kad raya je.


Lepas tu sessi lontaran suara.  Pic ni dirembat dari Sis Iyra.  Thanks to Geng Pelangi atas segala-galanya.  Kalau semua dapat hadir tentu lagi seronok.  Anyway, birthday yg ke 38 ni mmg buat saya happy pun.  

Bos belanja makan steak kat Le Meridien Hotel, ada sahabat bagi baju pepel yang cantik,  ada officemate belanja makan, bagi dress, bagi mug.  Saya pun dibawa jalan2 ke Taiping.  Alhamdulillah dikelilingi sahabat2 yang baik hati, pemurah dan penyayang.  Luv u guys!