Kita stop dulu eh citer jalan2. Kita tengok apa yg saya makan masa gi Taiping. Ha..ni tempat wajib kalau ke Taiping. Mana lagi kalau tak Doli Kuey Teow Goreng. Dorang dah beroperasi dari tahun 1975 lagi tau dari gerai kecil smpi dah jadi restoran. Lama tuh.
Restoran ni dibuka start jam 12 tengahari hingga 11 malam tiap2 hari kecuali hari Jumaat.
Masa ni mmg ramai orang. Tapi seriously, susun atur meja tak kena or jenis kerusi meja yg digunakan tak sesuai, so agak cramplah. Nak bergerak pun susah. Dari segi servis, ok je pada saya. Taklah lambat sangat. Waiter amik order tapi bayar je kena gi beratur.
Dengan budak yang susah sangat nak makan. Pastu sakit peyut..geram.
Eh..budak yg ni jangan. Nasi ayam tu 2 pinggan ok. Ayam dia sedap. Eh..nasi dia pun sedaplah. Harga RM5 sepinggan kalau tak silap. Menu kat sini limited sket. Nasi yang ada pun nasi ayam tu jelah. Selain dari tu ada gak Mee Rebus.
Ha..ini kuey tiow goreng special. Harga? RM9. Puashati betullah. Sampai tak terlarat nak makan udang yg mmg banyak tu. Sedap pada tekak saya. Harus diingat ini ialah kuey tiow goreng..bukan char kuey tiow tau..hihihi. Kalau u oll teringin nak rasa, tak perlulah sampai ke Taiping. Pergi TTDI pun boleh je..hehehe.
Alamat Taiping: No. 5, Regat Tupai, Taiping, Perak
Alamat KL: No 16, Jalan Wan Kadir 4, Taman Tun Dr Ismail, KL. Tel: 03-77225351
13 comments:
sedap.. penah mkn kt TTDI..
ohoo si adik takmo mkn tp si akak kuat mkn yek... hhehehhe
sebab selama ni saya igt kan Doli jual charkoeytiau :)
masa gi Bukit Merah dulu tak sempat nak ronda Taiping, sbb bwk rakyat jelata yg ramai dan tak cukup masa...
tapi kami sempat gi Safari Night Zoo kat Taiping tu..best giler Zoo Taiping!!
Post a Comment