Tuesday, June 5, 2012

Taman Tasik Taiping


Sapa2 yang datang Taiping tapi tak singgah ke Taman Tasik Taiping mmg rugi.  Eh..mana boleh missed sbb kat sini juga terletak Zoo Taiping, War Cemetary dan juga starting point utk daki Maxwell Hill/Bukit Larut.  Dekat dengan Zoo Taiping ni, ada lake yang penuh dengan lotus/bunga teratai.  Cantik sgt.


Yang buat saya lagi terpikat, pokoknya besar2.


Sehingga ranting2nya mencecah air.  Redup je walau masa pic ni diambil adalah waktu matahari tegak di atas kepala.  Sini juga tempat shooting filem Sepi, yang part Eja duduk tepi tasik tu.


Belakang tu Maxwell Hill / Bukit Larut.


Pokoknya unik2, besar2...rasa macam kat semua pokok nak amik gambar.  Macam cerita hindustan lak.  Eh...from Taiping with love katakan..hahaha.


Sangat mendamaikan..ini bekas lombong bijih timah tau.


Boleh juga naik paddle boat yg mcm swan ni..lagi feeling2 romantik..hahaha.  Tapi saya tak naik ni lah.  Tak kuasa nak mengayuh.  RM10 utk 2 orang + 1 org kanak2 (max 140kg utk 30 minit).  


Saya naik ferry ni je.  RM4 utk adult and RM3 utk kanak2 (1 round).  



Dalam ferry yg mcm boat tu..ada kura2 pelik yang berkaki enam.  Kura2 ni dijumpai dalam tasik tu oleh owner rumah bot tulah.


So, kalau ke Taiping, do not missed this place ok.  Mmg berbaloi2 tau.  Weekend mmg penuh dengan orang yg bz dengan mcm2 aktiviti.  Center of attraction di Taiping.    

Sedikit info nak share.  Taman Tasik Taiping ni merupakan taman tasik yang tertua di Malaysia.  Ia merupakan taman tasik yang pertama dibangunkan sebagai taman rekreasi di Tanah Melayu.  Beroperasi pada tahun 1880 sebagai lombong bijih timah.  Kerajaan telah mengiktirafnya sebagai taman awam yang terindah di Malaysia dalam Program Bersih dan Indah 1996.

16 comments:

cantik tasiknye ala2 overseas nmpk viewnye
 
i memang suka sgt taman tasik nie...
tak pernah jemu with the scenery...
sbb tu memang wajib terjah tiap kali i balik penang....
damaii and tenang jer rasanya bila ada kat situ kan...
 
tingin nak gi zoo tepeng...tapi view kat situ mmg lawalaaa
 
cantik la tasik die...
 
bestnyer.. mmg cantik lah pemandangan kt tp tasik tu... pokok2 tu mmg nmpak redup je... tp kalu mlm konfirm menyeramkan huhuhui
 
teringat kenangan jd bridesmaid membe kawen g outdoor kat sini.. ai likeeee~
 
Cantek sangat.selalu tgk gambar je, belum penah lagi kty sampai,
 
Nak naik paddle boat tu tapi barisannya ya amat panjang. Terus tak jadi.
 
Cantik sagt.. Walaupun hubby org perak..tapi tak pernah laa weols nie bawa ke sana...heheh..insyallah nak jugak singgah ke situ.. :)
 
e'eh deeee.....cantik gile gambar yg kat bawah pokok besar tu...dapat buat photoshoot kat situ cantik tuuuu.....kehijauan jek mata memandang hah......

aku ade gak le selalu turun perak sebab adik aku belajar kat sane, nape die tak cite pasal tempat ni yeak...
 
tmn tasik taiping tu pada saya,antara tempat paling mendamaikan & cantik di Malaysia...dulu selalu joging kat sini..ekekeke
 
pokok2nya merimbun masih dipelihara..syg klu x jaga kan..khazanah alam
 
ye la selalu lalu jek...memang best kat situ lepas tengok entri ni ;)
 
Serious! Suka tengok rambot pendek kamu!!
 
masih hidup lagi kura-kura kaki 6 itu!!!!!!!

hari tu masa saya pergi pon ado
 
Dee..pandai betul ko bercerita...semua tempat nampak menarik melalui penceritaan ko...
best best, rasa nak ke sana lagi...
Taty