Tuesday, July 31, 2012

Prettylicious Spa


Prettylicious spa ni terletak kat Tingkat 1, UOA Bangsar.  Betul2 atas San Francisco Coffee.  Sama level ngan LRT Putra Bangsar.  Saya ada amik pakej kat sini utk 6 kali rawatan.  Harga dalam RM400++.  Biasanya saya pergi urut je..hehehe.


Macam kebanyakan spa kat sini ada jugak servis mani & pedi.  Saya tak pernah lagi cuba.


Ada juga servis rambut.  Gunting dan sebagainya.


Facial pun ada, mandi bunga, mandi susu, lulur, jacuzzi, steam bath, sauna dan macam2 lagi.  Paling saya suka massagelah..hehehe.  Okeylah xde idea sangat nak mengarang hari ni.  Kalau nak tau harga dan buat appointment bolehlah hubungi Kak Puji di 017-6918783.


Monday, July 30, 2012

Bye-Bye Gold Coast Morib :)


Pagi keesokan harinya lepas makan kat Bagan Lalang tu, kitorang pergi breakfast kat The Venue.  Kat sini kena tambah lagi bayar RM15 utk si Mimi.  Agaknya sbb org hotel tgk Mimi montel.  Dorang assume byk makan, so kena charge.  Xpelah..mama redha jelah.  Mimi ni pun satu hal.  Bila makan kat hotel free..byk dia makan.  Bila kena byr, dia taknak makan sangat.  Bersabar jelah mama ye..huhu.


Oh ye, The Venue ni kat luar.  Kat tepi pantai.  Sebab yang stay sini ramai sangat, mana muat coffee house tu.  Khemah kat sini besar...dah mcm khemah kenduri kahwin.  So, semua orang makan buffet breakfast kat sini.  Meriah.  Food pun sedap.  

Kalau saya bubuh watermark kat tengah tu tandanya nak cover perut buncit..kihkihkih.  Lepas je makan tu, kitorang terjun balik kat water theme park sampai pukul 11.30 pagi.   Kul 12 terus check out.  Before check out, jom ikut saya ronda2 tgk pemandangan sekeliling.


Kat tepi pantai ada byk tempat rehat ala2 gazebo.  Tapi takleh bawak minuman atau makanan.  Bawak buku, laptop, PS3, MP3 dan sebagainya takpe..hehehe.


Ada juga aktiviti mcm menunggang ATV.  Kalau sapa2 beli voucher kat Groupon or Streetdeal mesti dpt skali free ticket main ATV ni.  Tapi saya tak dapatlah, so takdelah naik ATV ni.  Dapat naik mesti syok kan.


Ini The Pier.  Tak surelah bar or restaurant.  Malam2 adalah dengar bunyi muzik.  Saya tak sempat round sini malam sbb kepenatan balik dari Bagan Lalang.


Masa ni cuaca panas sangat.  Morib mcm biasa, laut nun jauh ke tengah.  Malas nak cari siput/kerang.  Adalah orang main layang2 kat tepi pantai.  Lepas je snap2 pic ni terus saya balik.  Hmm...lepak ramai2 kat sini best jugak kan.  Korang jangan lupa datang sini tau.  Pasti seronok.

Friday, July 27, 2012

Restoran Senandung Malam, Bagan Lalang


Lepas dah berhempas pulas kat Water Theme Park, kitorang gi dinner kat Bagan Lalang.  Ceh..ingatkan dekat.  Boleh tahan jugak jauhnya.  Sampai dekat pukul 9 malam.  Itupun dah round tempat tu ada 3 kali kot.  Tanya kawan2 kat FB, dorang cakap sebelah padang.  Dah datang malam manalah nak nampak mana padangnya..hahaha.  Tanya RELA yg bertugas baru jumpa restoran tu.  Boleh saya ingat orang ramai2 tu tengah makan kat kenduri kahwin.  Rupanya pelanggan restoran..hahaha.


Dah lewat cam gitu kan.  Agak menangislah nak dapat tempat duduk.  Pilih ikan dulu.  Dia punya queue tu kalau tak kerana dah sampai mmg saya dah blah kot dari situ.  Kesian kat anak2 dahlah lapar, kena tunggu lama nak makan.  Ni dorang tengah bakar2 ikan.  Saya tak order bakar2 pun aritu.


Brader baju kuning tu tukang kira dan tanya kita nak makan apa.  Punya lama saya beratur smpi anak2 tanya mama pancing ikan ke? Hahaha..sabar jelah.


Akhirnya pukul 11 malam baru semua ni siap.  Ikan siakap seekor masak stim, sotong sekor tu je dimasak goreng tepung dan sayur kailan ikan masin.  Semua ni dalam 60++.  Boleh tahanlah harga dia kan.  Balik tu masuk je bilik masing2 terus tumbang.  Mood nak amik pic agak kedaung masa ni.  Korang kalau nak tau lebih detail leh jenguk blog Wahida.  Dia pun baru pergi Restoran Senandung Malam ni.  Okeylah, bye.  Have a nice weekend!

Thursday, July 26, 2012

Gold Coast Morib ~ Water Theme Park


Salam, sorrylah saya x dapat nak share score memanah saya sbb tak teringat pun nak snap.  Adalah 2 kali dpt markah penuh 10 points..yg bahagian tengah2 tu..bulatan kuning :).  Taklah corot sangat dan tak juga terer...hehehe.  

Oklah, sambung kisah Morib.  Lepas makan lunch kat bilik, kitorang turunlah.  Anak2 dah tak sabar nak mandi.  Before tu posinglah dulu.  Si gendut belah kiri tu korang maafkan jelah keseksian perut dia tu..hahaha.


Mula2..jom basahkan badan dengan air bawah payung cendawan ni..best.


Lepas tu slide.  Main ni sampai sakit2 lah punggung saya..hahaha.  Macam2 style orang turun slide ni.


Pastu Fifi nak naik buaian ni.gigihlah Mama dia pusingkan.


Pastu main slide ni pulak.  Ada sekali tu Fifi turun sorang tapi dia kan ringan...so, bila dia tersangkut, dia bangun jalan kaki turun slide tu.  Ya Allah, seriau betul saya.  Lepas tu mmg tiap kali dia naik mmg berbakul2 pesananlah.  Saya tunggu kat bawah tu.  Sebab saya penat, tu yg kadang2 anak2 je naik.  Tenaga kita ni bukan mcm budak2.  Dorang lain..energetic.


Lepas tu layan slide ni pulak.  Mmg syok.  Mimi turun mcm2 gaya, terlentanglah, kepala dululah, telungkuplah.  Tapi saya tak berani..hahaha.  Budak2 bukan pikir psl risk pun...hehehe.


Cuma slide besar ni je saya tak main.  Mimi dan saya lepas tapi takde sapa nak jaga Fifi.  Last2 Mimi pun mengalah tak main slide yg tinggi ni.  Oh, ye..memandangkan kita guest.  Kita boleh masuk banyak kali selagi kita stay kat situ.  Gelang tu jangan koyak.  Buka dan simpan.  Masa pakai tu jgn ketat2.  Agak2 kita boleh tanggalkanlah.  Esoknya sarung balik dan boleh masuk waterpark ni semula.


Masa balik tu tetiba nampak gym.  Aiseyman, rugi saya tak bwk sports shoes.  Kalau tak berpeluh sorang2 dlm ni syok jugak..hahaha.


Inilah harga Water Theme Park tu.  X nampak?  Oklah, saya share kat sini.  Btw, saya dapat 2 ticket free utk adult masa purchase bilik tu.  So, tinggal nak beli utk anak2 je.  Oklah, RM10 seorang utk 2 hari.  Meh tengok berapa.

Normal                 Guest In House    Vacation Club Member   
Adult - RM35                RM25                    RM17.50
Child  - RM20               RM15                    RM10
(2 - 12 tahun)


Okey friends, apalagi.  Jomlah terjah Gold Coast Morib.  Sure u oll have fun punyalah.  Lepas ni, ikuti kisah saya makan2 kat Bagan Lalang dan juga pemandangan sekitar Gold Coast Morib.

Wednesday, July 25, 2012

WW ~ Ingat Senang?


Ingat senang nak memanah kat bawah tu? Sampai lenguh2 tangan.  Ekekeke..tu score opismate saya :-)

Tuesday, July 24, 2012

Gold Coast Morib


Minggu terakhir sebelum puasa, saya pergi holiday lagi.  Asalnya nak ke tempat lain tapi last minute tukar location di atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.  Ambil double bed lebih selesa.  Muatlah utk kami berempat.  Yang penting bilik luas.  Yang ni studio suite.


TV LCD,  mirror besar2.  Best.


Ada jacuzzi dalam bathroom ok.  Tapi ada salah satu penutup tu tertanggal sampai tersedut belakang badan saya.  Punyalah sakit.  Lepas tu lebih berhati2 lah..hehehe.  Budak 2 orang tu dah berkubang kat theme park sambung lak berkubang kat jacuzzi.  Tak puas2.


Bilik air pun mmg besar.  Puashati lah.


Toiletries pun best.  Siap ada shaver lagi tapi saya tak guna.  Bawak balik buat kenang-kenangan je.


Ada balcony, boleh lepak2 minum kopi.


Yang penting ada tempat sidai baju basah dan towel.  Kalau tak segala benda nak 'hang' kat bilik air.  Rimas gak kadang2...bukan kering sgt pun.  Sidai kat luar ni confirm kering.  Almaklum terjun theme park 2 hari berturut-turut.  Esok saya share cerita mandi-manda kat Theme Park eh.


Rate bilik ni masa  saya beli kat Agoda RM206++.  Pastu baru perasan rupanya kat Groupon dia jual pakej bilik ni RM188 je.  Cis..rugi tau.  You all jenguk2 lah Groupon kot2 ada lagi pakej Gold Coast ni.  Murah tu..beli je.  Tak nyesal lah datang sini although ini bukan Gold Coast Australia..hahaha.  Esok kita sambung eh.  Babai!

Monday, July 23, 2012

Robin Hood Wannabe :-)


Minggu terakhir sebelum puasa mmg packed dgn aktiviti.  Semua orang nak buat something sebelum puasa.  Kitorang dijemput utk memeriahkan event Archery utk semua Actuarist bersama2 dgn Actuarist dari top2 company insurance.  So, here I am.  Ada gaya Robin Hood tak? Hahaha...


Smpi2 terus register,  makan dan sessi latihan sebelum game bermula.  Ada 2 set game.  Satu team ada 3 orang.  Campur dengan orang2 dari company insurance lain.  Kata nak bersosialkan.  Sampai lenguh2lah tangan dibuatnya.  Gaya saya tu pun salah sebenarnya..hehehe.


Mana taknya sekali memanah 12 arrows.  Panahlah tanpa henti.  Sbb kita amatur, rasa nak nangis pun ada.  Tu 4 orang officemate saya tengah beraksi.  Masuk 2nd game..rasa nak give up je..hahaha.


Sepatutnya 8 orang tapi 7 orang je turn up.  Org no 7 snap pic ni..hehehe.  No 2 dari kiri ialah bos saya..hehehe.  Sebelah saya tu bos kecik..kehkehkeh.


Last but not least, group photo.  Ramaikan?  Meriah.  Satu Stars Archery kat Berjaya Times Square tu kitorang conquer smpi pukul 10 malam.  Pemenang individu dan berkumpulan dapat hadiah.  Hadiah vouchers dengan t-shirt je.  Game ni pun sekadar sessi beramah mesra anjuran MLRe.  Seronok bertemu dengan dorang.  Lepas ni apa aktiviti outingnya ye?  Kena tunggu lepas rayalah..hehehe.  

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan saya ucapkan pada semua sahabat2 yg mengenali diri ini.  Maaf dipohon atas segala kesilapan saya sepanjang perkenalan kita.  Saya pasti saya ada dosa dengan semua orang.  Dengan seikhlas hati dan rasa rendah diri, harap semua orang dapat mengampunkan dosa saya ye.  Harap dapat dihalalkan segala makan dan minum.  Moga Ramadhan kali ini penuh barakah dan moga Ramadhan kali ini juga bukan yang terakhir..amin :)  Tak lupa juga selamat berpuasa!

Thursday, July 19, 2012

Makan2 Before Puasa..


Kelmarin, kami satu department pergi makan2 kat ShangriLa Hotel.  Kami tu seramai 39 orang ye..hehehe.  Geng yg ni semuanya naik LRT.  Ada juga yg naik keretadan teksi.  Kitorang turun Dang Wangi pastu menapak sketlah.  Masing2 enjoying the food termasuklah saya.  Sampai sekeping gambar food pun saya tak amik.  Concentrate makan lagi bagus..hahaha.


Yang ni geng lunch gak.  Kadang we oll lunch kat Midvalley, BSC, Bangsar Village dan KL Sentral.  Semua jenis enjoy makan.  Dorang slim2 kan..saya je berisi sket..hehehe.


Ni geng2 otai.  Yang belakang tu len chai ngan leng loi.


Dah kenyang makan, boss ajak amik group photo lak kat luar.


Tak cukup kat luar, masuk dalam pulak.  Amik lagi group photo kat tangga lobby ShangriLa.


Dah kenyang makan, baliklah menapak ke LRT semula.  Apapun thanks to my boss belanja satu department makan2.  Nama department?  Corporate Actuarial.  First time dengar?  Google lah sendiri.  Saya first time dengar masa apply keje.  Jenuh gak nak tau apa yang dorang ni buat...hahaha.  Sekarang after 7 months dah fahamlah apa keje dorang ni.  Okeylah, gtg.  Eh...lama tak guna gtg (got to go).  Dulu2 masa zaman MIRC..selalu guna.  Bye2, GTG!