Friday, November 30, 2012

Kau Main Pintu Ye Mambang?


Gambar ini diambil jam 7.30 pagi selepas je saya checkout from the homestay.  Sawah padi ni betul2 depan homestay.  Kawan saya cakap, siap leh posing kau.  Tadi beriyer takut...hehehe.

Okeylah, ceritanya bermula begini.  Lepas je balik dari Gua Kelam, kami bersihkan diri.  Solat jamak.  Tapi masa saya solat dalam bilik master bedroom, saya terasa ada sesuatu kat belakang saya sebab bulu roma saya meremang.  Saya baca kuat2 masa solat tu utk menenangkan hati saya yang berdebar-debar.  Lepas tu saya kibas cadar.  Masa kibas tu saya cakaplah, saya ngan anak2 nak tumpang tidur ye.  Cakap pelan je.  Sebab homestay kan.  Kekerapan orang bermalam kat situ dah tentu tak mcm hotel.  

Oh ye..masa kitorang tiba petang tu, dah pasang pun surah Ar-Raq.  Lepas solat maghrib kitorang pasang surah Al-Baqarah pulak.  Tinggalkan surah berkumandang satu homestay dan terus gi dinner.  Balik dari dinner dah dekat pukul 10.30 malam.  Anak2 dah cuci kaki.  Siap2 nak tidur, saya cakap ngan kawan saya, mehlah tidur sebilik.   Sbb saya ada rasa tidak sedap hati.  Dia pun cakap oklah, memandangkan katil kat bilik dia tu basah kena tempias hujan petang tu.  So, dia tidur bawah, saya tidur atas katil ngan anak2.  

Kebiasaannya kitorang tidur dengan lampu tertutup sebab kawan saya tu kalau lampu terpasang dia tak boleh lelap.  Dia sorang je drive so, saya kenalah consider.  Sure dia letih punya.  Lampu bilik air je kami on kan dan pintu bilik air kami tak tutup rapat.  Saya dah lelap masa tu, tetiba anak2 saya kejutkan saya, ma..ma..bangunlah.  Pintu bilik air terbuka tu, kakak takut.  Terus saya kejut kawan saya suruh dia on kan lampu.  Saya cakap kita tutup lampu bila budak2 dah tidur.  Dalam pukul 11 lebih gitu, budak2 dah tidur.  So, lampu pun ditutup.

Homestay yang kami duduk tu merupakan sebuah apartment di tingkat paling atas tingkat 4.  Setingkat tu ada 4 buah apartment yang dijadikan rumah tetamu juga.  Masa siang tu kami je yang ada kat level tu.  Balik dari makan, apartment depan kami tu dah penuh dengan orang.  Masa ni saya dah lega..oklah, apa2 hal leh ketuk pintu org depan.  Apartment tu ada 4 bilik dan sangat besar.  Bilik2 pun besar2.  Selesa sangat.  Masa kami nak tidur tu, semua lampu kami on dan semua pintu bilik saya dah rapatkan..bertutup.



Tepat pukul 2.21 pagi (sempat tgk jam) tetiba pang! Bunyi pintu terhempas.  Sangat kuat.  Saya terkejut.  Ok lagi masa ni.  Lepas tu bersambut-sambut.  Seolah-olah lepas satu pintu, satu pintu lagi dihempas.  Saya boleh agak pintu yang berlainan sebab jarak bunyi.  Berbeza-beza.  Saya kejut kawan saya.  Dia cakap angin kot.  Malam tu mmg angin kuat.  

Saya cuba lelapkan mata dan tak mahu pikir.  Baru je nak belayar.  Bunyi lagi..kuat...bergilir2 mcm tadi.  Saya terpikir..eh tak mungkin angin.  Sebab pintu2 tu ada 'knob' (pemegang pintu).  Logiknya kalau pintu dah ditiup angin sure rapat tertutup.  Takkan boleh terbuka sendiri dan terhempas berkali2.  Arrghhh...sudah.  

Bercakap saya dalam hati, kau jangan kacau aku anak beranak.  Kau nak hempas pintu kat luar kau punya pasal.  Jangan masuk bilik ni.  Bunyi tu non stop sampai pukul 4 pagi.  Sesekali  berhenti bila ada bunyi kereta masuk parking..suara orang.  Rupanya ada tetamu sampai lagi lewat pagi.  Dorang duduk kat 2 apartment sebelah apartment  saya.  Bila sunyi je..bunyi pintu terhempas silih berganti.  Korang leh bayangkan tak?

Saya kat bawah selimut dah berpeluh sakan walhal malam tu sejuk sbb hujan.  Mujur anak2 tidur lena.  Tak terbangun langsung.  Kalau bangun menangis ke tengah malam tu mmg naya.  Kawan saya cakap, bila dia tidur mengadap saya, bulu roma dia berdiri.  Bila dia membelakangkan saya elok pulak.  Yang saya hairan, kawan saya tu kalau malam pertama di tempat orang, dia biasanya tak boleh lelap.   Tapi malam tu dia siap berdengkur.  Saya yang gelisah tak tentu hala.  Asal saya nak belayar je, bunyi pintu terhempas lagi.   Bunyi2 tu stop pukul 4 pagi.  Eh..ingatkan dia stop smpi situ je.

Tetiba pintu bilik air dalam bilik saya pulak terhempas.  Argghh..sudah.  Kau main pintu bilik pulak.  Kawan saya cakap, angin je tu.  Tapi sebenarnya pintu tu terbuka sedikit je.  Tapi bunyi terhempas tu sangat kuat.  Tak logik langsung..dah tu napa pintu bilik air tu je.  Kat luar dah senyap...huhu.  Saya berpeluh2..berdoa, cepatlah subuh.  Pukul 4.30 bunyi tu stop.  Tak lama lepas tu azan subuh berkumandang.  

Terus saya paksa kawan saya bangun solat subuh.  Lampu bilik dibuka.  Kitorang keluar tengok, elok je pintu2 bilik lain semua bertutup rapat.  Takde yang berubah.  Terus saya mandi dan solat subuh.  Masa tengah bersiap pukul 7 pagi tu pun bulu roma saya berdiri.  Rasa macam  ada yang merenung saya dari belakang.  Pukul 7.30 pagi terus checkout.  Tu yang check in kat The Sun Hotel mcm dalam gambar tu.  Hotel murah je.  Takpelah, janji bukan kat homestay tu.  Takuttt...

Malam pertama 'dia' main pintu, malam kedua takut 'dia' tunjuk rupa pulak.  Kawan Perlis cakap, no wonder dia terbangun pukul 2.20 pagi tu dan teringatkan saya.  Rupanya ada something happen.  Dia pun suruh saya checkout.  Kata dia sebenarnya apartment depan tu yang ada something.  Saya cakap, apartment depan tu ramai.  Benda tu sure rasa tak best kacau kan.  Baik kacau kami yg hanya 4 orang je ni..huhu.  Kawan saya yg sebilik tu cakap, dia nak je cakap, kau main pintu mambang?  Saya kata kalau betul dia cakap mcm tu malam tadi, mmg saya lepuk mulut dia..hehehe.

Oiii..panjangnya story..penat menaip.  Korang pun sure penat membaca.  Ada lagi kisah misteri dari Kuala Kangsar ke Ipoh.  Yang tu nanti saya cerita di sessi lain.  Oh ye, masa saya balik dari Gua Kelam, adalah saya ternampak beberapa pic pelik dalam kamera.  Kamera saya pun masa tu asyiklah buat hal.  Tertutup sendiri.  So, gambar yg pelik2 tu saya dh delete.  Yang tinggal je saya upload  kt FB.  Yang ni saya nak share.  Cousin saya yg spotted pic ni.  Saya pun tak perasan.  Sapa yang takut, leh terus click X.  Sapa nak tengok...cer scroll down.
*
*
*
*
*
*
*
Jeng..jeng..jeng


Korang nampak apa?  Saya nampak seorang perempuan sedang memangku macam yang saya lukis garis hitam tu.  Sebelah tu batu staliktit bentuk belalai gajah.  Tapi kat atas tu ada orang cakap nampak mata.  Saya pun nampak.  Korang nampak tak?  Wallahualam.  Maybe pandangan mata saya salah.  Biasalah bila takut, semua benda pun nampak mcm 'tu'.  

Btw, kawan sebilik saya tu kan..effect takut dia lambat sket.  Malam kedua masa nak antar kawan Perlis saya balik ke area apartment tu, baru dia berdebar2.  Sabar jelah.

Oh ye..pasti korang tertanya-tanya homestay mana.  Demi menjaga persahabatan sbb sy dapat dok homestay ni free je, sesen pun kawan saya tak minta, malah bayarkan lagi deposit hotel The Sun tu maka saya takkan bagitau nama homestay.  Yang pasti, korang sure tak duduk sini, sebab yg ada access je boleh masuk & it's not open for public. No worries ok :) 

Isnin nanti kita citer yang best2 je ye.  Oh ye...maybe pada korang benda ni takde apa2, tapi pada yang pernah merasa dan terkena je paham apa yang saya alami tempoh hari.  Alhamdulillah, sehingga sekarang kami anak beranak ok je.  Akhir kata, happy weekend ye uols.  Take care.

Thursday, November 29, 2012

Seafood di Kuala Perlis..


Sorry, hari ni tak dapat nak cerita trip ke Songkhla ngan Hatyai.  Banyak pulak gambar yang missing.  Insyaallah minggu depanlah ye.  Esok, saya akan cerita 'kisah misteri' tu.  Kesian kat korang nak cari2 kat FB saya tu.  

Sis Norhidana Miswan, nanti tinggalkan url blog tau kat komen.  Dah berapa hari cuba gi blog u tapi takleh nak tgk link sbb google+ kat opis mmg blocked.  Susah betul nak pay visit.  

Btw, kami makan ni malam yang kami pulang dari Gua Kelam.  Semua ni kawan saya beli fresh kat jeti.  Murah gilos.  Ada sotong goreng tepung yg mabeles, ketam berlada, udang masak pedas dan ikan bakar.


Semuanya 2 set tau.  Melampau kawan saya ni.  Kitorang 2 dewasa, 2 budak je tapi hidangan mcm nak mkn 10 orang.  Sapa nak ngabihkan?  Terpaksa dia panggil staff dia dtg makan.  Itupun tak habis.  Kawan saya ni beli brg mentah RM43 je semua ni termasuk 2 ekor ikan siakap.  Murah sgt2 kan.  Lepas tu staffnya hantar pergi kedai suruh masak.  

Masa kami tiba semuanya dah siap dihidang.  Perggghhhh..macam rajalah layanannya.  Tinggal nak bayar upah masak je.  Itupun dalam RM80++ je termasuk meal tambahan tomyam & air tembikai 2 jug.


Inilah 2 ekor ikan siakap tu.  Sekor masak 3 rasa.  Sekor lagi bakar.  Yang bakar tu tengah2 tu dia bubuh santan+kunyit.  Lain dari yang lain tapi mabeles.  Jangan korang tanya apa nama kedai.  Tak ingat langsung..hahaha.  Tau datang makan je.  Almaklum orang belanja..hehehe.  Terima kasihlah pada kawan saya tu.  Tapi kedai ni betul2 kat town.  Bukan dekat jeti ye.  

Oklah, esok saya story pasal kisah misteri tu.  Sebab kejadian tu bermula lepas kami balik makan.  Malam ni malam jumaat, jangan sampai ada yang tak boleh tidur sudahlah..hehehe.  Daaaaa!

Wednesday, November 28, 2012

WW ~ Bijak Tak?


Orang main kat hp/ipad..dia main real punya angry bird.  He is 6 years old.  Anak my friend.  Sgt fanatik dengan Angry Bird..hehe.

Tuesday, November 27, 2012

Gua Kelam, Perlis


Entry ni byk gambar tau dan panjang.  Bertabahlah ye..hehehe.  Lepas je balik dari Tasik Timah Tasoh tu, kitorang straight ke Gua Kelam.  Kami masuk ikut pintu hadapan.  Kat sini kami terjumpa Pak Long Baharum.  Dia bagitau, kalau nak masuk bayarannya RM40 utk satu group.  Kebetulan masa saya sampai, ada juga satu family.  So, kami decide utk share the cost. 


Actually boleh naik train masuk ke dalam Gua Kelam.  Tapi pakcik tu bagitau train tu rosak. Musykil ok..sbb bila masuk ke dalam lagi tetiba pakcik tu ckp kat sinilah train tu accident.  Adoi..mcm pakcik tu nak sembunyikan sesuatu je.  

Sbb bila tanya camana leh accident..pakcik tu tak jawab ok.  Debor tak? Hahaha.  Adalah few questions yang kitorang tanya tapi pakcik tu tak mahu jawab.  Tambah dugdag...hehehe.


Mula2 masuk, siling gua ni rendah.  Sejuk je.  Dah smpi 200m, ada feeling nak patah balik.  Tapi pretend cool je dan meneruskan perjalanan..hehehe.


Dekat 400m, ternampak bahagian ada air ni.  Mengikut pakcik tu, air ni tak boleh diminum.  Kalau kena kat tangan pun, kulit boleh jadi kering dan berdarah.  Berasid kot.  So, don't touch ok.  Kalau jatuh dalam ni, tak taulah nak cakap sebab tanah jerlus ni..sedalam 100m..huhu.


Kalau train tu ok, inilah waktu train beroperasi.


Kat dinding bahagian yg rendah tadi  tu..ada nampak putih2 camni.  Yang ni dilarang sentuh sebab pakcik tu cakap batu ni hidup.


Bahagian atas gua ni ada mcm bentuk perut lembu.  Awesome tapi dlm camera saya nmpk gelap, so, takleh share kat sini.  Yang belakang tu ialah lubang menggali bijih timah.  Ada student pernah ikut situ dan sesat.  Banyak juga lubang2 lombong menggali bijih timah yang mengikut pakcik tu kalau jatuh terus ke dalam perut bumi.  Kalau timbul pun maybe di pantai Siam kot..huhu.


Ini spot tourist2 bergambar.


Keadaan dalam gua.  Yang kat sini room temperature.  Panaslah hai..berpeluh2 saya.  Bila musim hujan air boleh naik tinggi tau.  Kat dinding2 tu ada juga pekerja2 lombong dulu2 tulis kata2 madah cinta.  Tapi kita tak pahamlah nak baca.


Ini Bunga Batu.  Dia mcm kristal, berkilat-kilat.


Ini pulak cendawan tapi pakcik tu panggil cotton candy.


Tahi kelawar.


Sebelum naik ke bahagian ini, di lorong tangga yang sangat sempit, saya cuba amik pic.  Tapi tak boleh.  Lepas je tangga yg menyeramkan tu pakcik tu tanya, nampak tak muka kat dinding?  Yang lain tak nampak, saya je nampak.  Tu, yang saya bulatkan tu.  

Dengan mata kasar pun boleh nampak sebenarnya.  Terus saya ajak yang lain bergerak.  Siap cakap, korang tak nampak sudahlah, aku dah nampak..jom2..hahaha.


Ada juga batu2 yg menyerupai katak.


Bentuk kepala gajah dgn belalai dan macam2 lagi.  Ada sekali pakcik tu cakap, kalau mati camana nak bwk keluar mayat?  Ha..kat sinilah dorang puja2.  Kitorang pandang sesama sendiri..terus mata mcm cakap, comfirmlah dorang buang kat lubang2 bijih timah ni je..huhu.  Kadang2 ada yang terperangkap, bila air tetiba naik.  Mana nak lari?  Huhu.. 

Pakcik tu pulak bila kita tanya..senyum pahit..senyum bermakna.  Saya dah siku2 kawan, wei..janganlah tanya lebih2..adoyai.  Pakcik tu pun pesan, jangan bawa keluar apa2 pun dari gua tu.  Sampah simpan, dah keluar baru buang kat tong sampah.  Bab2 ni mmg saya jaga betul2 lah.


Alhamdulillah, akhirnya kami sampai ke penghujung gua.  Berjalan sejauh 900m selama 1 jam 30 minit cukup memenatkan.  Masa kami keluar ni dah pukul 5.30 petang.


Kemudian, barulah terjumpa titi gantung ni.  Kat sini, kalau masuk dari depan, bayarannya hanyalah RM1 je..hehehe.  Kalau tau saya ikut sini je dan sempatlah singgah Padang Besar.  Memandangkan misi saya bukanlah shopping, maka peluang masuk ke Gua Kelam sangat seronok.  Seronok sampai ada yang ikut baliklah..huhu.  Ok..kita skip cerita tu ye.  

Insyaallah, khamis nanti, saya akan ceritakan kisah kami ke Songkhla & Hatyai, Thailand.  Oh ye, more info on Gua Kelam, boleh baca kat SINI.

Monday, November 26, 2012

Timah Tasoh Lake, Perlis


Lepas je makan Laksa Kak Su, saya terus check in kat rumah tetamu.  Kat mana?  Biarlah rahsia.  Sebab ada kejadian 'misteri' kat rumah tetamu tu.  Saya dah share story tu kat FB.  Malas nak retype kat sini..hehehe.  Btw, gambar atas ni ialah view depan rumah tetamu tu.  Cantik kan?  Dah selesai membersihkan diri kami terus ke Timah Tasoh Lake.


Camana nak datang sini?  Korang redah jelah drive ikut signboard Padang Besar..hahaha.  Kitorang takde GPS.  Insyaallah, guarantee jumpalah..hehehe.  Saya ingat tempat ni empangan je rupanya ada resort.


Ini antara jenis kediaman yang ada.  Kat sini ada apartment, chalet, bungalow & juga tapak perkhemahan yang dikelilingi pokok durian.  Kalau nak stay sini boleh book thru Agoda.  Kalau tak silap, Fasha Sandha aritu buat wedding dia kat sini lah.  Aliyah pun ada buat video clip kat sini.


Cantik tak view?  Itu adalah Bukit Cabang, Bukit Manik dan Banjaran Nakawan yang bersempadan dengan Thailand.


Inilah kawan blogger yang saya cerita tu.  Dia dah tak aktif blogging langsung.  Tapi persahabatan kami masih utuh.  Alhamdulillah.  Masa amik pic ni angin sangat kuat.  Best.  Tengok pokok kelapa kat belakang tu.  Tudung pun kena grip kuat2..kalau tak, terlangkup tutup muka..hahaha.


Ada gazebo, buaian juga kat situ.  Anak2 amik kesempatan tangkap gambar tengah panas.  Ada byk sampan kat tepi tasik.  Tak sure masih digunakan atau tidak.  Tapi tasik ni berombak tau.  Maybe sebab tasik ni besar, angin pun boleh tahan kuat.  Macam ombak menghempas pantai.


Nak share view panorama  dari kamera saya.  Sedikit kisah Timah Tasoh Lake yang ingin saya kongsikan.  Tak ramai orang tahu yang kat dasar tasik tu dulu adalah pertemuan dua buah sungai iaitu Sungai Tasoh dan Sungai Timah.  Air sungai ini telah diempang sehingga menjadi sebuah tasik buatan.  

Di dasar tasik ni dahulunya adalah sebuah kampung yang bernama Kampung Tasoh.  Turut tenggelam adalah masjid, rumah, sekolah dan tanah perkuburan.  Kampung ini telah menjadi nostalgia yang semakin 'hilang'.  Pengorbanan penduduk kampung adalah jasa yang amat besar kepada Negeri Perlis kerana sinilah terletaknya gudang air untuk penduduk Perlis.

Hmmm...tak sangkakan?  Jauh perjalanan, luas pemandangan, tambah pengetahuan.  Pengalaman yang mendebarkan esok.  Nantikan..cewah mcm promo TV...hihihi.

Friday, November 23, 2012

Laksa Kak Su, Kuala Perlis


Tiba je di Kuala Perlis, terus jemput sahabat blogger yang saya dah kenal lama dari tahun 2009 tapi tak pernah berjumpa.  Ini pertemuan pertama kali.  Oh..inilah indahnya berblogging.  Sapa sangka akhirnya kami bertemu muka.  Dia bawa saya ke sini.  

Orang kata kalau sampai Kuala Perlis, wajib singgah kedai Laksa Kak Su.  Terletak di pekan Kuala Perlis.  Tempat ni sangat senang nak cari.  Jangan cari kat Jeti Kuala Perlis tau, kena gi pekan.  Signboard dia besar kat tepi jalan, sure korang tak miss.  Dekat juga dengan Maybank.


Harga laksa Kak Su utk yang biasa RM1.  Special RM4.  Pulut udang & kuih spera 10 sen sebiji.  Murah tak?  Murah giler ok.  Boleh juga mintak utk size anak2.  Laksa Kak Su ni laksa beras.  Kedai ni tutup setiap hari Selasa.


Inilah laksa special saya.  Orang kata kena makan dengan pulut panggang or kuih spera sekali.  Masa saya datang ni kuih spera dah habis.  So, makan dengan pulut panggang je.  Laksa ni tak pedas, nak pedas makanlah dengan cili api.  

Komen saya?  Pulut panggang sedap sangat.  Laksa?  Ikhlas dari hati, orang Perlis jangan marah ye.  Laksa tu itself sedap tapi kuah dia biasa2 aje.  Eh..tak cuba tak tahu kan.  So, kalau orang kata itu signature/popular dish sesuatu tempat, kita kenalah cuba.  Tekak masing2, citarasa berlainan.  Nak tahu sedap atau tak..pergilah makan..hehehe.



Ha..inilah kuih spera.  Rupabentuk serupa karipap.  Inti kelapa macam pulut panggang.  Makan dengan laksa sebagai penambah selera mcm pulut panggang tadi.  Isnin nanti kita sambung sightseeing saya pulak ye.  Enjoy your weekend tau.  Take care :)

Thursday, November 22, 2012

Perjalanan Ke Utara Bermula...


Alhamdulillah terlaksana juga.  Lama saya plan trip ni.  Kejap jadi, kejap tak jadi.  Tapi akhirnya pada malam Jumaat, 9 November 2012 jam 8 malam kami memulakan perjalanan meneroka utara Semenanjung.  

Oh ye..ini adalah catatan perjalanan saya, maybe panjang tapi saya tidak mahu meninggalkan sedikit pun setiap kenangan dalam perjalanan ini.  Kalau ambil masa selama 2 minggu pun korang bertabahlah baca ye..hehehe.  

Waktu kami melalui Tol Jalan Duta, jalan licin sebab hujan.  Kereta agak banyak, maklumlah mendaki bukit.  Alhamdulillah selepas itu highway clear.

Singgah sebentar makan malam di R&R Tapah.  Meneruskan perjalanan hingga ke Exit Bukit Tambun, Penang.  Tiba di rumah cousin jam 1.30 pagi dan memulakan perjalanan ke Perlis Indera Kayangan tepat jam 10 pagi keesokan harinya.  

Terima kasih tak terhingga atas budi baik cousin yang menumpangkan kami bermalam, siap pakej sarapan nasi lemak lagi.  Budi kalian takkan dilupakan.


Perjalanan ke utara memang awesome dengan pemandangan sawah padi terbentang luas, saujana mata memandang.  Eh, kenapa tak naik flight?  Well, saya mahu meneroka sepuasnya tanahair saya selagi saya masih sihat, masih mampu.  Jauh perjalanan, luas pemandangan.  Mmg betul pun.


Kami berhenti di Petronas, Changlun sebab anak2 nak terkucil (bahasa mudah nak terkencing..hahaha).


Bila tiba di jalan menghala ke Kuala Perlis, terserempak dengan satu kemalangan maut.  Tak sanggup nak amik pic.  Sebuah BMW terperosok ke bawah lori.  Kejadian agak baru, jenazah mayat ada atas jalan raya ditutupi dan dipayungi.  Keadaan kereta?  Ngeri.  Meneruskan perjalanan dengan lebih berhati-hati.


Tiba di pintu gerbang "Selamat Datang ke Perlis" tapi takleh nak snap cantik2..kacau betullah lori ni..hehehe.  Nampak politeknik, UNIMAP di sepanjang jalan.  Highway yang ini pergh..melambung2 kereta..mcm highway Pantai Timur.  So, berhati2 ye.  Oklah, kita sambung esok.  Saya share info tentang tempat yang mesti anda singgah kalau ke Kuala Perlis.

Wednesday, November 21, 2012

WW ~ Kau Ada?


Muahaha..kau ada kedai kat Hatyai?  Dee ada okeh..hahaha.  Nantikan kisah perjalanan Dee ke Utara Semenanjung sehingga ke Songkhla, Thailand.  Wah..mcm promo new movie je..hahaha.

Tuesday, November 20, 2012

Wahida Birthday Celebration..


Last Sunday, baru Geng Pelangi berkesempatan celebrate birthday Puan Wahida My All..hehehe.  Makin hari dia bertambah cun & bertambah slim..me jeles ok..hehehe.


Kitorang lepak di Stars Archery, Berjaya Times Square.  Wahida dan suami dan yang kat depan tu anak bujang Amy Sweetdarling tengah beraksi.  Kemain seronok lagi dorang memanah.


Sis Amy ngan Sis Iyra pun main jugak.  Dee je malas nak main.  Lenguh tangan nanti...hehehe.


Kesian budak2 tak dapat main.  Tunggu umur 9 tahun baru dapat main tau.


Birthday cake yang comel.  Sedap, lembut dan paling penting licin boliau.


Birthday girl tgh tiup lilin.  Oh...sis Elly dan hero hindustannya tiba lewat sedikit.  Masa santap menyantap baru dorang ada...hehehe.


Korang tengok...orang lain semua dapat hadiah satu je.  Dia smpi 4 okey.  Apa yang dia dapat, biarlah dia je yang share & tunjuk kat korang..hehehe.


Oh ye..acara makan2 kami kat Mz. Nina sebelah Toast Box, Berjaya Times Square.  Bergambar ramai2 sebelum balik.  Geng Pelangi yang lain tak dapat hadir.  Masing2 ada komitmen lain.  Takpelah, yang ada ni pun dah cukup meriah..hehehe.  Harap Wahida suka dengan hadiah dia dan maaf atas segala kekurangan.