Tiba je di Kuala Perlis, terus jemput sahabat blogger yang saya dah kenal lama dari tahun 2009 tapi tak pernah berjumpa. Ini pertemuan pertama kali. Oh..inilah indahnya berblogging. Sapa sangka akhirnya kami bertemu muka. Dia bawa saya ke sini.
Orang kata kalau sampai Kuala Perlis, wajib singgah kedai Laksa Kak Su. Terletak di pekan Kuala Perlis. Tempat ni sangat senang nak cari. Jangan cari kat Jeti Kuala Perlis tau, kena gi pekan. Signboard dia besar kat tepi jalan, sure korang tak miss. Dekat juga dengan Maybank.
Harga laksa Kak Su utk yang biasa RM1. Special RM4. Pulut udang & kuih spera 10 sen sebiji. Murah tak? Murah giler ok. Boleh juga mintak utk size anak2. Laksa Kak Su ni laksa beras. Kedai ni tutup setiap hari Selasa.
Inilah laksa special saya. Orang kata kena makan dengan pulut panggang or kuih spera sekali. Masa saya datang ni kuih spera dah habis. So, makan dengan pulut panggang je. Laksa ni tak pedas, nak pedas makanlah dengan cili api.
Komen saya? Pulut panggang sedap sangat. Laksa? Ikhlas dari hati, orang Perlis jangan marah ye. Laksa tu itself sedap tapi kuah dia biasa2 aje. Eh..tak cuba tak tahu kan. So, kalau orang kata itu signature/popular dish sesuatu tempat, kita kenalah cuba. Tekak masing2, citarasa berlainan. Nak tahu sedap atau tak..pergilah makan..hehehe.
Ha..inilah kuih spera. Rupabentuk serupa karipap. Inti kelapa macam pulut panggang. Makan dengan laksa sebagai penambah selera mcm pulut panggang tadi. Isnin nanti kita sambung sightseeing saya pulak ye. Enjoy your weekend tau. Take care :)
22 comments:
Laksa kak su memang popular kalau dulu kuahnya best coz ori laksa Perlis. Rasa laksa Perlis memang berbeza dari laksa Penang okeh...heheee...
Psttt...sapa blogger tu?
My latest Entry :)
10 Perkara Yang Hanya Ada di Saujana Utama
mana nak cari kat kl nie rege gitu kan...
tul tu...tekak masing2...
sendiri kena try baru tau :D
Eh:P
Laksa ke utara selalunya ada pelbagai rasa. Ada org suka yang sebelah sini, ada yg sebelah sana...ada yg kata kedah, ada yang kata perlis...penang...
Sha...kalo dah jalan darat, singgah semua. Semua pon sedap...tp of course yg paling pedas la yang menang:)
kuih spera ke sfera? kikikikiki
Post a Comment