Lepas je makan Laksa Kak Su, saya terus check in kat rumah tetamu. Kat mana? Biarlah rahsia. Sebab ada kejadian 'misteri' kat rumah tetamu tu. Saya dah share story tu kat FB. Malas nak retype kat sini..hehehe. Btw, gambar atas ni ialah view depan rumah tetamu tu. Cantik kan? Dah selesai membersihkan diri kami terus ke Timah Tasoh Lake.
Camana nak datang sini? Korang redah jelah drive ikut signboard Padang Besar..hahaha. Kitorang takde GPS. Insyaallah, guarantee jumpalah..hehehe. Saya ingat tempat ni empangan je rupanya ada resort.
Ini antara jenis kediaman yang ada. Kat sini ada apartment, chalet, bungalow & juga tapak perkhemahan yang dikelilingi pokok durian. Kalau nak stay sini boleh book thru Agoda. Kalau tak silap, Fasha Sandha aritu buat wedding dia kat sini lah. Aliyah pun ada buat video clip kat sini.
Cantik tak view? Itu adalah Bukit Cabang, Bukit Manik dan Banjaran Nakawan yang bersempadan dengan Thailand.
Inilah kawan blogger yang saya cerita tu. Dia dah tak aktif blogging langsung. Tapi persahabatan kami masih utuh. Alhamdulillah. Masa amik pic ni angin sangat kuat. Best. Tengok pokok kelapa kat belakang tu. Tudung pun kena grip kuat2..kalau tak, terlangkup tutup muka..hahaha.
Ada gazebo, buaian juga kat situ. Anak2 amik kesempatan tangkap gambar tengah panas. Ada byk sampan kat tepi tasik. Tak sure masih digunakan atau tidak. Tapi tasik ni berombak tau. Maybe sebab tasik ni besar, angin pun boleh tahan kuat. Macam ombak menghempas pantai.
Nak share view panorama dari kamera saya. Sedikit kisah Timah Tasoh Lake yang ingin saya kongsikan. Tak ramai orang tahu yang kat dasar tasik tu dulu adalah pertemuan dua buah sungai iaitu Sungai Tasoh dan Sungai Timah. Air sungai ini telah diempang sehingga menjadi sebuah tasik buatan.
Di dasar tasik ni dahulunya adalah sebuah kampung yang bernama Kampung Tasoh. Turut tenggelam adalah masjid, rumah, sekolah dan tanah perkuburan. Kampung ini telah menjadi nostalgia yang semakin 'hilang'. Pengorbanan penduduk kampung adalah jasa yang amat besar kepada Negeri Perlis kerana sinilah terletaknya gudang air untuk penduduk Perlis.
Hmmm...tak sangkakan? Jauh perjalanan, luas pemandangan, tambah pengetahuan. Pengalaman yang mendebarkan esok. Nantikan..cewah mcm promo TV...hihihi.
19 comments:
sheena gebus
cepat tau... tak sabar nak baca kisah misteri kau tu kak
Tak pernah tahu wujud tempat best macam ni kat Perlis..ambik gambar sunrise/ sunset kat sini mesti cantik ni..saya dah save location ni...lain kali ada rezeki, nak pergi..:)
Nak baca la kisah rumah tu kat FB hihihih
*kak, silap lah dana aritu, btl lah kan jenazah bkn mayat...
Dee ni Sarina kan? hehehe... Kita selalu jumpa kat FB tp tak tahu yg Dee adalah Sarina... :)
Ada juga baca cerita misteri haritu di FB... Kalau nak tahu di Peru ni pun ada cerita misteri...nampaknye kisah misteri ni ada dimana-manalah! hahaha :D
Join kem Belia 4B Kmpg Pandan KL...
Sekarang dh cntik ek?
Nti leh p skali lg la
Sonok bergambar dengan angin cenggitu, nyaman je kan... :D
Post a Comment