Thursday, November 22, 2012

Perjalanan Ke Utara Bermula...


Alhamdulillah terlaksana juga.  Lama saya plan trip ni.  Kejap jadi, kejap tak jadi.  Tapi akhirnya pada malam Jumaat, 9 November 2012 jam 8 malam kami memulakan perjalanan meneroka utara Semenanjung.  

Oh ye..ini adalah catatan perjalanan saya, maybe panjang tapi saya tidak mahu meninggalkan sedikit pun setiap kenangan dalam perjalanan ini.  Kalau ambil masa selama 2 minggu pun korang bertabahlah baca ye..hehehe.  

Waktu kami melalui Tol Jalan Duta, jalan licin sebab hujan.  Kereta agak banyak, maklumlah mendaki bukit.  Alhamdulillah selepas itu highway clear.

Singgah sebentar makan malam di R&R Tapah.  Meneruskan perjalanan hingga ke Exit Bukit Tambun, Penang.  Tiba di rumah cousin jam 1.30 pagi dan memulakan perjalanan ke Perlis Indera Kayangan tepat jam 10 pagi keesokan harinya.  

Terima kasih tak terhingga atas budi baik cousin yang menumpangkan kami bermalam, siap pakej sarapan nasi lemak lagi.  Budi kalian takkan dilupakan.


Perjalanan ke utara memang awesome dengan pemandangan sawah padi terbentang luas, saujana mata memandang.  Eh, kenapa tak naik flight?  Well, saya mahu meneroka sepuasnya tanahair saya selagi saya masih sihat, masih mampu.  Jauh perjalanan, luas pemandangan.  Mmg betul pun.


Kami berhenti di Petronas, Changlun sebab anak2 nak terkucil (bahasa mudah nak terkencing..hahaha).


Bila tiba di jalan menghala ke Kuala Perlis, terserempak dengan satu kemalangan maut.  Tak sanggup nak amik pic.  Sebuah BMW terperosok ke bawah lori.  Kejadian agak baru, jenazah mayat ada atas jalan raya ditutupi dan dipayungi.  Keadaan kereta?  Ngeri.  Meneruskan perjalanan dengan lebih berhati-hati.


Tiba di pintu gerbang "Selamat Datang ke Perlis" tapi takleh nak snap cantik2..kacau betullah lori ni..hehehe.  Nampak politeknik, UNIMAP di sepanjang jalan.  Highway yang ini pergh..melambung2 kereta..mcm highway Pantai Timur.  So, berhati2 ye.  Oklah, kita sambung esok.  Saya share info tentang tempat yang mesti anda singgah kalau ke Kuala Perlis.

20 comments:

rindunye nk p perlis..tempt sy belajar dulu
 
musim2 hujan kena lebih hati2 di jalan raya !
 
Mmg seronok jalan keutara ni...tiada jam...kehijauan sepanjang jalan...
 
Menarik baca perjalanan ke utara ni

JOM~

Nak invite SEMUA join 1st Giveaway Blog Qashmere

Banyak hadiah yang menarik untuk semua.
 
teringin nak gi perlis la sebulan 2 ni... tgk entry kak dee..teringin tu menjadi2...
 
syok...

teruskan berkongsi cerita
 
Sonok jalan2 ni.. selamat berjalan2 dan membuka minda.. :) semoga selamat pergi dan balik semuanya..
 
syokknyerrr..x sabar n3 sterusnyer..
 
Tak pernah gi perlis.
 
dua minggu tu agak2 berapa episod? zino punya dah masuk episod 6, episod 7 terbit malam ni..hehe
 
tak sbr nk tunggu sambungan nyer.... msti best kan...

kak, mangsa kemalangan tuh ptt di panggil mayat ke jenazah?
 
salam kenal...
singgahlah umah saya di sungai petani...leh kita kenal kenal
 
bestnya..utara mmg sawah padi terbentang luas.. WOW rindunya nk jln2 ke utara lagi
 
aku pernah sampai perlis sebelum blogging dulu...

punya lama duduk dlm keta..kebas punggung aku kak...haha...

tapi sepanjang perjalanan menuju ke Perlis mmg best...mcm kau ckp lah, saujana mata memandang...

 
bertahun lamanya i tak ke perlis...
tak sabar nak tunggu next entry...
 
@norhidana miswan thx betulkan perkataan..nti k dee edit ye..
 
2 minggu nak habiskan cerita? bahahahaha..takpe...cerita org pun kita boleh jadikan panduan kan..

betul ...kalau badan kuat, jalan2 naik kereta nikmati pemandangan is the best option, lagipun semenanjung ni takde la besar mana pun
 
lama tak gi utara.
nak nak ke perlis.. last 2002 kot hehe
 
Bestnye. Akhirnya apa yang akak cerita aritu Sha boleh baca kat sini :)
 
saya teringin nak pergi uitm arau je... apakah? hehehe