Entry ni byk gambar tau dan panjang. Bertabahlah ye..hehehe. Lepas je balik dari Tasik Timah Tasoh tu, kitorang straight ke Gua Kelam. Kami masuk ikut pintu hadapan. Kat sini kami terjumpa Pak Long Baharum. Dia bagitau, kalau nak masuk bayarannya RM40 utk satu group. Kebetulan masa saya sampai, ada juga satu family. So, kami decide utk share the cost.
Actually boleh naik train masuk ke dalam Gua Kelam. Tapi pakcik tu bagitau train tu rosak. Musykil ok..sbb bila masuk ke dalam lagi tetiba pakcik tu ckp kat sinilah train tu accident. Adoi..mcm pakcik tu nak sembunyikan sesuatu je.
Sbb bila tanya camana leh accident..pakcik tu tak jawab ok. Debor tak? Hahaha. Adalah few questions yang kitorang tanya tapi pakcik tu tak mahu jawab. Tambah dugdag...hehehe.
Mula2 masuk, siling gua ni rendah. Sejuk je. Dah smpi 200m, ada feeling nak patah balik. Tapi pretend cool je dan meneruskan perjalanan..hehehe.
Dekat 400m, ternampak bahagian ada air ni. Mengikut pakcik tu, air ni tak boleh diminum. Kalau kena kat tangan pun, kulit boleh jadi kering dan berdarah. Berasid kot. So, don't touch ok. Kalau jatuh dalam ni, tak taulah nak cakap sebab tanah jerlus ni..sedalam 100m..huhu.
Kalau train tu ok, inilah waktu train beroperasi.
Kat dinding bahagian yg rendah tadi tu..ada nampak putih2 camni. Yang ni dilarang sentuh sebab pakcik tu cakap batu ni hidup.
Bahagian atas gua ni ada mcm bentuk perut lembu. Awesome tapi dlm camera saya nmpk gelap, so, takleh share kat sini. Yang belakang tu ialah lubang menggali bijih timah. Ada student pernah ikut situ dan sesat. Banyak juga lubang2 lombong menggali bijih timah yang mengikut pakcik tu kalau jatuh terus ke dalam perut bumi. Kalau timbul pun maybe di pantai Siam kot..huhu.
Ini spot tourist2 bergambar.
Keadaan dalam gua. Yang kat sini room temperature. Panaslah hai..berpeluh2 saya. Bila musim hujan air boleh naik tinggi tau. Kat dinding2 tu ada juga pekerja2 lombong dulu2 tulis kata2 madah cinta. Tapi kita tak pahamlah nak baca.
Ini Bunga Batu. Dia mcm kristal, berkilat-kilat.
Ini pulak cendawan tapi pakcik tu panggil cotton candy.
Tahi kelawar.
Sebelum naik ke bahagian ini, di lorong tangga yang sangat sempit, saya cuba amik pic. Tapi tak boleh. Lepas je tangga yg menyeramkan tu pakcik tu tanya, nampak tak muka kat dinding? Yang lain tak nampak, saya je nampak. Tu, yang saya bulatkan tu.
Dengan mata kasar pun boleh nampak sebenarnya. Terus saya ajak yang lain bergerak. Siap cakap, korang tak nampak sudahlah, aku dah nampak..jom2..hahaha.
Ada juga batu2 yg menyerupai katak.
Bentuk kepala gajah dgn belalai dan macam2 lagi. Ada sekali pakcik tu cakap, kalau mati camana nak bwk keluar mayat? Ha..kat sinilah dorang puja2. Kitorang pandang sesama sendiri..terus mata mcm cakap, comfirmlah dorang buang kat lubang2 bijih timah ni je..huhu. Kadang2 ada yang terperangkap, bila air tetiba naik. Mana nak lari? Huhu..
Pakcik tu pulak bila kita tanya..senyum pahit..senyum bermakna. Saya dah siku2 kawan, wei..janganlah tanya lebih2..adoyai. Pakcik tu pun pesan, jangan bawa keluar apa2 pun dari gua tu. Sampah simpan, dah keluar baru buang kat tong sampah. Bab2 ni mmg saya jaga betul2 lah.
Alhamdulillah, akhirnya kami sampai ke penghujung gua. Berjalan sejauh 900m selama 1 jam 30 minit cukup memenatkan. Masa kami keluar ni dah pukul 5.30 petang.
Kemudian, barulah terjumpa titi gantung ni. Kat sini, kalau masuk dari depan, bayarannya hanyalah RM1 je..hehehe. Kalau tau saya ikut sini je dan sempatlah singgah Padang Besar. Memandangkan misi saya bukanlah shopping, maka peluang masuk ke Gua Kelam sangat seronok. Seronok sampai ada yang ikut baliklah..huhu. Ok..kita skip cerita tu ye.
Insyaallah, khamis nanti, saya akan ceritakan kisah kami ke Songkhla & Hatyai, Thailand. Oh ye, more info on Gua Kelam, boleh baca kat SINI.
21 comments:
syukur dee dan lain2 takde apa2..
menarik la dee..aku penah tgk dlm cite jgn pandang belakang congkak jek....bile tgk pic2 ko ni mmg menarik...tapi terus laa aku ni penakut...sah2 aku kecut perut nak pi gua2 nie....
Satu pengalaman kan..:-)
dulu dlm thn 2005 dana penah sampai sini, tp masa tuh rasanyer takde perasan pun lg train tuh, tp masa tu dana msk dr pintu dpn, tp tak msk sgt pun... msk dpn2 tu je pastu balik... masa tu takde pun mcm pakcik tourist tuh...
nak suh sampai cepat, bagi la kami naik train kan...tapi yg dpt naik train cuma peserta BTN yg preggie dan ada penyakit saja...nyesal aku tak declare aku preggy....kehkeh...
kak, aku pun nampak muka org tu kak...mula2 tak nampak, bila diamati betul2, ye la, muka org....i got it!!
:)
abis tu kan, keluar kat pintu lain, so jarang dari pintu masuk dgn pintu keluar ni, jauh ke? sebab saya tanya ni, kalau kita dtg dan parking kereta, masuk ikut pintu depan tu..bila keluar ikut pintu belakang..macam mana nak ambik kereta? hahaha..
Myra tak penah p Gua Kelam ni, tak berani sama, yela cerita Gua ni lain sket
Post a Comment