Sorry, hari ni tak dapat nak cerita trip ke Songkhla ngan Hatyai. Banyak pulak gambar yang missing. Insyaallah minggu depanlah ye. Esok, saya akan cerita 'kisah misteri' tu. Kesian kat korang nak cari2 kat FB saya tu.
Sis Norhidana Miswan, nanti tinggalkan url blog tau kat komen. Dah berapa hari cuba gi blog u tapi takleh nak tgk link sbb google+ kat opis mmg blocked. Susah betul nak pay visit.
Btw, kami makan ni malam yang kami pulang dari Gua Kelam. Semua ni kawan saya beli fresh kat jeti. Murah gilos. Ada sotong goreng tepung yg mabeles, ketam berlada, udang masak pedas dan ikan bakar.
Semuanya 2 set tau. Melampau kawan saya ni. Kitorang 2 dewasa, 2 budak je tapi hidangan mcm nak mkn 10 orang. Sapa nak ngabihkan? Terpaksa dia panggil staff dia dtg makan. Itupun tak habis. Kawan saya ni beli brg mentah RM43 je semua ni termasuk 2 ekor ikan siakap. Murah sgt2 kan. Lepas tu staffnya hantar pergi kedai suruh masak.
Masa kami tiba semuanya dah siap dihidang. Perggghhhh..macam rajalah layanannya. Tinggal nak bayar upah masak je. Itupun dalam RM80++ je termasuk meal tambahan tomyam & air tembikai 2 jug.
Inilah 2 ekor ikan siakap tu. Sekor masak 3 rasa. Sekor lagi bakar. Yang bakar tu tengah2 tu dia bubuh santan+kunyit. Lain dari yang lain tapi mabeles. Jangan korang tanya apa nama kedai. Tak ingat langsung..hahaha. Tau datang makan je. Almaklum orang belanja..hehehe. Terima kasihlah pada kawan saya tu. Tapi kedai ni betul2 kat town. Bukan dekat jeti ye.
Oklah, esok saya story pasal kisah misteri tu. Sebab kejadian tu bermula lepas kami balik makan. Malam ni malam jumaat, jangan sampai ada yang tak boleh tidur sudahlah..hehehe. Daaaaa!
19 comments:
ntah ko, aku scroll cari kat fb...tak jumpe plak.....alah esok aku dah off internet sbb aku dah fly....mmg tingin beno nak bace....balik hk aku kejar laa entry berhantu tuh....belum cite aku dah meremang segale bulu tau!
diorang block kat ofis nii..
tapi RM80 makan macam 10orang.
pergh!! itu sudah murah tu
barang barang mentah jer RM43!!
termasuk Siakap dua ekor!!
murah murah!!
kalau pocket dok situ,
tak sempat umur 40 mesti gout tu
muahahahah:)
My latest Entry :)
Resepi: Durian Crepe
mengapa tak ajak saya..boleh tolong perabiskan...he he
tak sbr nk tunggu cite misteri akak...seram, tp suke baca...
ni url blog dana
http://misshamakeupstore.blogspot.com/
**dee dpt tk msg kita whasapp
Alaaa...tak sabar nak tau kisah misteri tu.
Jom singgah baca sekejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/11/7x-umur-dunia.html
fresh and murah lak tu....
terbaekkk lah....
Post a Comment