Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


"Lisan kadang-kadang tak terjaga, janji kadang-kadang terabaikan, hati kadangkala berprasangka, sikap kadangkala menyakitkan, harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf di antara kita.  Syawal akan menjelang.  Mohon maaf zahir dan batin dari Dee sekeluarga.  Hati-hati di jalan raya."

Rindunya Kuih Raya Tradisional..

Teringat masa arwah mak masih ada.  Saya tukang tolong pukul telur utk buat kuih baulu.  Lenguh tangan kanan tukar tangan kiri, lenguh tangan kiri, tukar pulak tangan kanan.  Lenguh lagi..passing baton kat mak..hehehe.  Serius, buat kuih dulu2 mmg leceh..tapi keseronokan dia lain.  Betul tak kawan2?
Lepas tu mak saya masak baulu tu macam ni lah.  Tak mainlah oven2 ni.  Dia punya panas tuhan saja yang tahu.  Smpi petanglah buat kuih ni.  Kalau dapat time 'cuti' puasa..syoklah..terus bancuh kopi panas dan cicah..heavan je rasa..hahaha.  
Arwah mak biasanya suka pakai acuan ikan ni.  Arwah mak punya mmg tembaga pun.  Ada lagi kat rumah. 
Tapi ramai jugak yang pakai acuan mcm ni.  Comel2 je kuih dia kan.
Kenal tak kuih apa ni?  Ni kuih putu kacang.  Ni masa duduk setinggan kat Bangsar tu masihlah buat kuih ni. Bila dah pindah flat, arwah mak dah tak buat dah.  Ingat lagi, kalau makan ni takleh nak bercakap.  Nanti tersembur..hahaha.
Tekan2 tepung dalam acuan kayu ni..pastu ketuk.  Fun gila.  Lepas tu jemur.  Alahai..terkenang2 pulak rasanya. 
Kuih Bangkit ni pun sedap.  Kalau hangit2 sket tu lagi sedap.  Sekarang nak dapat kuih bangkit yang betul2 sedap susah kan. 
Acuan kuih bangkit.  Dulu ada kat rumah, tak taulah dah pergi mana.  Kena cari balik dalam almari ni...hehehe.  Lepas tu arwah mak mesti buat wajik dan kacau dodol ramai2.  Sekawah kami buat kalau dodol ni.  Mula2 ramailah tolong...lepas dah pekat, tinggal kaum2 ibu je...kaum bapa dah lari.  Hampeh..hahaha.  Dah masak, baru nampak muka masing2.  Lepas tu tolong arwah mak buat kuih telinga keling or peneram.  Nasib baik kuih ni tak tunggu musim raya je..kalau saya teringin, saya sure pergi pasar malam di Pantai Dalam, sure ada.  Sedap sangat, teringat kat arwah mak.  Dalam banyak2 kuih ni, satu pun saya tak tahu macam mana nak buat.  Tapi ketupat palas memang saya terror.  Itupun berkat ajaran arwah mak dulu. Al-Fatihah untuk arwah mak, moga rohnya dicucuri rahmat selalu...amin.   

Wednesday, August 24, 2011

Projek Kuih Raya..

Minggu lepas weekend, projek kuih raya pun bermula.  Dimulakan dengan kuih cornflakes ni.  Masa ni, kitorang buat bertiga je.  Kakak saya dah boleh letak jawatan baking2 ni sebab anak perempuan sulung dia dah amik alih sejak tahun lepas ngan tahun ni. 
Bila dah siap masak, bau dia menusuk hidungkan..hehehe.  Malam tu kami sambung dengan chocolate chip tapi tak amik pic pun.  Mata masing2 dah nak pejam..hahaha.  Minggu ni ada lagi few cookies yang nak dibakar.  Last sekali, baru buat biskut kegemaran ramai..koko berjalur.  Yang tu tak boleh buat awal2.  Nanti ada yang buat makan untuk sahur dan buka puasa.  Tak dan nak raya kuih dah habis..hahaha.  Saya tolong anak buah je dan juga share modal.  So, mmg tak belilah kuih raya tunjuk2 tu.  Cuma beli kerepek2 dan juga tart nenas.  Yang lain semua bikin sendiri.  Hopefully by next year, saya dah boleh bikin sendiri tanpa share2 dengan orang lain..hahaha.  Okeylah, projek cat rumah akan bermula sabtu ini..yahoo!!

Tuesday, August 23, 2011

Sampul Duit Raya..

Ada orang tak dapat sampul duit raya ni sampai kena beli kan.  Nasib saya baik..tiap2 tahun ada orang bagi.  Ni dapat kat Jakel masa beli tikar RM19.90 tu.  Jadilah..dapat sepaket je, kawan saya dengan muka tak malunya mintak lagi sepaket..hehehe. 
Lepas tu dapat pulak dari Bonia.  Saya tak shopping apa2.  Tapi anak buah kerja kat Metrojaya Midvalley, kawan dia yang bagi ni.  Cantik sangat2.  Ni untuk duit note yang besar2 je..yang singgit2 xleh masuk sini..hehehe.
Kalau dah kerja kat Metrojaya tu..dah tentulah dapat Metrojaya punya.  Berlambak2.  Eh..yang ni dpt sikit je..yang last year punya berlambak2.  Tapi dah habis orang mintak.  Orang mintak 2 paket, kitorang bagi 10 paket sebab nak habiskan.  Lupa lah nak promo kat blog awal2..kalau tak sapa yang tak dapat lagi tu, leh ar saya bagi sampul duit raya ni.  Lepas tu janganlah lupa kirim balik yang 'berisi' kat saya ye..hahaha.

P/S:-  Amalan memberi duit raya patut dihentikan...itu kata manager saya.  Zaman dia kecik2 mmg takde orang bagi duit2 raya ni.  Zaman saya dah dapat..orang lain dapat 20 sen saya dapat 50 sen.  Sebab saya 'special'.  Sapa setuju dengan manager saya tu sila angkat keyboard!!

Monday, August 22, 2011

Jumaat Yang Huru-Hara..

Jumaat..balik mcm biasa, tumpang bos smpi Monorel Hang Tuah.  Dah cantik lah tu kan.  Sampai KL Sentral mcm biasa..nampak bas U74 yang pergi Pantai Hillpark.  Pikir2 nak naik ke tak.  Bas ni mmg mcm sardin.  Tak dapat disangkal lagi.  Tak tau kenapa Jumaat tu buat keputusan taknak naik bas tu.  SMS suami suruh masak nasi, nanti balik nak masak nasi goreng dengan sup daging je.

Nampak bas U88..eh..ada lalu Bangsar.  Cantiklah..orang pun tak ramai.  Walau kena berdiri tapi masih selesa.  Smpi simpang antara nak ke Bangsar dan Brickfields..bas ni masuk Brickfields yang tembus ke Federal Highway.  Dalam hati dah ckp, 'ah, sudah bas ni'.  Tapi masih pujuk2 hati..nti bas ni berhenti kat Midvalley kot.  Xpe, boleh turun di Midvalley..dekat je nak balik rumah.

Sampai di Midvalley, dia tak naik atas..lalu kat highway je.  Dalam hati cakap lagi, 'alamak, napa aku tak tekan loceng tadi? Takpelah harap2 bas berhenti di Kerinchi, boleh naik Putra LRT.'  Sekali bas laju je ikut highway tak naik Kerinchi.  Alamak..abislah aku kali ni, turun Asia Jaya lah jawabnya.  Asia Jaya tu kat PJ Hilton untuk sapa2 yang tak tahu.  Maka turunlah saya di Asia Jaya.

Nampak bas U80...ah cantik..ini bas UiTM.  Memang lalu Bangsar.  Naik bas, dpt seat, tidur.  Hujan lebat.  Highway jem.  SMS suami, beli jelah lauk kat PARAM..saya dah tentu2 tak sempat.  Sesat di PJ sekarang ni.  Sampai rumah pukul 7 petang.  Biasa pukul 5.30 petang.  Yang paling saya takut sebenarnya dalam beg telekung saya ada duit raya baru berjumlah RM1,100.  Fuh...lega bila kaki menjejak rumah.  Dahlah bos saya takut2 kan saya nanti kena simbah asid.  Bos mmg tak sayang mulut.  Moral of the story, jangan gatal2 tukar bas kalau tak pasti..hehehe.  Tapi saya mmg tak salah..bas U88 mmg lalu Bangsar, cuma hari tu dia tukar laluan sebab nak elak jem di Bangsar..huhu.

P/S:-  Dalam bas UiTM, terbayang2 kenangan indah naik bas dulu2 masa study di Shah Alam..senyum sorang2 walau penat..hehehe.  

Friday, August 19, 2011

Manusia Itu Memang Lahanat..

Maaf saya mencarut di bulan2 mulia ni.  Tapi saya geram.  Siapa yang lahanat? Manusia yang simbah2 asid tulah.  Sebab kawan saya yang kena.   U oll mesti ada baca seorang budak penghantar surat dirompak RM18,000 di sebuah stesyen minyak di Sungai Besi bulan Julai lalu.  Mangsa turut disimbah asid.  Ye, dialah kawan saya.

Saya kenal dia pada tahun 1998.  Dia kerja despatch di syarikat lama saya lebih dari 12 tahun.  Dari dia bujang nakal2 sampailah dia ada anak 2. Dapat khabar berita pun dari kawan2 yg masih bekerja di situ.  Terkejut gila saya.  

Saya memang tak sempat nak ziarah dia masa di HUKM.  Tapi ikut cerita kawan2 mmg teruklah.  Saya sms dia tanya khabar.  Heran saya, dia boleh reply sms saya. Syukur katanya, matanya tak kena..sebab masa tu dia pakai helmet.  

Menurut cerita kawan2..dia baru je cashkan cheque RM18k tu..kat CIMB, lepas tu dia pergi ke Shell sebelah tu.  Dia isi minyak motor, lepas tu ke tandas.  Keluar tandas, terus kena simbah.  Orang tu dah follow dia dari bank lagi.  Suspek naik kereta wira hitam...2 orang.  Dia terus call wife dia.  Wife dia call office nangis2.  Opismate yang lain hantar dia ke HUKM.  Opis dekat dah sebenarnya, seberang jalan je.  Yelah, saya pasti dia sendiri  menyesal singgah di stesen minyak tu.

Dia dah operate, sekarang berehat di rumah.  Sudahlah isterinya tengah sarat tunggu saat nak bersalin anak ketiga.   Dugaan ini pulak yang datang.  Tapi dari cara dia balas sms saya, saya rasa dia redha atas apa yang berlaku.  Sayang si  isteri pun semakin kuat.  Apapun, saya harap dia tabah hadapi dugaan hebat ini.  Moga si lahanat tu dapat ditangkap secepat mungkin.

Maaf saya tak boleh nak letak pic dia kat sini..ini semua demi keselamatan dia.   Marilah kita amalkan ayat  penggerak agar dapat melindungi kita semua.  Moga kita dilindungi dari segala bencana.  Amin.

Thursday, August 18, 2011

Menang Contest Suka2....

Di suatu malam lepas buka puasa, saya pun buka FB.  Eh..tetiba si Eya buat contest suka2lah.  Dia dapat hamper..dia suruh teka.  So, kami ni berduyun2lah meneka.  Takde syarat, tekalah seberapa banyak pun smpi pukul 10 malam kot rasanya close.  Sebab berat 9kg, tinggi paras pinggang maka ramailah teka barang2 elektronik termasuklah saya.  Ada yang teka mesin basuh, air cooler, tv lcd dan macam2 lagi.
Saya pun tekalah, hampers2 ni biasanya pinggan mangkuk je.  Sebab takde yang jawab tepat, maka sayalah yang menang.  Yahuu!!  Jawapan yang tepat setengah dozen cawan dan setengah dozen gelas ala2 gelas arab.  Hadiah?  Dah dapat dah. 
Nilah dia, kad raya digital.  Eh ada lagi, dapat duit gak..RM10.  Jadilah kan, suka2 je pun.  Duit RM10 tu pun dah abis buat topup handphone..hehehe.  Si Eya ni jugaklah yang reka template and header blog saya.  Dia memang kreatif.  So, kalau nak dptkan service dia sila LIKE FB EYBIZZONLINE atau terjah blog dia MY BIZZ : EYBIZZONLINE.  Bye...

P/S: - Thanks juga pada Neena Anuar sebab saya pun menang contest kat blog dia tempoh hari.  Hadiahnya cermin muka yang gorjes dari Melbourne, Australia.

Wednesday, August 17, 2011

Shopping Di Jalan TAR

Sorrylah semalam tak sempat nak BW, ingatkan boleh BW  kat umah, sekali tu lepas buka puasa dengan nasi lemak yg dimasak sendiri saya terus pengsan..hahaha.  Okeylah, jom baca kisah kami shopping di jalan TAR last friday.  Masa ni azan Maghrib berkumandang, so, kami pun buka puasa kat tengah jalan je dgn air tin/mineral dan roti je.  Ada satu kedai ni tulis.."membeli belah di tempat kami, buka puasa percuma"..sekali kitorang gi tengok..nan hado..abis dah dikaup oleh staff dia..kahkahkah.  Lebih baik takyah buatlah promo tu.

Shopping masa ni mmg heaven lah.  Tak ramai orang, parking senang.  Masa ni tgh membeli butang baju melayu untuk suami..nak jadi cerita hujan lak masa ni..hehehe.  Siap ada brother tu hulur ular sawa kat saya.  Tak sempatlah nak amik gambar..saya dah lari mencicit..hahaha.

Korang sure shopping baju ngan tudung sakan2 kan kat Jakel..kitorang shopping tikar harga RM19.90 je..hahaha.  Dan dibawa dengan gagahnya oleh anak buah saya I-Shah sepanjang jalan tar tanpa segan silu..hehehe.

Disebabkan buka puasa simple2..lepas penat shopping kitorang makan di Secret Recipe Sogo.  Pekena air kopi and cappucino jelah.  Sebab sejuk hujan. 

 Kawan saya makan new menu..Aglio Olio..sedaplah.  Next time saya nak order yg ni lah.

 Saya pulak settled down dengan Tom Yam Kung.  Sedap wa cakap lu!

Anak buah saya makan Vietnamese Meatball ni..sedap jugak kata dia.  Lepas kitorang makan ni, SR pun tutup kedai..hehehe.  Jalan  TAR  sekarang ni awal2 dah lelong. Tak payahlah tunggu smpi malam raya baru nak shopping.  Tapi biasa orang KL suka turun mlm raya sbb kemeriahannya tu.  Maybe akan turun lagi malam rayalah..hehehe.  Bye!

Tuesday, August 16, 2011

Jalan2 Cari Pasal..


Thx pada semua yg wish dlm entry kuih kaswi tak jadi tu..hahaha.  Sebenarnya saya ok je..saya pun dah tahu di mana silap saya.  Jom cerita aktiviti malam tadi.   Lepas je buka puasa, kami  ke Ikea.  Rupanya Ikea tutup pukul 10 malam hari biasa.  So, tak sempat nak ronda.  Anak buah saya je sempat makan meatball...tu pun fries dah habis.  Dia makan dengan kentang seketul tu.  Kami yang lain cuma minum air panas je.


Lepas tu saya beli karipap Ikea 2 bijik dan melantak sorang2.


Anak2 saya sumbat dengan aiskrim Ikea...hehehe.  Konon lepas tu nak gi Damansara Uptown. Punya lama saya tak pergi, so, saya tak tahu mana letaknya new Uptown tu.  Maka sesat baratlah kami..tau2 je kami keluar ikut Ara Damansara dekat Subang Airport tu.  Then anak buah saya decide singgah ke A&W PJ.


So, kami pekena Icecream Waffle pulak tengah2 malam  tadi.


Mestilah dengan root beer Float sekali..baru sepakej.

Budak berdua ni upah dorang main mainan ni sudahlah.  Lepas tu masing2 pengsan.  Kasihan mimi  pagi tadi nak pergi sekolah mengantuk.  Oklah, lepas ni aktiviti2 mcm ni kita buat Jumaat malam  je ye.  Korang terliur?  Sapa suruh tengok pic..baca je lain kali jangan tgk pic..hahaha.

P/S:  Sapa kata doktor tak pandai berblogging?   Cuba terjah blog DaddyZiyad and Dr Singa..hoyeh!!

Monday, August 15, 2011

Patah Hati..


Kuih kaswi kegemaran Mimi
Mama masak pertama kali
Boleh pulak kuih tak jadi
Mood blogging terus mati

Untuk kepuasan hakiki dari lelaki sejati, sila terjah blog UNCLE GEDEK dan BUJAL..HAHAHA.

Friday, August 12, 2011

Petola Vs Labu Air..

Google Image - Labu Air

Wah..dah macam rancangan mari mengenal sayur.  Takpe2..kita belajar sama2.  Ini kes suami sayalah ni.  Saya ni bosan tau balik2 sayur yang sama.  Saya pun cakap kat dia, nanti kalau saya masak labu air, takut dia tak makan.  Kalau tak silap saya mula2 kahwin dulu pernah masak labu air.  Tapi dia tak sentuh pun.  Dia beriyer2 cakap yang dia makan.  Jadi semalam saya pun beriyer2lah beli labu air ni untuk dijadikan juadah berbuka puasa.


 Google Image ~ Petola

Bila suami tengok je sayur dalam mangkuk, terus dia tanya.  Ni sayur apa?  Labu air lah.  Kata makan.  Eh, yang saya cakap tu petola lah.   Ah..sudah.  Saya bertegas cakap yang saya masih ingat apa yang dia cakap.  Dia makan labu air  Saya pun tanya berulang-ulang kali hari tu sebab takut salah dengar, nanti dia tak makan.  Sekali hamek, mmg dia tak makan pun.  Bengang pun iyer jugak..tapi saya terus buka google image dan cakap kat dia.  Ini labu air, ini petola.  Suami saya jenis yang tidak mahu kalah, jadi dia cakap yang dia mention sayur yang kedut2 aritu.  Argghh..sudahlah takmoh dengar alasan.  Dah salah tu salahlah, denial betul.  Saya tak mau masak petola, sebab saya tak makan petola...hahaha.  Saja balas dendam..kehkehkeh.  Hari ni..makan meehoon goreng sudah..jangan sawi dia cakap kailan sudahlah..hahaha.  Yang pelik, dia tiap2 minggu masak catering orang kahwin...hahaha.  Oklah, bye!


Thursday, August 11, 2011

Kisah Ramadan Kami..

Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik, hari ni hari ke 11 kita berpuasa.  Mimi berjaya puasa 10 1/2 hari.  Mamanya?  Baru berjaya puasa 7 hari...hahaha.  Yelah, orang perempuan ni biasalah kan.  Tapi Mimi tak tau, kalau tau jenuhlah nak jawab kenapa saya tak puasa.  Sebab saya tak makan/minum depan keluarga.  Kat opis pun buat air sorok2..makan?  No..no.

Sepanjang 11 hari berpuasa, baru sekali beli lauk kat PARAM.  Tu pun suami yang beli.  Merungut dia mahal, rasa ikan pun macam ikan semalam.  Itupun sebab saya stucked dlm jem, tumpang bos saya utk ke Monorel Station hari Selasa baru ni.  Tak sempat masak.  Biasanya hari2 saya masak sebab saya rasa masakan saya lagi sedap dari orang yg berniaga kat PARAM tu..ahakss!  Sekali je suami tolong masak nasi, boleh dia tak tekan periuk karen tu.  Bila nak buka bukak periuk nasi, tengok2 beras berendam air je.  Tak pasal2 pukul 8 malam baru makan nasi..hahaha.

Sahur?  Mimi sorang je sahur beriyer.  Yelah dia budak lagi kan.  Kadang dia sahur dengan kuih pelita je.  Tahan pulak tu sampai petang.  Tak pernah saya tengok dia melepek.  Ada je tenaga dia.  Yang dia buka puasa 1/2 hari tu pun sebab mengada2.  Dia kalau mamanya ada di rumah mmg mengada lebih sket.  Saya cuma sahur dengan 2 biji kurma + segelas milo panas.  Suami pula dengan Nesvita Oat.  Percayalah, kami tak mengantuk langsung di tempat kerja.  Buka puasa pun dengan air panas/suam.  Tak pernah lagi kami beli air sejuk/bancuh air ais.  Pantang suami saya ada air sejuk atas meja.  Lemah badan kata dia.  Alhamdulillah, sebab tak minum ais tu,  saya masih boleh berjaga smpi pukul 1 pagi.

Terawih?  Tak dapatlah.  Sebab fifi tu jenis yang nakal.  So, saya dan anak2 buat terawih di rumah je.  Sejak beranak kecil memang buat kat rumah je.  Macam2 aksi ada bila anak ikut solat sekali ni.  Memang tak khusyuk.  Kadang2 nak elak  dari diganggu, buat lewat sket.  Lagi satu, saya dah ukur shopping complex...hahaha.  Baju budak2 dan saya dah beli di Mydin USJ, Tesco Shah Alam dan PKNS Shah Alam.  Sabtu ni pulak lepas Subuh sapiee...nak terjah Jalan TAR untuk cari baju suami yang size XXL tu.

Hiasan rumah?  Cat je tukar tahun ni.   Itupun sebab dah 7 tahun tak cat rumah.  Last cat masa kahwin dulu.  Corak bibir anak2 yg suka pakai lipstick pun byk bertempek kat dinding rumah. Aktiviti mengecat akan dimulakan 4 hari sebelum raya.  Baru best..hahaha. Sofa kat rumah memang nak kena  campak dah, sebab kalau duduk, sakit vontot kena spring dia.   So, kalau raya umah saya, bersiap sedialah untuk bersila ye.

Kuih?  Tahun ni nak buat sendiri  je. Pakat ngan anak buah..hehehe.  Eh, dah melalut banyak ni.  Orang bukan suka baca entry takde gambar. Boh gambar food nanti terliur lak, so letak gambar buah sudahlah ye.  Terimalah..DURIAN UKAQ ~ DURIAN SARAWAK.
Warna oren pekat, isi nipis tapi keras, tak macam durian biasa kita makan. Kecik2  je isinya...gasnya kuat sangat.  Saya tak berapa suka tapi ada orang cakap sedap makan ngan Sagon.  Esok, tak tau apa benda nak cerita, tapi akan cuba hentak2kan kepala ke dinding untuk mencari idea  Sebab entry yang ada, semua entry food..hahaha.  Okeylah.  Chow!

Wednesday, August 10, 2011

The Good & The Bad Things..



Kat bawah ni ialah senarai Good Things and Bad Things sepanjang holiday saya di Kuching.  Ini hanyalah pendapat peribadi saya.  Ok, jom baca.

The Good Things

1.  Orang Kuching ramah2.  Dorang kalau bercakap lembut je, suka dengar.

2.  Sepanjang makan di Kuching, servis cepat, bagus.

3.  Bandar Kuching sangat2 bersih, sampai ada orang sapu sampah kat tengah2 simpang empat.  Kat KL saya tak pernah tengok tau.  No wonder, Kuching pernah menang award Bandaraya Terbersih :)

4.  Orang2 di Kuching sangat friendly, takde jumpa orang yang sombong2 pun.

5.  Roundabout di Kuching, besar2 belaka.  Sebesar padang bola.  Kalau kita kat sebelah sini tak nampak di sebelah sana..hahaha.

6.  Nama roundabout di Kuching, panjang2.  Tak sempat baca habis nama roundabout, panjang giler...hehehe.  Itulah uniknya Kuching.

7.  Penguatkuasa DBKU baju macam polis trafik..beza seluar dorang kelabu, stripe putih.  Mula2 ingat polis trafik, tapi eh salah...hahaha.

The Bad Things

1.  Signage tak mencukupi.  Orang luar macam saya bisa sesat wooo.  Kuching tu bukan kecik, besar sangat sebab tu Kuching tu terbahagi kepada dua..satu di bawah DBKU (Dewan Bandaraya Kuching Utara), satu lagi di bawah MBKS (Majlis Bandaraya Kuching Selatan).

2.  One Hotel Santubong/Santubong Resort tu takde pool untuk kids.  Pool utk adults je ada.  Sapa dapat bilik kat atas nasiblah, xde lift.  Panjat tanggalah jawabnya.

3.  Serikin tu panas sangat, terlalu panas..tapi yang bestnya tiap2 malam masa kami di sana, hujan turun.  Sekali turun, lebat sangat2.

4.  Budak AirAsia di kaunter check in airport Kuching, berkira.  Terlebih 2 kilo pun nak caj RM15.  Sedangkan di LCCT, dia bagi free je 2 kg tu..huhu.

5.  Perempuan keje AirAsia di gate masa nak boarding tu ada PMS kot.  Dia boleh bebelkan kami semua mcm mak2.  Cik2 semua dah dewasa, tolong pegang boarding pass masing2 ye.  Walhal belakang kitorang takde pax dah.  Masa tu dia pun berdua, bukan sorang.  Buta ke tak nampak saya pegang anak2 kiri kanan dan kawan2 saya pegang barang.  Saya terkejut dan terpinga-pinga sebab di LCCT saya beratur depan sekali, ramai orang queue di belakang, budak jaga gate tu steady je check 6 boarding pass..tak marah pun.  Yang mampu saya cakap, what is your problem?

6.  Naik je flight, belakang saya dapat perempuan meroyan.  Dia travel dengan suami, anak2 dan mak dia.  Dia boleh membebel dari Kuching sampailah nak ambik luggage.  Saya balik flight malam, ingat nak rehat2 masa lampu ditutup..nan ado.  Membebel marahkan anak2 dia..smpi semua orang tengok.  Anak2 dia diam je, saya tak dengar pun suara.  Nampak putrajaya dari atas flight pun bising ya rabbi.  Macam  orang jakun tak pernah naik flight pun ada.  Kitorang semua terus dapat migraine..hehehe.

7.  Anak saya, Mimi kecewa masa flight balik, nasi lemak Pak Nasir AirAsia habis...hahaha.

8.  Yang paling tak best, Mimi kena chicken pox sepanjang kami di Kuching.  So, dia meragam.

9.  Lupa, orang Kuching semua tidur awal dan bangun awal.  So, bangun pukul 7 dah terang benderang macam pukul 8 pagi..hehehe.  Takde chance nak bangun lewat.

Oklah, itu je.  Apa pun, saya pasti kembali ke Sarawak.  Miri pulak kot lepas ni..hehehe.  Boleh pergi Brunei sekali.  Oklah, bye, take care semua.

Tuesday, August 9, 2011

Last Day In Kuching..

Last day, kami jalan2 di sekitar bandar Kuching.  Dengan Mimi tu lah pakcik driver kitorang.  Pakcik ni kelakar, latah orangnya.  Terima kasih kerana bawa kami ronda2 dengan Innova dia.  Eh..bayar tau...bukan free.  Dia memang suka betul dengan Mimi.
Lepas tu sessi photografi kat Waterfront..hehehe.  Kat sini ada bazar kraftangan tau.  Fridge magnet kat sini lagi murah rupanya.  RM2 sekeping.  RM10 dapatlah 5 keping.  Cis...rugi beli awal2..hahaha.
Lepas tu kami mengukur jalan menghayun kaki di sepanjang bandar dengan segala jenis muzium kami masuk.  Muzium pertama ialah Muzium Tekstil tapi tak amik gambar.  Lepas tu baru pergi sini, Muzium Sejarah Semulajadi.
Lepas tu Muzium Seni pulak.
Berhampiran Muzium Seni ada Akuarium Negara ke apa ntah nama dia.  Tengok ikan, sukalah budak2 tu.
Last sekali, Muzium Ethologi kot.  Inilah Muzium Sarawak.  Seberang jalan tu Muzium Islam tapi kami dah malas nak jalan.
Balik tu Kak Ida jemput.  Mimi ngan Fifi dapat bear ni as gift.  Suka dorang.  Kitorang pulak dapat notebook yang cantik dan comel.
Lepas tu Kak Ida bawa kami ronda2 tengok segala statue berbentuk kucing yang ada di town.  Malas nak upload kat blog.  Kat FB adalah.  Then singgah Islamic Information Centre tempat Kak Ida kerja.  Kami siap dijamu makan tu..best..hehehe.
Bye2 Kuching, kami akan datang lagi, Insyaallah.  Pengalaman yang Mimi pun takkan lupakan sebab masa trip ni dia kena chicken pox.
Gambar 2 orang depan tu kena blur.  Dorang mmg tak suka muka dorang masuk blog saya..hahaha.  Thanks kepada Kak Ida kerana memberi penginapan, makan, minum, transport dan macam2 lagi.  Jasamu akan kami kenang sampai mati.  Thanks juga pada Zahidah Wahid yang sudi hantar kami balik di Airport Kuching tempoh hari.  Siap bagi Belacan Bako lagi.  Jumpa lagi insyaallah.  Esok, saya akan ceritakan apa yang best dan apa yang tak best sepanjang holiday kami di Kuching.  Bye!