Selepas meninggalkan Santubong, kami terus ke bangunan DBKU (Dewan Bandaraya Kuching Utara) untuk melawat Muzium Kuching. Kat sini masuk free tapi segala jenis camera kena caj. So, kami bayar 1 kamera je..RM3.
Kitorang semua perasan cute amik gambar mcm ni.
Mimi masa ni masih ada semangat nak amik pic walau chicken pox dia baru nak memunculkan diri.
Kat kubur kucing pun dorang sibuk nak berposing..layankan aje.
Pantang ada patung kucing, berebut posing.
Lepas tu kami ke Dewan Undangan Negeri Sarawak. Cantik dan berangin kat sini. Suka.
Dataran dia luas..so, apalagi, posing lagilah.
Pemandangan dari atas bangunan DUN..mengadap waterfront dan sungai Kuching yang cantik.Saya dapat masuk dalam bangunan DUN..cantik betullah. Tandas dia pun lagilah cantik dan bersih. Kerusi yang saya duduk tu adalah kerusi untuk isteri Ketua Menteri Sarawak, Puan Sri Ragad Waleed Al Kurdi. Esoknya kakak Ida, kakak kepada kawan baik saya ada program dengan isteri KM Sarawak. Tu yang kami berjumpa dengan dia di DUN Sarawak. Lepas tu terus menginap di rumah kak Ida. Terhutang budi kami semua kepada dia sebab menginap di rumahnya selama 3 malam, belanja makan lagi, siap buat breakfast pula tu. Bukan calang2 orang tau dapat merasa breakfast air tangan seorang CEO..hehehe. Esok, nantikan kisah2 selanjutnya sepanjang saya di Kuching. Bye!
31 comments:
wah kelas ko dee, dpt merase dok kat kerusi VVIP.....amik berkat gitu kan eheheeheheh
hihihihi...
suka wanie nengok:)
sgt comel dgn kucing itu
comey je..
mmg untung dpt stay kat umah...
save bajet gak kat situ kan...
kalau sudi vote la sy kat n3 ni ye.tq
http://anaknegori.blogspot.com/2011/08/peserta-akhir-contest-kutuk-blog-atok.html
kak, kampung budaya tu best kan...laki aku siap join berjoget kat stage..hehe..
New Entry: Swallow The Sun
Post a Comment