Balik dari Jong's tu kami terus pergi ke pasar Satok. Mula2 cuaca terang benderang..tiba2 hujan. Adoi..aktiviti shopping terbantut jap. Lepas hujan reda baru sambung borong ikan terubuk masin sampai 20 ekor. Dah macam nak buat bisnes kat KL je rasanya..hahaha. Sikit je tu..dulu kitorang datang masa first time..dekat 100 ekor beli..hehehe. Kalau nak beli FM ke, t-shirt ke beli kat Satok lah, lagi murah. Banyak choice. Niat nak tengok ulat mulong @ ulat sagu pun terbantut sebab hujan.
Lepas tu terus pergi Waterfront. Turun di sini untuk naik bot penambang ke seberang Astaka. Kami suruh pakcik driver tunggu kami di seberang je. Eh..kami tak naik bot yang ni..si I-Shah tu eksyen je..bot yang ni ntah mana tuan dia hilang.
Kami naik perahu penambang yang ini. Tambang masih sama..50 sen seorang. Tapi tak aci lah..pakcik ni dah tak mendayung, dah pakai enjin bot..hahaha. Dulu2 dorang mmg dayung tau. Best. Anak2 walau takut2 tapi bila turun dorang cakap bestlah mama..nanti nak naik lagi..hehehe.
Kebetulan ada tournament Regatta..mmg meriahlah Waterfront masa ni.
Malam tu kami dinner Steamboat di New Heritage. Mimi tu berusaha nak guna chopstick. Si Fifi boleh pulak sakit perut dan sangat moody. Jadi saya makan tak banyak dan Fifi makan 3 kon strawberry icecream. Thx to K Ida sebab belanja makan.
Kat sini pun ada free karaoke, tu 2 orang tu penyanyi and penari latar utk I-Shah.
The next day, pagi2 dah bangun sebab nak terjah Serikin. Serikin terletak di sempadan Kalimantan Barat, berhampiran Bau/Lundu. Sampai sini pukul 9 tapi dia punya panas..pergh...xleh tahan. Park je kereta, dah ada penjual bisik2..nak telur penyu? Kat sebelah Sarawak illegal, sebab tu dorang bisik2 je.
Kat sini blogger Kuching, Zahidah Wahid yang tinggal di Bako tu join we all. Ambil dia kat Naim Cendera..then, terus ke Serikin. Gelang2 tu saya tengok je tapi tak beli, sebab mahal lah. Murah lagi di KL. Saya beli congkak untuk Mimi dan Fifi dan sehelai baju utk saya. Rata2 peniaga kat sini orang Indonesia. Tapi ramai giler orang datang sini shopping. Kalau beli barang besar kena tax lah ngan kastam. Nasib2lah. Tak lama saya jalan, sebab Mimi ngan Fifi dah mengamuk panas.
On the way balik tu singgah dekat2 ngan Wind Cave ke Fairy Cave, tak ingatlah Tapi ada banyak dinosaur sculpture. Kami stop utk amik gambar je. Panas sangat tak tertahan masing2. Lagipun nak kejar pasar Satok lagi. Satok buka pada hari Sabtu smpi malam dan sambung sampai ahad dlm pukul 1 petang. Lepas tu..sunyi sepi..hehehe. Pandai2lah atur masa ye.
Adalah small shop jual brg2 hiasan utk taman, so Kak Ida beli cendawan batu utk taman dia, kitorang pulak sakan berposing.
Lepas singgah Satok, singgah kat The Original Carwash for late lunch. Mula2 nak makan kat Green House tapi penuh, so sini ajelah. Restoran ni dekat je ngan Satok. Suka tengok konsep restaurant ni, ada carwash, ada restaurant mewah. Grand sangat..portion food besar giler..dan sebelum balik I-Shah posing berangan Ferrari tu milik dia..hehehe. Esok, cerita hari terakhir di Kuching.
22 comments:
hiihh..
cuma nak komen lagu damasutra ni best sungguh.
tgh dilambung nostalgia nih..
klasik...
nor pernah wat entry pasal car wash ni. unik kan..hihih..ada tengok pintu toilet dier tak?? lagi unik...sebab orang kat dlm yang tgh melepas tu bleh nampak orang kat luar yang lalu lalang. tapi tak sure la pintu tu masih ada ke tak lagi
:-)
sana rupanya ye...
TERINGIN HATI NAK PERGI KE TEMPAT INI.
New Entry: Romance Town
best giler sarawak niii.. tak sabar nak pegi next year :D. mmg refer blog kak dee jek la hehehe..
Post a Comment