Ada orang tak dapat sampul duit raya ni sampai kena beli kan. Nasib saya baik..tiap2 tahun ada orang bagi. Ni dapat kat Jakel masa beli tikar RM19.90 tu. Jadilah..dapat sepaket je, kawan saya dengan muka tak malunya mintak lagi sepaket..hehehe.
Lepas tu dapat pulak dari Bonia. Saya tak shopping apa2. Tapi anak buah kerja kat Metrojaya Midvalley, kawan dia yang bagi ni. Cantik sangat2. Ni untuk duit note yang besar2 je..yang singgit2 xleh masuk sini..hehehe.
Kalau dah kerja kat Metrojaya tu..dah tentulah dapat Metrojaya punya. Berlambak2. Eh..yang ni dpt sikit je..yang last year punya berlambak2. Tapi dah habis orang mintak. Orang mintak 2 paket, kitorang bagi 10 paket sebab nak habiskan. Lupa lah nak promo kat blog awal2..kalau tak sapa yang tak dapat lagi tu, leh ar saya bagi sampul duit raya ni. Lepas tu janganlah lupa kirim balik yang 'berisi' kat saya ye..hahaha.
P/S:- Amalan memberi duit raya patut dihentikan...itu kata manager saya. Zaman dia kecik2 mmg takde orang bagi duit2 raya ni. Zaman saya dah dapat..orang lain dapat 20 sen saya dapat 50 sen. Sebab saya 'special'. Sapa setuju dengan manager saya tu sila angkat keyboard!!
28 comments:
alahai....setahun sekali jer Dee..anggap macam bersedakah kat bebudak kan...jadi ler..
bab bagi duit tu.. ala.. kan setahun sekali.. kira bersedekah je la kan
takpelah, sedekah demi memeriahkan dan megeratkan hubungan kan...
btw, salam kenal n i folo :)
sure dorang happy...
hihihihi
sebaiknya amalan bersedekah mcm bg duit raya ni bg dlm bulan puasa, baru lah dpt byk pahala :D
jom kita tukar, bg duit raya sehari sblum raya..amacam???
Post a Comment