Maaf saya mencarut di bulan2 mulia ni. Tapi saya geram. Siapa yang lahanat? Manusia yang simbah2 asid tulah. Sebab kawan saya yang kena. U oll mesti ada baca seorang budak penghantar surat dirompak RM18,000 di sebuah stesyen minyak di Sungai Besi bulan Julai lalu. Mangsa turut disimbah asid. Ye, dialah kawan saya.
Saya kenal dia pada tahun 1998. Dia kerja despatch di syarikat lama saya lebih dari 12 tahun. Dari dia bujang nakal2 sampailah dia ada anak 2. Dapat khabar berita pun dari kawan2 yg masih bekerja di situ. Terkejut gila saya.
Saya memang tak sempat nak ziarah dia masa di HUKM. Tapi ikut cerita kawan2 mmg teruklah. Saya sms dia tanya khabar. Heran saya, dia boleh reply sms saya. Syukur katanya, matanya tak kena..sebab masa tu dia pakai helmet.
Menurut cerita kawan2..dia baru je cashkan cheque RM18k tu..kat CIMB, lepas tu dia pergi ke Shell sebelah tu. Dia isi minyak motor, lepas tu ke tandas. Keluar tandas, terus kena simbah. Orang tu dah follow dia dari bank lagi. Suspek naik kereta wira hitam...2 orang. Dia terus call wife dia. Wife dia call office nangis2. Opismate yang lain hantar dia ke HUKM. Opis dekat dah sebenarnya, seberang jalan je. Yelah, saya pasti dia sendiri menyesal singgah di stesen minyak tu.
Dia dah operate, sekarang berehat di rumah. Sudahlah isterinya tengah sarat tunggu saat nak bersalin anak ketiga. Dugaan ini pulak yang datang. Tapi dari cara dia balas sms saya, saya rasa dia redha atas apa yang berlaku. Sayang si isteri pun semakin kuat. Apapun, saya harap dia tabah hadapi dugaan hebat ini. Moga si lahanat tu dapat ditangkap secepat mungkin.
Maaf saya tak boleh nak letak pic dia kat sini..ini semua demi keselamatan dia. Marilah kita amalkan ayat penggerak agar dapat melindungi kita semua. Moga kita dilindungi dari segala bencana. Amin.
35 comments:
Dok sibuk canangg Malaysi AMAN.. AMAN!! aman apa nyer kalau nak keluar umah pun takot.. dok dlm umah pun takot coz silap haribulan anytime org leh gak masuk umah kite! huh! memang hangin tol lah...
Cuba lah kawal Malaysia nie camner diaorg kawal waktu org sibuk2 nak wat perhimpunan bersih hari tu... rasanyer perompak @ penjahat confirm tak berani nak berkeliaran!
*sorry terEMO lak kat sini.. huhu*
apa pun saya doakan semoga kawan kak Dee tu cepat sembuh dan semoga keluarga nya tabah menghadapi ujian yg berat ini..
semoga kawan dee tabah menghadapi dugaan..dan semoga murah rezeki serta sihat selalu amin .
adekah itu doa? ape2 aje.. moga dia mendapat balasan yang cukup setimpal dengan kelakuan buruk dia tu.
dahla wife tggu hari nak bersalin kan???
hrp beliau dan isteri lebih tabah...
smoga lahanat itu diberi hukuman setimpal...
simbah asid kt muker dia jgk... geram tau.. byk sgt kes mcm nih skrg...
dan harap2 kita semua dilindungi dari malapetaka sepeti itu...
Allah saja yg mampu membalas perbuatan mereka tu..
ya allah.. takut btol nk bergerak skrg.. x taw nasib kite.. aritu naik kereta dgn kawan saya (yg dok satu kwsan dgn kdee tu..hehe).. minyak die dh empty tp masih pakai ekon.. sy marah la.. bukak la tgkap..
then die jawab.. aku takut ade org simbah asid..
then sy terdiam.. ya allah.. bahaya btol msia skrg...
err tp sy masih buka tingkap... uhuhhu ekon problem.. uhuhuhu
Makin menjadi² lah kes simbah asid nih. orang nak merompak pon skang ni main curah asid je. Skang nih klo drive saya tak berani nak bukak tikap keta beso²...takut. Semoga kita semua sentiasa di lindungi olehNYA.
mmg geram tul dgn dorang2 nie...
sorang pun lum dpt tangkap...
tadi w'ouls siap ckp..
bila dpt tangkap, cer simbah plaks asid kat dorang...
baru dorang rasa azab ke tak perbuatan dorang tu...
mmg geram tul lah...
jenayah saja2 skang neh.
moga kita dilindungi Allah selalu...
Moga kawan Dee terus tabah.. iye laa berat bahu memandang berat lagi bahu yang memikul..
mmg lahanat betul manusia yg simbah asid tu..
lagi pun kan sis, skang ni bahaya tau kalau nak bawak duit kuar dari bank.
macam2 mana dorang leh tau kita ada cash byk, sbb mesti ada org bank tu sendiri bgtau kan..jd informer tuk org2 jahat camni huhuhuhu
semoga kwn ko cepat sembuh. kesian kt dia yer dee.
memang lahanat.
doa doa dia ditangkap.
kesian kawan akak tu.. x sangka kan.. hadoiiiii... bahaya lak skang dah main asid2 pulak dah..
sy pun takut skrg nk kuar...punyalah byk kes yg jd tp mcm xde apa2 tindakan..ssh sgt ke nk tgkap dorang ni...
semoga Allah membalas setimpal dgn perbuatannya agar dia insaf..
Sekarang ni takut dgn macam2 berita..rasa tak selamat je nak kuar rumah
harap sgt kawan u sembuh segera..
dan jauhkan lah kita dr benda2 yg buruk sebegini..
MENDOAKAN PULIH SEGERA. SELAMAT BERPUASA
Post a Comment