Thursday, August 4, 2011

Semenggoh Wildlife Centre

Thanks pada yang semua yang wish supaya saya segera sembuh.  Walaupun demam, saya berjaya puasa semalam.  Okeylah, kita sambung cerita Kuching.  Malam tu kami pekena mi kolok di  foodcourt Kubah Ria Baru di Tebingan Sungai Sarawak.  Foodcourt ni besar giler.  Boleh pilih makan dari mana2 kedai, bagitau no meja, dorang akan hantar.  Boleh lepaskan anak2 bermain di dataran tebingan sungai sarawak..tapi masa saya pergi ni..saya dan fifi nyaris dipanah petir..gila ngeri.  Syukur saya dan fifi tak apa2..alhamdulillah.  Lepas tu hujan turun selebat-lebatnya.  So, kalau nak main kat dataran tu tengok2 langit ye.  Apapun mee kolok tu memang sedap.  Wajib try.
Lepas tu kami cuba suntung tutoq iaitu sotong kering yang dibakar dan diketuk2 menjadi leper.  Sedap jugak.  Tips..kunyah 44 kali ye baru telan..hahaha. Sotong dihidang bersama sos cili buatan sendiri kot. 
Inilah punca saya bawak fifi ke dataran sungai sarawak sebab masa tu dia tidur.  Bila bangun merengek.   Tu nak pujuk bawak ke situ.  Saya ni jenis belasah je..anak tidur pun kalau nak makan bawak je.  Nak tinggal kat rumah bukan ada sesiapa pun...hehehe. 
Lepas tu kami ke Semenggoh Wildlife Centre tempat perlindungan orang hutan.  Jauh jugak tempat ni dari bandaraya Kuching.  Masa nak sampai sini, nyaris2 kami accident.  Yelah..driver tu boleh masuk salah simpang, termasuk lorong bertentangan.  Nasib baik yang dari depan ialah motor je.  Subhanallah..meremang2 bulu roma saya.  Memang takut  Yang lain boleh bantai gelak je..sebab pakcik tu latah.  Masuk sini bayar RM3 je untuk dewasa.  Budak free..tp tak surelah umur brp.  Students separuh harga.  Beli tiket kat pondok kecil before entrance.  Masuk dlm via car tau.  Jangan jalan kaki pulak.
Nak masuk dalam tu..kena jalan sikitlah meredah denai.  Sebelum tu, ada renjer yg akan bagitau kena senyap sebab kalau bising, orang utan akan rasa terancam dan akan serang manusia.  Kalau kena serang?  Larilah sekuat hati.  Masa ni dah panas giler.  Nak2 pulak dokong Fifi..pergh..mmg cantik sangatlah.  Cuma bengang dengan tourist from China..punyalah bising..smpi orang suruh diam..still nak gak bercakap.
Tu ha..yang saya bulatkan merah2 tu..orang hutan lah tu.  Tinggi betul dorang duduk tu.  Camera sony compact dpt zoom takat tu je.  Feeding time ialah pada jam 9 pagi dan 3 petang.  So arrange timing korang baik2 ye.  Kitorang tengok ni pagi.
Nama orang utan sangat2 menarik.  Delima, Minah, George, Edwin, Ritchy, Noryn  dan sebagainya. Tengok gaya saya posing tu..gitulah gaya budak perempuan yang posing ngan bomba kat opis saya hari tu..hahaha.
Mimi tak dapat peluk orang utan betul, dapat peluk orang utan jadian pun ok je.  Oh ye..perjalanan balik sangat memenatkan..kena naik bukit  sket untuk smpi ke parking. Selamat menonggek semua..hahaha.   Oklah, more info sila klik SINI.  Esok, cerita  pasal buaya pulak ye.

16 comments:

saya teringin nak peluk orang utan~~
 
mimi, auntie nye bear2 orang utan mana?

kak dee, selamat berbuka.. hehehe.. mimi puasa penuh tak?
 
saya selalu dgr org sebut pasal Kubah Ria tu...

ps: tourist China mmg byk cekadak! haha
 
bessnyer dpt jumpa orang utan & rasa mee kolok...tabik spring walaupun demam puasa....
 
mee kolok simple tapi sedap kan..
and sotong tu i sukaa banget!
'mereka2' tu mmg spesis mulut bising kan...
kat mana2 'dorang' mesti bising...
 
ooo tu le mkanan yg ko dok post kat fb ari tu yeak dee.....aku pun cam ko, berani nak try makanan baru...kalo laki aku tak....tak syok gitu eheheehehe
 
kak, ko dah sihat betul ke ni?

kak, ada baca kat paper pasal butter tak halal yg digunapakai dlm kek lapis Sarawak tu?
 
eida xpenah lagi makan mee kolok tue..sedap nyek kak..harus terai nie..
 
dah sihat ke sis? *syukur*
 
x pernah lg aku negok org utan.. besar ker dee..?
 
suntung tutoq ..
mcm sotang bakar kat Padang kota :D
 
nasib baik akak & fifi tak pape..
sutung tu nampk menarikkkk
 
hehe igtkan org utan betul2 tadi mimi peluk tu sis.. hehe
 
Dee maaf dah lama tak ke sini, sibuk bulan puasa ni. kat opis plak URL Dee ni kena blocked.dah sampai ke serawak ko ye, akak belum sampai lagi. hari -hari call orang serawak adalah urusan keja. Selamat berpuasa Dee ngan family ye.
 
wah mmg bestlah dpt pi jln2 kan,
byk tempat yg blh dilawati,
mmg best sgt2 kan:)
 
adeh...semenggoh pun saya tak pernah pergi lagi...diaorang feeding jugak ke? kalau kat bako national park tak feeding...dia lepas bebas n cari makan sendiri...kalau bawa makanan kena jaga2 lah...takut dicurinya nanti...hehehehehe


New Entry: Swallow The Sun