Lepas je pergi rumah Melanau tu kitorang bergegas ke Theatre Hall untuk Cultural Show pukul 11.30 pagi. Ada lagi satu show pada jam 4 petang. Masa ni penuh dewan.
Antara show yang menarik ialah persembahan dari orang Iban. Kuat tuh gigi dia gigit kayu mcm lesung tu...pergh.
Show yang paling best ialah show orang Penan dan Ulu ni. Memang sangat2 fun. Penuh dengan jokes tanpa dialog. Sakit2 perut dan berairmata gelak.
Penutup, joget lambak atas stage. Apalagi..si I-Shah laju jelah ke atas pentas. Tengok tu baju purple kat tengah2..kemain enjoy lagi haaa.
Lepas show, kami patah balik ke Rumah Melanau. Budak kenit 2 orang ni ada hati nak main permainan ni..tp gagal..hahaha.
Then kitorang pergi rumah Melayu.
Kat sini I-Shah beli kuih denderam ke apa ntah nama dia. Tapi nama omputih ialah Mexican Hat. Sedap dan manis melekat. Di kebanyakan rumah2 ni mmg ada kuih tradisional yang disediakan.
Kat umah melayu tuh..budak2 berdua ni boleh main congkaklah pulak.
Konon2 si I-Shah ni buat kuih kapitlah konon..hahaha. Tapi kitorang tak beli. Kat sini ada jual bedak sejuk, gambir sarawak dan maajun. Rugi tak snap pic dorang yang makan maajun pastu nak ter'bluwek' kat situ gak..hahaha. Saya mmg takkan trylah..sbb saya pernah rasa maajun..mmg saya tak sukalah.
Si I-Shah tanpa segan silu siap berbaring kat rumah melayu tuh. Mmg sejuk baring kat kayu tuh.
Bawah rumah melayu tu kami duduk2 main buaian kat situ. Syok betul kalo dapat rumah kampung mcm ni. Lepas tu, kami ke rumah cina..tapi tak amik pic..dah malas..hahaha. Ada terjumpa ular mcm ular lidi..awal2 saya lari jauh2..takut. Ular tu elok melingkar kat signage. Harap2 takde yang jadi mangsa.
Selamat tinggal Kampung Budaya Sarawak. Kami akan kembali satu hari nanti. Tak pernah saya rasa jemu melawat ke sini. Kawan2, apa menu berbuka puasa hari ni? Wah..mesti sedap2 kan..yelah hari pertama berpuasa. Apapun selamat berpuasa ye..moga tabah dan sabar. Camanalah agaknya anak saya Mimi yang pertama kali berpuasa tu...harap2 dapatlah penuh berpuasa hari ini. Selamat berpuasa semua!
15 comments:
huh..
serawak..
entah bila dapt pegi lagi sekali..
cayang akak ketat2 pat ploh pat kali.. muaahhhsssss ^_^
salam ramadhan kak~
selamat berpuasa..
bagus mimi dah start posa ek.....gud girl....
i lum rancang nak masak apa...ermmm :)
siap main congkak lagik...
maajun???? erkkkk... tak suker jgk... hukhuk...
slmt berpuasa buat dee sekeluarga..
Seronok jer tgk fifi n mimi..
selamat berpuasa utk dee skeluarga..
New Entry: Swallow The Sun
Post a Comment