Jumaat..balik mcm biasa, tumpang bos smpi Monorel Hang Tuah. Dah cantik lah tu kan. Sampai KL Sentral mcm biasa..nampak bas U74 yang pergi Pantai Hillpark. Pikir2 nak naik ke tak. Bas ni mmg mcm sardin. Tak dapat disangkal lagi. Tak tau kenapa Jumaat tu buat keputusan taknak naik bas tu. SMS suami suruh masak nasi, nanti balik nak masak nasi goreng dengan sup daging je.
Nampak bas U88..eh..ada lalu Bangsar. Cantiklah..orang pun tak ramai. Walau kena berdiri tapi masih selesa. Smpi simpang antara nak ke Bangsar dan Brickfields..bas ni masuk Brickfields yang tembus ke Federal Highway. Dalam hati dah ckp, 'ah, sudah bas ni'. Tapi masih pujuk2 hati..nti bas ni berhenti kat Midvalley kot. Xpe, boleh turun di Midvalley..dekat je nak balik rumah.
Sampai di Midvalley, dia tak naik atas..lalu kat highway je. Dalam hati cakap lagi, 'alamak, napa aku tak tekan loceng tadi? Takpelah harap2 bas berhenti di Kerinchi, boleh naik Putra LRT.' Sekali bas laju je ikut highway tak naik Kerinchi. Alamak..abislah aku kali ni, turun Asia Jaya lah jawabnya. Asia Jaya tu kat PJ Hilton untuk sapa2 yang tak tahu. Maka turunlah saya di Asia Jaya.
Nampak bas U80...ah cantik..ini bas UiTM. Memang lalu Bangsar. Naik bas, dpt seat, tidur. Hujan lebat. Highway jem. SMS suami, beli jelah lauk kat PARAM..saya dah tentu2 tak sempat. Sesat di PJ sekarang ni. Sampai rumah pukul 7 petang. Biasa pukul 5.30 petang. Yang paling saya takut sebenarnya dalam beg telekung saya ada duit raya baru berjumlah RM1,100. Fuh...lega bila kaki menjejak rumah. Dahlah bos saya takut2 kan saya nanti kena simbah asid. Bos mmg tak sayang mulut. Moral of the story, jangan gatal2 tukar bas kalau tak pasti..hehehe. Tapi saya mmg tak salah..bas U88 mmg lalu Bangsar, cuma hari tu dia tukar laluan sebab nak elak jem di Bangsar..huhu.
P/S:- Dalam bas UiTM, terbayang2 kenangan indah naik bas dulu2 masa study di Shah Alam..senyum sorang2 walau penat..hehehe.
26 comments:
aku dulu jarang sgt naik bas UiTM tu kak...huhu...
kak, dulu2 sure bas mini cam sardin tu kan kak? ehehhehe
PS: saya pun suka beli kasut murah..haha
Kak yus rasa kalau naik bas skrg mmg sesat, takut pun ada...
Dulu masa di Shah Alam pun naik bas gak ke UiTM dari Seksyen 7 tu ..:)
jauh perjalanan...
luas pemandangan...
dapat dijadikan bahan...
dlm blog dee hehehehehehe....
Post a Comment