Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik, hari ni hari ke 11 kita berpuasa. Mimi berjaya puasa 10 1/2 hari. Mamanya? Baru berjaya puasa 7 hari...hahaha. Yelah, orang perempuan ni biasalah kan. Tapi Mimi tak tau, kalau tau jenuhlah nak jawab kenapa saya tak puasa. Sebab saya tak makan/minum depan keluarga. Kat opis pun buat air sorok2..makan? No..no.
Sepanjang 11 hari berpuasa, baru sekali beli lauk kat PARAM. Tu pun suami yang beli. Merungut dia mahal, rasa ikan pun macam ikan semalam. Itupun sebab saya stucked dlm jem, tumpang bos saya utk ke Monorel Station hari Selasa baru ni. Tak sempat masak. Biasanya hari2 saya masak sebab saya rasa masakan saya lagi sedap dari orang yg berniaga kat PARAM tu..ahakss! Sekali je suami tolong masak nasi, boleh dia tak tekan periuk karen tu. Bila nak buka bukak periuk nasi, tengok2 beras berendam air je. Tak pasal2 pukul 8 malam baru makan nasi..hahaha.
Sahur? Mimi sorang je sahur beriyer. Yelah dia budak lagi kan. Kadang dia sahur dengan kuih pelita je. Tahan pulak tu sampai petang. Tak pernah saya tengok dia melepek. Ada je tenaga dia. Yang dia buka puasa 1/2 hari tu pun sebab mengada2. Dia kalau mamanya ada di rumah mmg mengada lebih sket. Saya cuma sahur dengan 2 biji kurma + segelas milo panas. Suami pula dengan Nesvita Oat. Percayalah, kami tak mengantuk langsung di tempat kerja. Buka puasa pun dengan air panas/suam. Tak pernah lagi kami beli air sejuk/bancuh air ais. Pantang suami saya ada air sejuk atas meja. Lemah badan kata dia. Alhamdulillah, sebab tak minum ais tu, saya masih boleh berjaga smpi pukul 1 pagi.
Terawih? Tak dapatlah. Sebab fifi tu jenis yang nakal. So, saya dan anak2 buat terawih di rumah je. Sejak beranak kecil memang buat kat rumah je. Macam2 aksi ada bila anak ikut solat sekali ni. Memang tak khusyuk. Kadang2 nak elak dari diganggu, buat lewat sket. Lagi satu, saya dah ukur shopping complex...hahaha. Baju budak2 dan saya dah beli di Mydin USJ, Tesco Shah Alam dan PKNS Shah Alam. Sabtu ni pulak lepas Subuh sapiee...nak terjah Jalan TAR untuk cari baju suami yang size XXL tu.
Hiasan rumah? Cat je tukar tahun ni. Itupun sebab dah 7 tahun tak cat rumah. Last cat masa kahwin dulu. Corak bibir anak2 yg suka pakai lipstick pun byk bertempek kat dinding rumah. Aktiviti mengecat akan dimulakan 4 hari sebelum raya. Baru best..hahaha. Sofa kat rumah memang nak kena campak dah, sebab kalau duduk, sakit vontot kena spring dia. So, kalau raya umah saya, bersiap sedialah untuk bersila ye.
Kuih? Tahun ni nak buat sendiri je. Pakat ngan anak buah..hehehe. Eh, dah melalut banyak ni. Orang bukan suka baca entry takde gambar. Boh gambar food nanti terliur lak, so letak gambar buah sudahlah ye. Terimalah..DURIAN UKAQ ~ DURIAN SARAWAK.
Warna oren pekat, isi nipis tapi keras, tak macam durian biasa kita makan. Kecik2 je isinya...gasnya kuat sangat. Saya tak berapa suka tapi ada orang cakap sedap makan ngan Sagon. Esok, tak tau apa benda nak cerita, tapi akan cuba hentak2kan kepala ke dinding untuk mencari idea Sebab entry yang ada, semua entry food..hahaha. Okeylah. Chow!
22 comments:
eh first time tau ni.. farezah x pernah cerita pun.. nak kena minah sarawak tu!
:)
mmg la dee klu kita yg masak lg sedap mkanan beli di param.
beraya tahun ni dee.. umah baru. warna apa cat dinding umah ko dee..?
pertama kali negok durian serawak mcm cempedak rupa nyer.
betul tu, masak sendiri lagi sedap dari beli di PARAM.
Tak kisahlah kalau orang lain kata tak sedap, yang penting keluarga sendiri kata sedap kan Dee..:)
ekspress nehhh..
hahahaha..
ok kak.. nnt tunjuk menu berbuka..
hehehe.. masakan sedap dr bazar tuh saya setuju.. semua yg masak sendiri mmg best dari beli kat bazar.. hampeh je tahun neh bazar ramadhan.. x sedap langsung~
i pun setakat nie smpt memasak lagik sis....
sekali je berbuka di luar atas jemputan kawan....
and saya mmg tak suka berbuka/bersahur dgn air sejuk...
wajib air panas....
unless kalo gi umah org...
telan le apa yg dihidangkan :D
laaa ingat nangka tadi..
New Entry: secret garden
haahlah mcm nangka...rupenya durian
Post a Comment