Sabtu lepas balik bercuti raya, saya terjah Jabatan ini. Pergh..ramai giler orang. Takpe, demi nak menyeberang lautan, sanggup je saya redah..hehehe.
Ye, saya pegi buat passport. Ni buat kat Jabatan Imigresen, Pusat Bandar Damansara. Jangan kau tanya soalan, kenapa tak buat kat Wangsa Maju? Dah umah aku kat Bangsar buat apa lah aku nak gi jauh2 tu. Baik kau tanya je kenapa tak buat kat Johor Bahru? Hahaha.
Oh, kalau nak renew passport, pergi jelah kiosk KIPPAS ni. Memang sangat memudahkan. Guna mesin, pastu balik rumah tidur 2 jam, datang balik untuk amik new passport. Kiosk ni buka weekdays je, weekend tutup. Tapi Imigresen buka dari jam 8 pagi smpi 1 tengahari Sabtu dan Ahad. Banyak juga branch yang buka weekend. Wangsa Maju, Putrajaya, Shah Alam, Kajang, Kelana Jaya. Korang check jelah kat website ye. Lupa nak kasitau, bulan 10 ni dorang kat Pusat Bandar Damansara pindah ke Kompleks Mini, Jalan Duta tau. Jangan kau tanya aku kat mana tempat ni..google lah ye..muahaha.
Tengok tu muka happy walau pukul 2.30 petang baru dapat passport..hahaha. Ini show off di rumah blogger masa dia buat open house. Umah sapa? Nanti saya citer ye. Kenapa 2.30 sedangkan piagam pelanggan tulis 1 jam je proses? Sebab nak serah passport, ada 100++ orang depan saya, nak byr kat juruwang pun ada 100++ orang depan saya. Nak tunggu passport? Serupa lah..ada 100++ orang jugalah depan saya..hahaha. Takpelah, janji yang wajib ada sudah di dalam genggaman. Saya mahu terbang!!
30 comments:
sila beli ole ole:D
lieya ari tu buat kat putrajaya, tgk org mcm tak ramai...tapi tetap lambat dpt...menunggu jugak le temaaaan....
selamat menerbangkan diri kak
nak tahu jugak nie,
hihihihi...
moh kita terbang:)
ada yg xdpt terbang kot..
nway, selamat terbang ya..
nk k mn tuuu?
Post a Comment