WW lah sangatkan..utk orang yg kuat bebel cam saya, mana boleh WW sangat. Tapi nak gak sajikan gambar2 food kesukaan saya. Ni Portuguese Grill di Food Court Oasis, Level 2, Midvalley sebelah HP. Fav dish, pari + lala..tp yg ni ada pic udang+sotong je..hehehe. Sedap, u oll wajib cuba.
Lagi satu meehoon sup ni kat Jalan Chan Sow Lin, Jalan Dua, sebelah Peugeot Service Centre, sederet Southgate. Sabtu Ahad pun buka pagi sahaja. Orang memang sentiasa ramai. Ada lontong yg sangat sedap, nasi lemak berlauk pun. Tapi saya paling suka meehoon sup ni. Tambah kepak and begedil, harga up sket..hehehe. Teh tarik kat sini pun sedap. Cuba..jangan tak cuba.
Oh, nasi lemak Ipin Kari Telur ni kalau saya tak pekena sebulan sekali boleh jadi ketagih, kempunan dibuatnya. Jaranglah jumpa orang meniaga nasi lemak ada lauk kari telur, kari fishball dan sambal ikan. Ikan tenggiri kecik2 kot. Saya tak pernah order. Yang saya punya favourite, kari ayam drumstick, kari telur dan sambal banyak2. Serius sedap. Berniaga hari weekdays je kat tepi Wisma Cosway, And kalau pergi mmg orang queue je..tp don't worry, service sgt pantas. Fav saya dan Ikiqzalia..kitorang selalu gak dating bfast sesama bila2 rasa teringin..hehehe.
Rasanya yang ni lah yang Dr Singa dok cakap ngan saya dia suka makan daging/ayam+kicap+telur. Serius, menu ni rupa buruk sket, simple giler. Tapi sedap. Kalau nak order pun saya cakap, nak daging+kicap+telur. Takde nama specific. Ni dijual di kedai berhampiran rumah saya. Kedai tu terletak di antara sederet kedai di tepi Sungai Klang. Tapi kedai ni tutup awal. Nasib baik dapatlah makan, nasib tak baik nganga. Berselera giler bila makan ni ngan nasi panas, tapi jgn lupa mtk sup kosong. Eh..ada juga cili api dan kacang pjg serta carrot dlm ni. Mana rumah saya? Sebuah kondo di tepi Midvalley..hahaha. Tengok, saya mana boleh WW...sebab byk sgt nak citer. Oklah, selamat berWW ye. Bye.
20 comments:
sedapnya akak.. cam terliur lak ai tgk makanan neh...
tul rupa xde tapi rasa mantopssss...
btw..salam kenal.. :)
kalau aku jadik buat nnt aku publish...haha!!
ahahaha....
Post a Comment